Monday, December 01, 2008

Bunyi dan sepi

Sepi- perkataan yang selalu disebut kawan-kawan dan adik aku bila rasa itu datang atau seorang perempuan cantik melintas. apatah lagi bila bauan yang diapaki wanita cantik itu tertebar ke udara dan melalui deria bau mereka.

Tapi ini bukan cerita tentang sepi. Cerita tentang satu malam selepas sambutan hari jadi Farhan dan hari terakhir Qarma bertugas di Kino. Sambutan surprise yang banyak kali kantoi oleh kerenah kawan-kawan yang lucu. Hehehe. Tapi semuanya berjalan lancar. Harap Farhan dan Qarma suka.

Selepas sambutan, konvoi ke Taman Cahaya, Pandan untuk sesi jamming anak-anak Pesawat. Lalu terbuailah masing-masing dalam cerita berbeza dalam kepala.
Satu lagu berkumandang, nyanyian Jipie.. ketukan dram Kudux, bass oleh Man dan the God guitarist Camel (lanjutan cerita Ipoh).

Dalam masa yang sama aku perhatikan setiap gerak geri individu yang berada dalam ruang empat segi itu. Telinga masing-masing terpasang dan ada mulut yang terkumat kamit menyanyi bersama. Itu persamaan. Perbezaannya.. iringan lagu tersebut bawa cerita yang berbeza dalam minda masing-masing.

Faiz tersandar letih di dinding, adik dan Farhan senyum dalam menungan, Asoi nakal mengusik rakan-rakan dan Qarma sibuk merakam momen dengan kamera Farhan.

aku agak ada cerita yang berbeza dalam mood yang mungkin tidak senada di bawah lagu yang sama.

Aku juga ada cerita sendiri...
Cerita melihat kerenah rakan-rakan dan adik-adik kesayangan.