Menghadiri press screening film terbaru lakonan Erra Fazira & Hans Isacc, sebelum masuk kepanggung, hati aku dah berdebar². Sebab sebelum ini aku sudah terbaca sinopsis cerita ini & ia mengingatkan aku terhadap sebuah filem yang aku tonton sewaktu aku menganggur beberapa tahun lepas.
Aku, Liz, Lin, Mesir & Arn masuk ke panggung. Beberapa minit menonton filem ini & melihatkan trailer nya sebelum itu, aku sudah menggelengkan kepala beberapa kali. Ini macam pernah aku lihat! Exactly.
Ya, hasilnya benar. Persona Non Grata yang dianggap indah di mata penonton adalah sebuah filem yang 90% sama dengan filem 'February' @ 'Gumpapan'. Macamana aku boleh menyatakan ini tanpa ragu2 kerana filem February telah aku tonton 4 kali. And yes, aku jatuh cinta habis Shahkrit Yamnarm, hero filem ini.
Bagi menjawab semua persoalan & resah di dalam hati, aku bertanyakan soalan kepada tuan pengarah iaitu tuan punya badan yang claim cerita ini original idea nya. Aku mengajukan statement yang menyatakan bahawa filem ini mempunyai quite close similirity dengan filem kesukaan aku itu. Masih menggunakan 'bahasa & melayu' yakni yang tersirat jawapan aku dijawab dengan kegelabahan yang ketara. Jawapan nya lebih kurang berbunyi...seolah² tidak pernah menonton February, tidak ada unsur2 February di dalam filem ini & yang best, cerita ORIGINAL ini dicreate pada BULAN FEBRUARY di Penang.
What should I say? Damn, this a damn lie. Bagaimana sebuah filem boleh sama secara kebetulan dengan sebuah filem lain pada hampir keseluruhan filem itu except for the ending... i believe film ini tidak berani mempunyai sad ending like THE ORIGINAL version kerana takut penerimaan yang negative mungkin.
Persoalannya & mungkin aku dipersoalkan. Kenapa mahu meruntuhkan & tidak langsung membantu sebuah filem Malaysia. Kenapa mesti mahu dipertikaikan sebuah filem yang dianggap bagus di mata penonton. INI ADALAH KERANA FILEM INI DIAMBIL BULAT² DARIPADA SEBUAH FILEM LUAR & DIAKUI SEBUAH FILEM ORIGINAL. Kenapa tidak dikatakan bahawa filem ini diambil influence @ diolah daripada sebuah filem lain. Ini percubaan kali pertama si pengarah mahu mengarah filem & kenapa peluang ini dirosakkan.
RM1.5 juta dilaburkan terhadap filem ini. 1 pelaburan yang agak sia² kerana mengambil idea orang lain. Apa yang membuatkan aku HANGIN di sini kerana para penonton kita nanti seolah² akan ditipu dengan perakuan ORIGINAl sebuah filem. Kredit terhadap filem yang bagus ini adalah sia². Lakonan Erra & hans membanggakan. Nampak natural tetapi rosak kerana sebuah peniruan bulat². Bak kata Cinta terhadap Milli di dalam AADC "Itu nyontek punya orang , Mil". Suntik...
Geram... geram... geram. katalah apa nak kata, tapi aku malu dengan situasi ini. Situasi orang kita yang tahu mengambil hasil kerja orang lain & mengaku hasil kerja TULEN sendiri. Kenapa? if it is like below 50% of the movie, cam ok lagi..but this is like 90 %. Tidak boleh ada 1 kebetulan di sini. Tidak boleh!
I would say that i am not a movie or film freak, junkie, critic... I enjoy movies. Dan untuk memperkatakan tentang film yang ditonton, aku tidak tahu terma² filem yang betul² terma. Aku hanya menonton & boleh memberi komen secara jujur. Melihat, mengkaji & biasanya apa yang terkeluar dari komen aku adalah sesuatu yang aku relate-kan dengan keadaan sekeliling @ pengalaman. Itu aku. Di -infulence dengan pengalaman rakan² office yang pemberi pendedahan terhadap duni movie, akusangat berterima kasih kerana itu. Tiada pembohongan di situ, pastinya.
check out on February:http://www.imdb.com/title/tt0370561/
http://64.233.179.104/search?q=cache:j9Wc0805BFUJ:www.thaifilm.com/articleDetail_en.asp%3Fid%3D61+Shahkrit+Yamnarm+february&hl=en&gl=my&ct=clnk&cd=2
http://66.218.69.11/search/cache?p=february+shahkrit+yamnarm&ei=UTF-8&fr=FP-tab-web-t&x=wrt&u=www.heroic-cinema.com/review.php%3FID%3Dfebruary&w=february+shahkrit+yamnarm&d=bP_RpG1aMUJw&icp=1&.intl=us
Hasil perbicangan dengan teman:zafer: pengarah hebat cameron crowe pun ada remake film orang 'abre los ojos' (open your eyes) tapi semua orang tau dia remake, terjemahan idea baru untuk filem tu... bukan tiru lepas tu mengaku... rasanya, perbuatan begini..dipanggil plagiat"