Saturday, October 10, 2009

Gila Pemalas

Lama betul tak menulis blog, sampai password pun lupa.
Maliah on the other hand rajin gila menulis segala hal yang berlaku di sekeliling.

Update:
Sekarang aku sudah pindah rumah.
Akhirnya aku duduk dengan best friend aku Mahanim si penjaga kecantikan itu.
Ini first time kami betul2 duduk serumah.. sebelum ni main2 je.
Juga adik lelaki aku yang dah meningkat dewasa. Beserta Apple Chris Martin, Ville Vallo dan Che Puteh Guevara.

Tidak banyak yang berubah dalam warna dan angin kehidupan. Masih statik cuma makin dewasa dalam senyap. Sudah mengenal banyak erti dan ragam manusia. Aku cuma kasihankan Mahanim yang diserang secara diam dari belakang oleh orang yang dikenalinya. Aku rasa tidak layak Anim panggil kawan pun. Kasihan ... anak buluh betung baru belajar tentang hidup dan dunia sosial. Biarkan dia Mahanim...
Baru nak jinak2 jadi kawan pada kelompok ramai. Bukan cemburu, jauh sekali berdengki... cuma permainan kotor manusia buat aku faham bahawa tidak semua manusia lain boleh nampak apa yang betul apa yang tidak. Jadi buta.

Cinta cinta, gua tarak. Masih kekal inflasi sifar aspek cinta. Bohonglah kalau tak mau. Tipulah kalau tak rasa nak manja-mana... tapi belum ada yang betul2 serius menjelma dengan ikhlas. Cukup aku katakan punya seorang teman baik yang sentiasa ada masa susah dan senang, masa nangis dan ketawa. Dan dia tetap wikipedia aku untuk filem dan lagu. p/s: gua bukan nak jadi Yasmin Ahmad tapi filem dan muzik memang selari dengan jiwa dan kerjaya gua. :) wink .

Sekarang simpan angan-angan kononnya nak cuba tulis novel manja-manja. Tetapi macam aku katalah, aku tidak ada angan-angan nak jadi the next siapa-siapa. Biarlah orang kata aku syok sendiri.. mamposlah kan.. cuma aku mahu cuba sebab aku ada sindrom malas menulis dan kontinuiti tidak berterusan. Jadi cuba melanggar yang ini.Agaknya...

Ok... apa lagi nak tulis ni..