Wednesday, August 30, 2006

moment...

Khamis lalu hingga Ahad, aku berada di Jakarta. menghadiri 1 konser Crushbone.
Ada Gigi (huhuhu), Ratu & opening act by Ahli Fiqir. It was great & fun.
Pengisian 4 hari yang diisi dengan aktiviti² yang berfaedah termasuk aktiviti bershopping.

Sempat ke markas Gigi melihat shooting cover album tebaru Gigi, Pintu Sorga. Sempat makan2 petang & malam bersama Gigi. Thanks to Armand untuk nasi padangnya yah, Manto. Aku juga sempat ke markas Gigikit@ & membeli merchandise Gigi buat diri sendiri. Huhuhu bestnya.. ada beg, baju, mug, stickers. Huhuhu seronok. Sempat juga bertemu Piyu yang diintverview oleh majalah cek & ricek serta tv stesen. uuuhh.. i miss them all.

Alia nampaknya dah mabuk teh botol sekarang. Pertama kali diperkenalkan di menteng + nasi goreng gila, terus dia jatuh cinta. begitu jugak dengan Fiza. heheheh abis konser, langusng kita ke Menteng, makan Nasi goreng gila yah?

And performance oleh 3 artist tersebut.. best! Crowd indonesian nampakanya menerima Ahli Fiqir dengan baik. Siap nyanyi bareng yah? Angguk2 geleng2. Dan persembahan dari gigi... as usual.. superb. Aku jadi confuse masa tu, mana nak amik gambar, mana nak nyanyi bareng & mana nak lompat2. hahahahha... dan ternyata sekitar 300 kepinggambar Gigi dah aku snap. Ouhhh.. tak dilupakan gamabr2 ratu perform. Dan gambar ahli Fiqir. Good show guys!

Weh... tatkala pulang sewaktu di bandara, kayaknya air mata tumpah lagi yah. Khusus buat Tante Liza yang sangaaaat baik. Sangat baik! Makasih atas makanan & menghantar saya ke tempat yang mahu ditujui. And to all gigikit@...love u guys!

mau lagi dong ke jakarta!

Tuesday, August 29, 2006

been missing jakarta so mucho!

Monday, August 21, 2006

before sunset....

jesse: Is that why you're in a relationship with somebody who's never around?
celine: yes, obviously i cant deal with the day- to day life of a relationship. yeah we have this exciting time together and he leaves and i miss him, but at least i'm not dying inside. when someone's always around me, i'm suffocating.
j: no wait, u said that u need to love and be loved.
c: yeah, but when i do it quckly makes me nauseous. it's a disaster.i mean i'm really happy only when i'm on my own. Even being alone,it's been than sitting next to a lover & feeling lonely.it's not so easy for me to be a romantic.you start off that way and after u've been screwed over a few times you forgot about ur delusional ideas and u take what comes into ur life. thats not even true. i havent been screwd over i just had too many blah relationshp. they werent mean, they cared for me but there were no real connection or excitement. at least not form my side.
j: god, i'm sorry. is it really thay bad.it's not right
c: u know, it's not even that, i was until i read your fucking book. it's stirred u up, u know? it reminded me how genuinely romanic i was how i had so much hope in things.and now it's like i don't believe in anything that relates to love. i dont feel things for ppl anymore. In a way, i put all my romanticms into that 1 night and i was never able to feel all this agian. Like somehow that night took things away from me and i expressed them to u, and u took them with u. It made me feel cold, like love wasn't for me.
j: i don believe that.
c: u know what? Reality and love are almost contradictory for me. It's funny .. every single of my exes, they're now married. Men go out with me, we break up and then they get married. and later they call me to thank me for teaching them what love is and that i taught them to care and respect women.
j: i think i'm one of those
c: i want to kill them. Why didnt they ask me?i would have said no but they could have asked. i know its my fault because i never felt it was the right man. Never. But what does it mean, the right man, the love of your life?the concept is absurd. we can only be complete with one person. its evil, right?
j: can i talk?
c: i guess i've been heartbroken to many times and then i recovered. so now u know from the starts, i make no effort. i know it's not gonna work out.
j: u cant do that. u cant live trying to avoid pain at the expense...
c: those are words.

Friday, August 11, 2006

before sunrise....

jesse: I don't know, I think that if I could just accept the fact that my life is supposed to be difficult. You know, that's what to be expected, then I might not get so pissed-off about it and I'll just be glad when something nice happens.


stresst poet:

Daydream, delusion, limousine, eyelash / Oh baby with your pretty face / Drop a tear in my wineglass / Look at those big eyes / See what you mean to me / Sweet-cakes and milkshakes / I'm delusion angel / I'm fantasy parade / I want you to know what I think / Don't want you to guess anymore / You have no idea where I came from / We have no idea where we're going / Latched in life / Like branches in a river/ Flowing downstream / Caught in the current / I'll carry you / You'll carry me / That's how it could be / Don't you know me? / Don't you know me by now?

Monday, July 31, 2006

errrmmm....

which one do u prefer?

sms : i miss u
reply: miss u 2

OR

sms: i miss u
reply: understood

???

Sunday, July 30, 2006

Kura² & Arnab part 2


Semalam kiranya, dapatlah aku berehat di rumah ayah & ibu dengan amannya... err.. separuh aman (keranan TERPAKSA menyiapkan artikel SITI). So, dalam dok buat2 artikel tu, ibu, aku, faiz, yana sempat menonton beberapa buah movie termasuk Raising Helen, lakonan lovely Kate Hudson & my MR. Aidan.

Post yang lepas kiranya baru nak lupakan si kura2. Mak aku pun dah baca alkisah kura2 aku dalam blog ni. Dia cakap "kenapa perlu lupakan? Biarlah kura2 tu lambat sikit asalkan dia sampai"... pulak?

So..aku dalam perkiraan nak lupakan kura2, tiba2 sepanjang cerita Raising Helen ni banyal pulak signal2 yang konon2 aku sorang jelah nampak. Banyak pulak lah tiba2 karakter arnab & kura2 yang muncul sepanjang filem ini berlangsung. Suratan @ kebetulan? (hmm.. bodoh betul soalan itu).

Al kisah si adik bongsu, Sarah yang tidak tahu mengikat tali kasut. Dan cara untuk mengikat semula tali kasutnya dengan mengikat cara ibunya yang telah meninggal. cara ibunya lebih kurang begini... err.. tak ingatlah pulak.. tapi berkaitan dengan 2 telinga ARNAB. Arnab lah pulak tu, takde telinga lain ker?

Lepas tu pulak alkisah adik yang tengah, Henry membela seekor kura2 yang bernama Irwin. Si irwin adalah penghibur hati Henry. Hmm... kura2 pulak. Tensen.

Mereka juga pergi ke zoo untuk bergambar. banyak juga gambar haiwan yang mereka ambil termasuk ARNAB & KURA2.. memang sepanjang cerita ini aku kena gelak kaw2 ngan ibu, & adik2 & aku balas ngan air mata je (hahahah sensitif Sunday OK). tapi aku suka dengan John Corbett @ Aidan ni.. mungkin tempias dari lakonannya di 'Sex &The City'. Suka sangat tengok air muka dia. hahaha tiba2.

so..itulah ceritanya. makin nak lupa, makin diingatkan.
tapi memang saya nak lupa kura2.

Wednesday, July 26, 2006

serotonin dah menurun

err... takde mood betul nak buat artikel. tinggallagi 2 artikel setengah yang harus kerjakan. 1 pasal siti & lagi 1 pasal hero2 bola pojaan ku... huhuhu OUH zizou.. (tiba2)

Aku rasa lately semangat nak buat kerja cepat dah hilang sikit. Ini mungkin kerana kepenatan badan yang rasanya dah tak terbawa dek badan yang berisi ini. Huhuhu . Banyak betul aktiviti yang dibuat. Dan lately aku rasa hormon serotonin aku dah menurun. Heheh aku baru buat pasal sains dalam cinta ni. So dah dapat belajar sikit2.
Serotonin merupakan 1 chemical untuk mengerakkan rasa cinta. malah ianya merupakann most important chemical untuk cinta. Hmm... rasanya dah turun hormon tu. Jiwa jiwa betul!

Semalam pergi cover pussy cat dolls punya konsert. Mula2 budak2 yang menonton ni jerit pussy cat, pussy cat..pastu dah letih diorang jerit Pussy je pulak. Hahahah lucah betul. Tapi memang patut dengan kemampuan si PCD ni berpakaian. Tiba2 rasa macam tak nak makan nasi setahun. tapi lepas show, kitorang bantai pi makan nasi ngan tomyam kat pantai dalam.. Apa citer?

yang herannya, apasal lah si PCD yang seksi ni lepas malsuk Mesia. Apsal band2 rock tak lepas? Aku tak kata PCD ni tak bagus, energy dioran bagus...vocal nicole pun boleh tahan... tapi aku nak yang ROCK. Boleh? Kasi masuk aaaa Mesia.

Aksi menunggu si seksi naik pentas...


takut tak? takut tak? Hehehe...


sejam lebih menunggu.. bosan gak. tapi aku suka gambar ni coz nampak kurus sikit. Hahaha

Tuesday, July 25, 2006

Cerita Arnab & Kura2

"saya ingat saya nak bagi awak buku cerita kura² & arnab.
Saya rasa saya ni tiba2 jadi arnab & sah2 lah awak tu kura².
Kalau saya ni memang arnab, saya adalah arnab yang paling lembab dalam banyak arnab. tapi tetap laju pada awak si kura².
Ya..awak kura2 yang lembab, awak ckp saya laju. tapi laju saya untuk bagi awak cepat.
Saya dah tak banyak masa macam awak rasa saya banyak masa. tak.. saya dah tua.

Laju ke saya kalau kelajuan saya pada 40kmh. tapi awak juga yang tak paham2. Dalam kereta saya ada patung kura2 sebab saya nak ingat awak bila saya pandu kereta. Awak pun ckp kalau awak binatang, awak nak jadi kura2. Pastu tiba2 awak nak jadi ikan. Ouh.. tak boleh. Pilihan pertama je yang akan diterima. Sorry.

Tapi arnab ni mcm dah letih. LEtih sebab tunggu awak yang lambat. Maaflah kalau arnab ni dah jumpa kura2 yang lain @ haiwan2 lain yang nak berkawan dengannya..

Saya rasa saya dah tak berapa suka kura2. BYE"

its coldplay

I was in Singapore on Monday & Tuesday. I have a 'date' with Chris martin, & . It's Coldplay Twisted Logic Tour in Singapore man!

Thank to Mas Erwin yah, for the gratis ticket for me. U such a good friend to me. Bukan hanya kerna tiket konser tetapi for all ur time & kindness during my time in Jakarta.

I arrived Singapore at 4 pm. Go and meet my friends yang dah lama tunggu kat Bugis MRT. Sorry to keep u waiting guys. Kemudian tapau nasi beryani & makan di hotel. Jam 5 kita dah start mandi2, bersiap2, pilih baju & berwangi2 untuk ke Singapore Indoor Stadium. And kita menuju ke SIS terus. Di depan stadium, dah nampak ramai manusia menunggu untuk masuk. Di 1 sudut aku nampak Dhani & Maia, Ari Lasso, Andra & band members of Slank. Huhuhu. Ramai betul. And guess what.. i saw armand, thomas, mas dhani & omelette.....

to be continue

Monday, July 24, 2006

1 malam di TTDI

Semalam lepak ngan otai2. Makan capati ngan kuah kambing tapi bukan kambing biri2.
Semalam dapat gelak kuat.. hahahaha bunyinya.
Ketawa pasal ayat 'bimbo lelaki'.. 'biar hati busuk tapi jangan hodoh'.. ketawa pasal cerita 'bob' & 'nan'. Hahahaha...

Lepak2 ni best kadang2 sebab boleh tambah ilmu secara tidak langsung.

Semalam lalu dekat 1 kawasan gudang. lalu sorang2, tiba2 jadi sedih balik sekejap.
tapi cakap kat sedih.."pergi mati".

Tuesday, July 18, 2006

Maaf yah, curhat terus

Mulanya aku ingat mahu poskan pengalaman menonton Coldplay minggu sudah.
Tapi tak menjadi.
2 minggu sudah sampai jam 7 petang tadi aku dalam keadaan stress.
Banyak betul yang datang ganggu tenangnya hidup. Heheheh.
Tapi hari ini, aku rasa best sikit.
Pulang awal ke rumah, nonton tv, mandi kemudian lepak2 dengan kawan2 rapat + adik.
Pulang ke rumah, aku sempat menonton siri tv kesukaan aku, 1 cd.
Buka dvd player, keluarkan siri The O.c & masukkan cd Gigi, band fav aku.
BUka buku Filosofi Kopi tulusan dewi lestari & baca 1 chapter.
Tutup buku, buka lampu merah & buku laptop.
Menulis untuk ini.

Terbaca dalam buku filisofi kopi itu, 1 quote:

Kopi yang anda minum hari ini ialah kopi tiwus.
Artinya: walau tak ada yang sempurna,
hidup ini indah begini adanya.

So, disini rasa tenang. Aku dapat buat apa yang aku nak buat.
Relaks & rasa malam ni dengan tenang.
Tak macam malam2 sebelum ini yang serabut dengan pk macam2 perkara.
+ Menunggu...
So malam ni, aku nak rasa happy.
Walau hidup ini complicated adanya... tapi bak kata Dee... hidup ini indah begini adanya.

...begini adanya. Walau kita masukkan hidup kita dalam situasi yang complicated, mungkin itulah indah dia kot?
Marahlah pada diri sendiri.. tapi pengalaman itu pengajaran.

Maaf, curhat terus...

Saturday, July 08, 2006

away..

going away for two days...

bye2

Thursday, July 06, 2006

conversation paling makan dalam

di suatu petang..

op: bart, tadi op call mak opie, dia cakap dia tengok bola
bart: ermm...
op: Mak opie cakap dia tengok ngan husband dia.
bart: cakap kat mak op, opie pun tgk bola ngan husband..
op: huh?
bart: opie tgk ngan husband orang... hahahahha
Op: cilakos

Monday, July 03, 2006

Lost Soul...

Ingat tak lagi kumpulan lost soul back in the 90's. Hmm.. tapi ini bukan cerita pasal band lost soul.. ini cerita tentang soul yang dah lost.. biasalah CURHAT terus.

Selepas bersama² menonton game Brazil vs Ghana & Spain vs France hari tu.. rasa tak best ni jadi menjadi² every day.. Tak tau kenapa? Mungkin sebab benda² kecik yg aku nak mcm..minum petang, sms ucap good morning & call kadang kala tu..susah nak dpt.. so aku ras atak best. Bunyi macam demanding tapi sebenarnya tidak.

Its hard for me to end this tapi bagi aku.. biarlah dulu. Enjoy apa yang ada & nanti²lah pk apa nak jadi. Boleh gitu?

Bila Anda Gembira

Bila anda gembira tepuk tangan.
bila anda gembira hentak kaki...

Yes..yes..dah tepuk tangan & hentak kaki bila England kalah di tangan Portugal.
Hehehe... kalau nak diikutkan, aku tak delah menyampah sangat dengan England tapi perbuatan sesetangah orang yang over & obses dengan pasukan Becky ni membuatkan rasa menyampah aku meluap².

Al kisah, semua orang ada team mereka sendiri untuk support. Ada obses sendiri terhadap pasukan kesayangan mereka. Tapi bila dah dua game aku tengok minah artis ni over nak mati, aku jadi bengkek aaa tengok perangai dia. Ada juga orang lain yang over perangai... tapi kerana dia artis & perangai dia seolah² menarik perhatian ramai, nampak benda ni jadi gedik nak mati tau tak. Masa England vs Portugal, siap bangun berdiri dengan tangan di dada & menyanyikan lagu England.. Aku tahulah ko lahir dekat England, tapi jangan over boleh tak? Sepanjang perjalanan game dia akan menjerit dengan suara annoying dia (aku tak tau mcm mana dia leh jadi penyanyi) jerit nama² pemain yang dia tahu. Hah! kalau dia tak tau..dia akan jerit Go ENgland! "Go Becky" ..uish manja abis ni panggil Becky, mcm Beckham ni pernah main pondok² dengan dia.

Lalu setelah ENGLAND kalah dengan kegagalan Lampard,Gerrard & carragher menjaringkan gol penalti & kecekapan Ricardo menahan gol.... aku menjerit sepuas hati, menaiki kerusi & menoleh kepada si over ini dengan senyuman yang sangat puas. nasib engkau lah kan..sapa suruh over. Balik England lah, kalau rasa darah tu dah mat salleh sangat.

Itu cerita kepuasan.. cerita kesedihan masih ada tatkala Argentina kalah di tangan Jerman. Benci betul tengok muka Odonkor tu. Dan aku harap Jerman takkan menang World Cup tahun ni. bagilah pada France, Italy @ Portugal.. aku rela. Dan yang aku tabik ialah permainan Zizou malam tu yang memang cantik. He is the coolest man on the field. Dah la senyum manis lak tu. :) hero... zizou.


the coolest guy.... huhuhu ZIZOU.





My hero... gabriel.. rupanya baru aku perasan, ke-2² hero bola yang aku suka nama mereka start dari GABRIEL. Gabriel batistta & Gabriel Heinze. Suka sangat! Nanti kalau umur panjang, leh namakan anak Gabriel. Huhu!

Wednesday, June 21, 2006

Bila Ada Dewa Cinta

related to :
kenapa aku single- kata vovin

'Dewa Cinta'- terma yang diberikan oleh kami kepada mereka² yang diangkat sebagai seseorang yang berada di tempat teratas dalam khalayan cinta kami² ini. Seseorang yang dipuja kerana pelbagai faktor. Dewa Cinta ...

Ya, aku pun ada dewa cinta aku sendiri. Seseorang yang aku letak di tangga teratas & bermimpi untuk mendapat dewa cinta ini. Kenapa aku suka dewa cinta ini? Banyak sebab... personaliti dia, pengetahuan dia, cara dia berkomunikasi dengan aku sambil menyampaikan informasi yang bagus² + other faktor yang seperti rambut, jari & pemilihan kasut serta getah rambut yang betul dalam pemakaiannya.

Niat & hasrat di hati... nak capai dewa cinta ini sebagai orang yang duduk di sebelah untuk berada di dalam apa situasi. Suka duka, sedih gumbira.

Ye... mungkin salah untuk ada Dewa Cinta ini. tapi ini yang terlintas di kepala & jiwa bila jumpa. Ouh.. ini dewa cinta aku. Untuk dapat @ tidak, itu memang bukan kepastian langsung... langsung. Kerana biasanya berdasarkan pengamatan, Dewa Cinta ini memang sukar didapatkan kerana situasi & status yang membuatkan ianya ternyata sukar untuk diperolehi. Sukar... dan 1 yang paling bodoh ... kerana meletakkan diri sendiri dalam keadaa sukar.

Masih mengeluh kerana 'tak ada boyfren?". Ya, aku salah seorang daripadanya. Mengeluh kadang kala kerana kadang2 aku nak orang yang tanpa perlu berfikir, aku boleh menelefon @ sms untuk mengadu @ berkongsi cerita suka duka aku. Pernah ditanya & sedikit sebanyak pertanyaan ini memang menyakitkan hati aku... "Sampai bila nak hidup macam ni?"... tak sapa minta untuk duduk dalam situasi begini & cara bagaimana aku mahu keluar, aku pun tak tahu. Pandai nak masuk dalam keadaan & tak pandai ajar hati untuk keluar...

Memilih...ya mungkin. Terpilih.. hahah tak pernah langsung. Kenapa aku tak ada bofen? Mereka salahkan faktor memilih... mungkin ya, mungkin tidak. Tak tahu nak jawab. Tapi secara rambangnya, aku tak nampak sesiapa datang secara sincere & menyatakan sesuatu. (ihhhh jiwangnya bunyi..... hahahahah lantaklah). Mungkin kerana faktor body yang tak cun, gemuk, tak cute, tak pandai, tak art, tak kelakar... & aku rasa faktor ini yang membawa aku kepada status single ini... dan aku harus terima.

Dewa Cinta... bila nak melepaskan dewa cinta ini @ meletakkan status dewa cinta kepada orang lain... tiada jawapan

Sunday, June 18, 2006

Rock In Time

Ini cerita rock. Ini cerita yang nampak aku teruja. tapi biarlah sebab pengalaman ini bermakna buat aku. Kisahnya bermula minggu lepas apabila aku mengambil peluang untuk men-intvw hillary selepas Hillary secara sah masuk semula ke Search. Rancangan awalnya, aku & DEEPC cuma merangka untuk menemuramah Hillary tentang perasaannya pulang ke gagang. tapi rancangan telah bertukar tatkala tiba di studio Utusan, PJ.

Sampai di studio itu, kami disambut dengan senyuman & hayunan panjangnya rambut Edrie hashim yang cantik. Dan kemudian kami sempat terkagum penuh rasa diam dengan petikan gitar Hillary walau sekejap cuma. Melihatkan Hillary busy, kamu mengambil peluang ini untuk 'bersembang' dengan icon rock, AMY. Jadi interview bermula dengan AMy yang banyak bercakap tentang 'industri' dalam industri. Details tentang apa yang dibincangkan perlulah dibaca di H!> Hehehehe. Selepas AMY, dengan senyum2nya Hillary mengisi tempat duduk AMY. Aku telah di-remindkan terlebih awal oleh Hillary bahawa dia bukanlah orang yang bercakap banyak. Mulanya kelihatan begitu. Ayat² yang keluar dari mulut Hillary memang sedikit sehingga aku terpk sekejap... "Apa aku nak tulis ni nanti?". Tapi setelah dah warm up, Hillary banyak juga bercerita (banyak yg off record ni. kelakar). Dari sini, kami dapati Search sangat happy bergabung semula walaupun pada Hillary dia dapat merasakan ada burden dengan tugasan lama yang diperbaharui ini. Tempat Hillary diambil oleh yazit. Huhuhu. Serius, waktu ni suara aku tak terkeluar sebab agak takut hingga Yazit menutup pintu studio untuk mengelak bunyiyangdatang darinya & mengusik dengan menyatakan :suara awak slow.. mcm org cakap dalam kelambu". hahaha. So kita bersembang² dengan Yazit tentang Search yang asal. Tentang rasanya terhadap Kid + Din... Nasir adalah orang yang terakhir ditemuramah, Nasir memang cool & ke-cool-an nya itu membuatkan kami teruja untuk terus bertanya & bertanya (terutamanya Deep c). Nasir membuka ruang untuk kami mengetahui siapa search & bagaimana search dar asalnya. Ini memang cerita hebat dari mereka. Ini cerita tentang Search yang 25 tahun sudah & hari ini ketika berusia 25 tahun. Siapa boleh sangkal hebat cerita mereka. Dan kali ini, ini cerita Gothik Malam Edan.

Ini 1 pengalaman hebat dalam hidup aku. Walaupun nak dikirakan sudah 3 kali intvw search sekumpulan. Heheh dan nasir masih ingat kali pertama H! interview Search. :)
Tapi... rindu rasanya nak dengar cerita² Kid & nak tgk aksi Din waktu diinterview...kelakar.

ACARA GHANA + CZECHK

Jadi, hari sabtu lepas tambah menyeronokkan. Diajak oleh Hillary untuk menyaksikan rakaman terakhir lagu Search (+ tengok bola), aku + DeepC+ Anim ke studio itu lagi. Mulanya aku ingatkan cuma Hillary + Edrie ada di sana, tapi kemudiannya tempat itu diisi semula dengan Search yang asal ini. kami sempat melihat rakaman search sedikit. Dihulurkan inlay + cover sample oleh Amy & diminta opinion untuk cover itu. nak cakap apa? kalau dah search, memang search lah kan?

So selepas itu, kami menyaksikan perlawanan bola sepak antara Czech + Ghana dengan mereka² yang hadir di studio. Hillary, dah tak malu². Hehehe. 1 yang aku nak cakap pasal amy... kalau dah rock tu... rock jugak! duduk tengok bola rock, berdiri tepi pintu rock & cakap gol pun rock. Caya lu lah bro. Walaupun czech kalah tapi tetap boleh tersenyum dengan keadaan malam ini... Sejak kecil lagi aku dihidangkan dengan lagu² Search, waktu usia sudah nak menjangkau ke usia 30 -an ni, tak tecapai dek akal aku nak terpikir, 1 hari nanti aku boleh tengok bola 1 televisyen dengan anggota search....semua. bestnya rasa... Thanks to Hillary sebab ajak & lepak sama².. Anim daripada mengantuk, dah boleh kawal mata dengan tengok Amy kat sebelah. Bisik Anim, "Amy duduk sebelah aku tengok bola. " Hahahaha. Dan DeepC riang malam tu sebab boleh lepak lagi dengan Nasir, pojaan dia. Nasir + Hillary sempat baca artikel yang kami buat. :)

Friday, June 16, 2006

tukar wajah

thanks to en. vovin yang telah menukar rupa 'kulit' saya ini.

saya baru selesai menulis sebuah artikel yang pada pandangan saya maha berat untuk saya tulis. Bila kita memuja & dalam masa yang sama perlu menulis tentang itu... pasti ada tekanan yang datang.

Pagi tadi agak gila kerana tekanan sampai membuatkan air mata di hujung maskara.
pagi tadi bosan bila nak luahkan stress di talian, jawapannya hampa.

Petang ini sudah lega. Petang ini artikel 4 pages itu telah selesai di buat bersama deepC. Thanks to deepC. Kita berkongsi rasa tentang Search. Kita berkongsi takut tentang band idola ini.

Petang ini sudah lega kerana ada sms yang sudah memujuk. Hahaha.

Sunday, June 04, 2006

Time do the ticking... I Do The Wondering

Last week... was a good & entertaining week for me. I had good times with frens & loves ones. Banyak aktiviti yang berjaya dilakukan...

Bermula dengan acara lepak² with sumone... and now i have my own jersey. Thanks to u... for the Juventus jersey... so sweet & so wangi... hhehehe. :) We had agood time lepak² & ada listening session for selected songs. Happy... happy... no we dont have any commitment towards each other tapi masa lepak2 begini sudah senang buat kita happy banget. And 1 quote yang aku simpan untuk hari, ini & tak tahu sampai bila... katanya "dont wait, dont plan... let it be spontaneously".. sampai bila yach? ya ngak tahu... But after all... we had a very good 'seeing ecah other time' this time. Pengunaan kata2 dalam bahasa melayu nampaknya sudah dapat dikuasai dengan baik.. hehhehe

Acara masak2 di rumah bersama teman² rapat disamping acara menampal poster rare oleh our legend... Mr. Ise. Thanks Ise for the poster utk gue. happy banget.. rumah gue udah di decor ulang kayaknya. Thank to u for the beaaaauuutiful poster & postcard. Sudah lama tak memasak (heheheh) & acara masak memasak bersama Anim & Jesse ini sungguh fun. Yang paling sedap masakan antara semua..hahaha sudah tentulah telur dadar special yang buat Jesse tak tido malam. Ouuhh... lupa... the nite b4 we masak2, kita ada acara 'kesihatan' with our special consultant, mr. badrul. Thanks for all the advices. Appreciate it. ;)

Semalam lebih hangat, kiranya.... Kenapa? Aku pergi ke O*Range untuk menonton WINGS!!!! sudah lama tidak melihat gaya 4 jejaka macho di atas pentas & of courselah yang paling seksi tu.... JOE! Weeee wiit... Mengimbau banyak kenangan silam dengan lagu² KLMJ mereka. Memang best gila walaupun ada sedikit technical problem. Apa² pun... JOE, le memang sexy! Dan Bart tak abis2 mengyembah Black yang memang mengkagumkan dengan ketukan drum nya. Respect lu lah brother!

Ok kan minggu kali ni... minggu depan gi mana kayaknya?

* ouh lupa.... lebih happy lagi bila dapat sms dari jauh... dari----> 'sesuatu yang indah...kemana angin menghembus"...

Friday, May 26, 2006

Its all bout getting happiness



Malam semalam, bertempat di sebuah restorante kegemaran Jesse, iaitu Murni aku, Jesse, Imran & nazri had a long conversation on RELATIONSHIP. Huh... berat topik ni. So di malam hari yang selepas hujan ini, topik ini dianggap topik yang mampu membawa kepada beberapa order makanan & air lagi... (lama lah tu maknanya)..

Ianya bermula dengan perbincangan HTS= Hubungan tanpa status @ Hubungan tidak Sihat yang dilihat langsung tidak dapat memberi apa2 jaminan. Hubungan ini wujud dan ianya tetap diwujudkan atas dasar mahu mengeksperimentasi keadaan, tidak mahu kehilangan & mahu mempunyai seseorang di sebelah. Falsafah "Baik kuda pada badak, baik ada pada takdak" cuba diaplikasikan di sini. What say u? Hubungan ini dimana ke2² pihak tidak dapat memberi jaminan kepada apa yang mereka lalui @ tidak dapat memberi status kepada apa yang mereka sedang hadapi sekarang. Sungguh tidak sihat. Tetapi di sebalik hubungan ini, ada sebab² tetrtentu yang perlu mereka lalui walaupun mereka tahu, di penghujungnya nanti, tiada apa keuntungan (mungkin) @ tidak ada apa yang mereka pastikan.

Perbincangan juga melalui tajuk "kenapa tidak ada orang di sebelah kita?". Yang membawa kepadapelbagai jawapan yang tidak dapat dipastikan,mana satu adalah punca sebenarnya. "lelaki sekarang takut kepada wanita yang terlalu indipendent?" @ "jodoh belum sampai lagi?". What say u?

Ianya membawa juga kepada perbincangan... hubungan ramai teman lelaki @ teman wanita. Apa yang mereka hadapi & kenapa ini terjadi. Jawapan yang simple mungkin... sayang nak lepas, apa yang ada pada orang ini, tidak ada pada orang itu.

"Sesuatu yang kita tak dapat tu lebih best experiencenya untuk dapat", "Pernah ke tak dapat apa yang kita nak?", "Kita tak kan dapat apa yang kia nak sepenuhnya", antara wprds yang terkeluar dari mulut ahli perbincangan.

Jauh rasanya perjalanan hidup ini tetapi jika diteliti, sebenarnya pendek waktu yang kita barulalui. Banyak lagi yang perlu dipelajari & dieksperimentasikan. Hidup ini perjalanan & perjalanan itu, pilihlan laluannya, kan?

Topik² ini tidak membawa kepada kejiwangan salah seorang pun ahli panel tetapi membawa kepada perbincangan yang lebih matang & terbuka juga menyampaikan apa yang patut @ tidak patut sebenarnya laluan itu.

So far.. i am very happy to be what i am today. Aku happy punya kawan² yang sangat2 memahami apa yang aku lalui & siapa diri aku sebenarnya. Thanks a lot. And from the discussion, i dont think i can handle hidup couple for a moment. And i dont think I will be with someone dalam masa yang terdekat ni. Aku tak dapat imagine hidup berdating balik, kena re-schedule semula perjalanan hidup 3 tahun single ini. Mungkin belum masa lagi. I am very comfortable dengan apa yang aku lalui sekarang. Dan thanks to ahli panel kerana menyampaikan sesuatu yang boleh buat aku balik rumah & fikir.

I take this quote yang aku rasa relevan for a moment.

Dari ryan wijaya @ burung gereja:
Abadi itu bohong
kecuali rasa ini

Chasing Amy:
Alyssa : No! I used them! You don't think I would've let it happen if I hadn't wanted to? Do you? I was an experimental girl for Christ sake! Maybe you knew from early on your track was from point A to be, but unlike you I was not given a fucking map at birth, so I tried it all! That is until we, you and I, got together and suddenly I was sated!