Monday, July 31, 2006

errrmmm....

which one do u prefer?

sms : i miss u
reply: miss u 2

OR

sms: i miss u
reply: understood

???

Sunday, July 30, 2006

Kura² & Arnab part 2


Semalam kiranya, dapatlah aku berehat di rumah ayah & ibu dengan amannya... err.. separuh aman (keranan TERPAKSA menyiapkan artikel SITI). So, dalam dok buat2 artikel tu, ibu, aku, faiz, yana sempat menonton beberapa buah movie termasuk Raising Helen, lakonan lovely Kate Hudson & my MR. Aidan.

Post yang lepas kiranya baru nak lupakan si kura2. Mak aku pun dah baca alkisah kura2 aku dalam blog ni. Dia cakap "kenapa perlu lupakan? Biarlah kura2 tu lambat sikit asalkan dia sampai"... pulak?

So..aku dalam perkiraan nak lupakan kura2, tiba2 sepanjang cerita Raising Helen ni banyal pulak signal2 yang konon2 aku sorang jelah nampak. Banyak pulak lah tiba2 karakter arnab & kura2 yang muncul sepanjang filem ini berlangsung. Suratan @ kebetulan? (hmm.. bodoh betul soalan itu).

Al kisah si adik bongsu, Sarah yang tidak tahu mengikat tali kasut. Dan cara untuk mengikat semula tali kasutnya dengan mengikat cara ibunya yang telah meninggal. cara ibunya lebih kurang begini... err.. tak ingatlah pulak.. tapi berkaitan dengan 2 telinga ARNAB. Arnab lah pulak tu, takde telinga lain ker?

Lepas tu pulak alkisah adik yang tengah, Henry membela seekor kura2 yang bernama Irwin. Si irwin adalah penghibur hati Henry. Hmm... kura2 pulak. Tensen.

Mereka juga pergi ke zoo untuk bergambar. banyak juga gambar haiwan yang mereka ambil termasuk ARNAB & KURA2.. memang sepanjang cerita ini aku kena gelak kaw2 ngan ibu, & adik2 & aku balas ngan air mata je (hahahah sensitif Sunday OK). tapi aku suka dengan John Corbett @ Aidan ni.. mungkin tempias dari lakonannya di 'Sex &The City'. Suka sangat tengok air muka dia. hahaha tiba2.

so..itulah ceritanya. makin nak lupa, makin diingatkan.
tapi memang saya nak lupa kura2.

Wednesday, July 26, 2006

serotonin dah menurun

err... takde mood betul nak buat artikel. tinggallagi 2 artikel setengah yang harus kerjakan. 1 pasal siti & lagi 1 pasal hero2 bola pojaan ku... huhuhu OUH zizou.. (tiba2)

Aku rasa lately semangat nak buat kerja cepat dah hilang sikit. Ini mungkin kerana kepenatan badan yang rasanya dah tak terbawa dek badan yang berisi ini. Huhuhu . Banyak betul aktiviti yang dibuat. Dan lately aku rasa hormon serotonin aku dah menurun. Heheh aku baru buat pasal sains dalam cinta ni. So dah dapat belajar sikit2.
Serotonin merupakan 1 chemical untuk mengerakkan rasa cinta. malah ianya merupakann most important chemical untuk cinta. Hmm... rasanya dah turun hormon tu. Jiwa jiwa betul!

Semalam pergi cover pussy cat dolls punya konsert. Mula2 budak2 yang menonton ni jerit pussy cat, pussy cat..pastu dah letih diorang jerit Pussy je pulak. Hahahah lucah betul. Tapi memang patut dengan kemampuan si PCD ni berpakaian. Tiba2 rasa macam tak nak makan nasi setahun. tapi lepas show, kitorang bantai pi makan nasi ngan tomyam kat pantai dalam.. Apa citer?

yang herannya, apasal lah si PCD yang seksi ni lepas malsuk Mesia. Apsal band2 rock tak lepas? Aku tak kata PCD ni tak bagus, energy dioran bagus...vocal nicole pun boleh tahan... tapi aku nak yang ROCK. Boleh? Kasi masuk aaaa Mesia.

Aksi menunggu si seksi naik pentas...


takut tak? takut tak? Hehehe...


sejam lebih menunggu.. bosan gak. tapi aku suka gambar ni coz nampak kurus sikit. Hahaha

Tuesday, July 25, 2006

Cerita Arnab & Kura2

"saya ingat saya nak bagi awak buku cerita kura² & arnab.
Saya rasa saya ni tiba2 jadi arnab & sah2 lah awak tu kura².
Kalau saya ni memang arnab, saya adalah arnab yang paling lembab dalam banyak arnab. tapi tetap laju pada awak si kura².
Ya..awak kura2 yang lembab, awak ckp saya laju. tapi laju saya untuk bagi awak cepat.
Saya dah tak banyak masa macam awak rasa saya banyak masa. tak.. saya dah tua.

Laju ke saya kalau kelajuan saya pada 40kmh. tapi awak juga yang tak paham2. Dalam kereta saya ada patung kura2 sebab saya nak ingat awak bila saya pandu kereta. Awak pun ckp kalau awak binatang, awak nak jadi kura2. Pastu tiba2 awak nak jadi ikan. Ouh.. tak boleh. Pilihan pertama je yang akan diterima. Sorry.

Tapi arnab ni mcm dah letih. LEtih sebab tunggu awak yang lambat. Maaflah kalau arnab ni dah jumpa kura2 yang lain @ haiwan2 lain yang nak berkawan dengannya..

Saya rasa saya dah tak berapa suka kura2. BYE"

its coldplay

I was in Singapore on Monday & Tuesday. I have a 'date' with Chris martin, & . It's Coldplay Twisted Logic Tour in Singapore man!

Thank to Mas Erwin yah, for the gratis ticket for me. U such a good friend to me. Bukan hanya kerna tiket konser tetapi for all ur time & kindness during my time in Jakarta.

I arrived Singapore at 4 pm. Go and meet my friends yang dah lama tunggu kat Bugis MRT. Sorry to keep u waiting guys. Kemudian tapau nasi beryani & makan di hotel. Jam 5 kita dah start mandi2, bersiap2, pilih baju & berwangi2 untuk ke Singapore Indoor Stadium. And kita menuju ke SIS terus. Di depan stadium, dah nampak ramai manusia menunggu untuk masuk. Di 1 sudut aku nampak Dhani & Maia, Ari Lasso, Andra & band members of Slank. Huhuhu. Ramai betul. And guess what.. i saw armand, thomas, mas dhani & omelette.....

to be continue

Monday, July 24, 2006

1 malam di TTDI

Semalam lepak ngan otai2. Makan capati ngan kuah kambing tapi bukan kambing biri2.
Semalam dapat gelak kuat.. hahahaha bunyinya.
Ketawa pasal ayat 'bimbo lelaki'.. 'biar hati busuk tapi jangan hodoh'.. ketawa pasal cerita 'bob' & 'nan'. Hahahaha...

Lepak2 ni best kadang2 sebab boleh tambah ilmu secara tidak langsung.

Semalam lalu dekat 1 kawasan gudang. lalu sorang2, tiba2 jadi sedih balik sekejap.
tapi cakap kat sedih.."pergi mati".

Tuesday, July 18, 2006

Maaf yah, curhat terus

Mulanya aku ingat mahu poskan pengalaman menonton Coldplay minggu sudah.
Tapi tak menjadi.
2 minggu sudah sampai jam 7 petang tadi aku dalam keadaan stress.
Banyak betul yang datang ganggu tenangnya hidup. Heheheh.
Tapi hari ini, aku rasa best sikit.
Pulang awal ke rumah, nonton tv, mandi kemudian lepak2 dengan kawan2 rapat + adik.
Pulang ke rumah, aku sempat menonton siri tv kesukaan aku, 1 cd.
Buka dvd player, keluarkan siri The O.c & masukkan cd Gigi, band fav aku.
BUka buku Filosofi Kopi tulusan dewi lestari & baca 1 chapter.
Tutup buku, buka lampu merah & buku laptop.
Menulis untuk ini.

Terbaca dalam buku filisofi kopi itu, 1 quote:

Kopi yang anda minum hari ini ialah kopi tiwus.
Artinya: walau tak ada yang sempurna,
hidup ini indah begini adanya.

So, disini rasa tenang. Aku dapat buat apa yang aku nak buat.
Relaks & rasa malam ni dengan tenang.
Tak macam malam2 sebelum ini yang serabut dengan pk macam2 perkara.
+ Menunggu...
So malam ni, aku nak rasa happy.
Walau hidup ini complicated adanya... tapi bak kata Dee... hidup ini indah begini adanya.

...begini adanya. Walau kita masukkan hidup kita dalam situasi yang complicated, mungkin itulah indah dia kot?
Marahlah pada diri sendiri.. tapi pengalaman itu pengajaran.

Maaf, curhat terus...

Saturday, July 08, 2006

away..

going away for two days...

bye2

Thursday, July 06, 2006

conversation paling makan dalam

di suatu petang..

op: bart, tadi op call mak opie, dia cakap dia tengok bola
bart: ermm...
op: Mak opie cakap dia tengok ngan husband dia.
bart: cakap kat mak op, opie pun tgk bola ngan husband..
op: huh?
bart: opie tgk ngan husband orang... hahahahha
Op: cilakos

Monday, July 03, 2006

Lost Soul...

Ingat tak lagi kumpulan lost soul back in the 90's. Hmm.. tapi ini bukan cerita pasal band lost soul.. ini cerita tentang soul yang dah lost.. biasalah CURHAT terus.

Selepas bersama² menonton game Brazil vs Ghana & Spain vs France hari tu.. rasa tak best ni jadi menjadi² every day.. Tak tau kenapa? Mungkin sebab benda² kecik yg aku nak mcm..minum petang, sms ucap good morning & call kadang kala tu..susah nak dpt.. so aku ras atak best. Bunyi macam demanding tapi sebenarnya tidak.

Its hard for me to end this tapi bagi aku.. biarlah dulu. Enjoy apa yang ada & nanti²lah pk apa nak jadi. Boleh gitu?

Bila Anda Gembira

Bila anda gembira tepuk tangan.
bila anda gembira hentak kaki...

Yes..yes..dah tepuk tangan & hentak kaki bila England kalah di tangan Portugal.
Hehehe... kalau nak diikutkan, aku tak delah menyampah sangat dengan England tapi perbuatan sesetangah orang yang over & obses dengan pasukan Becky ni membuatkan rasa menyampah aku meluap².

Al kisah, semua orang ada team mereka sendiri untuk support. Ada obses sendiri terhadap pasukan kesayangan mereka. Tapi bila dah dua game aku tengok minah artis ni over nak mati, aku jadi bengkek aaa tengok perangai dia. Ada juga orang lain yang over perangai... tapi kerana dia artis & perangai dia seolah² menarik perhatian ramai, nampak benda ni jadi gedik nak mati tau tak. Masa England vs Portugal, siap bangun berdiri dengan tangan di dada & menyanyikan lagu England.. Aku tahulah ko lahir dekat England, tapi jangan over boleh tak? Sepanjang perjalanan game dia akan menjerit dengan suara annoying dia (aku tak tau mcm mana dia leh jadi penyanyi) jerit nama² pemain yang dia tahu. Hah! kalau dia tak tau..dia akan jerit Go ENgland! "Go Becky" ..uish manja abis ni panggil Becky, mcm Beckham ni pernah main pondok² dengan dia.

Lalu setelah ENGLAND kalah dengan kegagalan Lampard,Gerrard & carragher menjaringkan gol penalti & kecekapan Ricardo menahan gol.... aku menjerit sepuas hati, menaiki kerusi & menoleh kepada si over ini dengan senyuman yang sangat puas. nasib engkau lah kan..sapa suruh over. Balik England lah, kalau rasa darah tu dah mat salleh sangat.

Itu cerita kepuasan.. cerita kesedihan masih ada tatkala Argentina kalah di tangan Jerman. Benci betul tengok muka Odonkor tu. Dan aku harap Jerman takkan menang World Cup tahun ni. bagilah pada France, Italy @ Portugal.. aku rela. Dan yang aku tabik ialah permainan Zizou malam tu yang memang cantik. He is the coolest man on the field. Dah la senyum manis lak tu. :) hero... zizou.


the coolest guy.... huhuhu ZIZOU.





My hero... gabriel.. rupanya baru aku perasan, ke-2² hero bola yang aku suka nama mereka start dari GABRIEL. Gabriel batistta & Gabriel Heinze. Suka sangat! Nanti kalau umur panjang, leh namakan anak Gabriel. Huhu!