Wednesday, January 31, 2007

ini masanya...


Before ini... aku addicted dengan 'Sex and The City'. Suka dengan watak², skrip yang dibawakan di dalamnya. Dan sekarang ini masanya untuk aku addict dengan Greys Anatomy sambil meneliti kembali skrip yang tertulis & tertampar ke muka.

Cerita ini best. Awalnya hanya melihat secara suka², kini setiap hari aku akan menonton siri ini. Cuba menghabiskan second season yang sudah lama dibeli tapi baru punya masa untuk menonton.

Cerita ini best. Sebab ia membayangkan kerja doktor itu best, skandal itu ada sengsara & hati sebenarnya sukar ditipu. Cerita ini best bila lelaki masih dengan ego & watak mereka manakala perempuan masih terikut dengan kata cinta mereka yang ikhlas. Cerita ini. best.

Grey: I wish there were a rulebook for intimacy. Some kind of guide to tell you when you've crossed the line. It would be nice if you could see it coming, and I don't know how you fit it on a map. You take it where you can get it, and keep it as long as you can. And as for rules, maybe there are none. Maybe the rules of intimacy are something you have to define for yourself.

Kalau dah setiap malam menonton, sambil ditemani lampu kuning & angin sepoi2 bahasa... cerita ini jadi tambah best. Dan tambah best kalau ada scene² yang terkena dengan batang hidung sendiri. Cerita ini best.

* Apabila ditanya oleh seorang yang saya hormati. Katanya "Agak² apa reaksi awak kalau 1 hari ada orang propose?" Jawab aku .. "kami tak pernah terbayang akan ada moment itu". Sungguh...

Grey: Maybe we're not supposed to be happy. Maybe gratitude has nothing to do with joy. Maybe being grateful means recognizing what you have for what it is. Appreciating small victories. Admiring the struggle it takes simply to be human. Maybe we're thankful for the familiar things we know. And maybe we're thankful for the things we'll never know. At the end of the day, the fact that we have the courage to still be standing is reason enough to celebrate.

Tuesday, January 30, 2007

it was for yesterday

it was for yesterday... he treated me like a princess...tapi untuk esok & seterusnya, saya belum tahu. Kerana mood berubah..angin juga berubah. Mungkin esok saya sudah tidak dalam ingatannya.

hanya untuk semalam semua benda jadi indah.. dan saya pasti tidak untuk hari esok. Tiba2 yang gembira jadi sedih. Kerana saya tahu... benda ini tiada akhirnya.

Wednesday, January 24, 2007

tangan terikat belon

Tangan aku diikat belon, pada satu malam di sebuah party. Keadaan di party itu agak membosankan. Dengan orang yang ramai & makanan yang tidak cukup. Perut kosong lantaran bersiap terlalu lama ke majlis tanpa sempat memasukkan apa2 ke dalam perut. Di party itu, belon² berjuntaian banyak. warnanya merah putih... (warna bendera indonesia...eh sempat teringat).

Party berlarutan, aku & kawan2 terus merasa bosan. Sebelum itu, seorang rakan yang baru beraksi di pentas mengikat belon yang berisi helium di tangan aku. Aku suka kerana rasa seperti aksesori tambahan yang menarik. ke sana ke mari dengan belon itu. Tak ada niat apa² terhadapnya. hanya aksesori malam itu.

Bosan dengan parti, aku & kawan² keluar pergi. menuju ke tempat yang lebih enak pandangan dan masakannya...

Belon masih diikat di tangan kananku. masih terikat kemas. tetapi sebaik sahaja melangkah ke arah kereta, aku ambil keputusan untuk melepaskannya. kenapa? Kerana tak tahu apa nasib belon itu di rumah nanti. Kenapa pikir begitu? entah, tak tahu. Lalu perlahan² aku merungkaikan ikatan..

Ikatan di rungkai, aku pandang ke atas. Mungkin lebih elok jika kau terbang sendiri tinggi wahai belon. Tapi hanya sendiri. Dilepaskan...dan ke atas.... Aku nampak belon itu melayang ke atas. Seakan menari². Tak tahu dia gembira terlepas pergi @ sedih kerana sendiri. "Kesian belon tu", ujar dia. Tapi aku dah ambil keputusan untuk melepaskan tanpa ada sebab yang kukuh. Aku fikir dengan melepaskan pergi, nasib belon mungkin lebih elok. Kami ber-2 melihat ke arah belon itu. Malam pekat saksi belon putih terlepas pergi. Dalam hati aku berkata "Pergilah bersama masalah yang melanda. Aku dah penat". Aku mengalih pandangan ke arah dia yang masih melihat belon & sesungguhnya aku tak tahu sebenarnya dia berfikir lagi tentang belon itu (hingga hari ini). Rupanya masih berfikir...

Masuk ke kereta..aku jadi lupa tentang belon...belon putih di malam yang gelap.

Tuesday, January 23, 2007

jejak jakarta & bandung

Sekali lagi, me & fidzah melawat bandung & jakarta atas urusan kerja kami.
Kali ini lebih indipendent sekali. segalanya dilakukan ber-2. Dari mula hingga akhir kerja kami. Sungguh memenatkan tetapi memuaskan hati. KELINCi will be attacking! Hehehe doakan saja kelancaran rancangan kami ini.

Friday, December 22, 2006

Dan saya masih di sini

Tautan waktu berjalan...
Seiring langkah kita bersama
Mendewasakan semua rasa
Perasaan jiwa...
Tak akan mungkin memungkiri
Menyangkal arti cinta
Biar angin menentang
Pun langit terhempas

*song by padi- demi cinta

dan saya bosan... masih di rasa ini.

Thursday, December 21, 2006

2006...

Tahun baru...

Semua orang mula bercakap tentang tahun baru...kedatangan 2007.
Salah tak kalau menjengah ke tahun 2006 & bulan2 sebelum Disember ini untuk sementara.
Apa yang dah tercapai & tak tercakap dek akal & perbuatan.

Tahun 2006 pastinya dah membawa 1 lagi episod dalam kehidupan.
Masih ada benda lama yang dibuat, tak kira betul @ salah.
Dan ada benda baru yang ditempuhi... tak kira betul @ salah juga.

2006 telah menemukan saya dengan ramai insan berseni yang membawa pengaruh dalam kehidupan saya secara langsung & tidak langsung. TErima kasih daun keladi.
Saya bertemu Ad Samad, Aidit Alfian, Zaza Aidit & anak2 yang comel, Amir ETC, Amir Narec, Azhari, Big, James (james ye nama dia),
Juga bertemu dengan Fidzah sewaktu lawatan ke jakarta. Dan kini jadi teman baik.
Tak dilupakan menjumpai teman2 baru di Jakarta yang sangat baik & ramah. Erwin, Agus, fanny, Diaz, Adik dll...
Berjumpa kembali teman2 di MRSM PDRM dahulu. ramai yang sudah berumahtangga & beranak anak. Ramai juga kawan2 yang mengakhiri tahun ini dengan berumahtangga.

Saya bertemu Hani Syahira, Izzah Umairah, Nur Leia Irish.. & 'bertemu' Mikayla... welcome to the world...dearie dear.

Tahun ini berkesempatan menermuramah Padi, Search line up pioneer, Naif... 3 band yang sangat2 disegani & dihormati... Saya bertemu seseorang yang merubah hidup saya seketika. Sesuatu yang indah... bayangkanlah... tapi setakat itu. Terima kasih.

Tahun 2006, banyak kejadian yang berlaku. Banyak perkara dewasa & kanak kanak yang masih dilakukan. Masih juga mengikut hati tanpa kata akal. Saya harap 1 peruabahan pada 2007... tapi adakah perubahan itu bakal merubah segalanya. Saya masih sunyi pada 2006 tanpa hahahahah seseorang bergelar 'teman rapat'... cukup hanya semua jadi teman tapi mesra. Masih di lingkungan lama. Masih di situ.

Ada keletihan di 2006 & ada juga senyum di 2006. Terima kasih buat semua & segalanya yang hadir dan bisa merubah kekuatan mental atau fizikal saya...
Kekadang bicara 1 masa boleh membuatkan fikiran anda sengsara seumur hidup. hahah terima kasih untuk itu...

Masih terbaik di 2006...



Monday, December 18, 2006

Ini rahsia


Ini rahsia... shhhh
Tapi saya rindu seberang sana...
*Dan yang bertuah adalah pasangan mereka...

Thursday, November 30, 2006

Indahnya Dunia Bandoeng

Bulan puasa yang lalu... aku & Fidzah sempat ber-puasa di bumi Indonesia. Kami sampai di Jakarta & terus di ambil oleh Mas Erwin (one of my bessssst fren in Jakarta, miss u Win)... Rencanya padat sesudah kami menjejakkan kaki ke airport.

Mulanya kita berkunjung ke kantor Erwin, keren yah Win. Bertemu dengan boss Erwin & bertukar² cerita tentang dunia entertainment Indo & Malay.

Kali pertama di bawa ke Kemang. Sebuah kawasan yang happening. Kami berbuka puasa di sini sebuah kafe yang bernama... nama apa yah? yang pasti waiternya cakep² yah. Malamnya me & Fidzah sungguh terharu dengan usaha Erwin & Agus yang berusaha mencari hotel yang bagus untuk kami menginap, walaupun hanya untuk menidurkan mata & kepala.



Sempat ke Rs bertemu Wening

Acara keren apabila kami dijemput ke Paz Studio untuk melawat studinya Piyu. Sepanjang perjalanan ke Cinere, kami... err... Agus & Erwin sebenarnya menyanyikan lagu² lama & baru Indo & sempatlah aku menyelit² lagu yang aku tau. Jablai yah?Hehehe & Fidzah..uuhhh tidur terus di mobilnya Erwin. Sesampainya di Cinere..jenuh juga kami mencari studio yang terletak di hujung jalan ini. Sempat menyaksikan acara jamming Piyu, Ari & Rindra... it was so memorable! Meneliti setiap poster, equipment & persekitaran Paz Studio.Pulangnya kami dihantar Elvie, teman baik Piyu yang sempat menyediakan kami dengan air hijau yang aneh rasanya. Kata Elvie..airnya aneh kerana studio ini nga pernah menerima tetamu yah? Thanks! Turut dihiburkan dengan salakan² Paz (empunya studio yah?) yang err... comel itu.


DI Kemang ada ini...


Mahadewa

Hari sebelum berangkat ke Bandoeng yang dingin.. aku sempat ketemu Jimmy The Upstairs di Sarinah (mall kecil yang banyak kenangan bersama Leila, Dedi & Jake). So sempatlah aku men-intvw Jimmy perihal band nya yang kini menjadi kegilaan ramai di Indo. Yah semua Modern Darlings... Jimmy was such a nice person. Selepas itu kami terus ke Ruang Rupa yang terletak di Tebet... ouhhh sebut pasal Tebet.. Gigi juga disini tapi anehnya, kali ni ke Jakarta nga ketemu Gigi langsung! Di sana, aku sempat men-interview White Shoes & The Couple Company, geng² retro yang sebenarnya aku jeles banget dengan imej mereka. jadul banget!!! Semuanya peramah & baik2. And the interview was sooo good..


White Shoes & Me

Masa Untuk berangkat ke bandoeng...

Di Bandung.. awalnya kami (Me, Fidzah, Agus, Erwin & Adik) melawat Cihempelas. Berjalan² & bertemu dengan temannya Erwin, Fanny. Belum sempat apa2 dah teruja di sebuah kedai yang mempunyai bantak baju bandoeng. Gila! Then tanpa erwin, kami makan di sebuah Warung Laos... enak banget makannannya. Pizzanya enakkkkkk! Dan kami mencuba makanan yang berbeza². Sedapnyaaaaa lah. Kan Fidzah? Sambil menunggu erwin yang tiba2 ada kerja, kami jalan2 di Ciwalk yang dingin ini.


Di depan Kedai seorang A'A

Sehabis cerita di Ciwalk, kami naik ke ... (aiseh aku lupa nama tempat ni). Ya,, mereka makan sate kelinci. Mereka cabar aku untuk makan arnab2 yang tak bersalah ini tapi aku prefer untuk makan jagung bakar 3 rasa yang enak itu sahaja. Kami pulang kerana agenda esok pagi lagi meriah & perlukan tenaga.


Wanna Try?

Masa untuk shoppinnnngggggg. Ye dari 1 FO (factory Outlet) ke FO yang lain, aku & Fidzah sudah merasa sawan. Bulan puasa pun bulan puasalah tapi kami tetap dengan keinginan kami untuk bershoppng raya. I guess.. deka 9 beg aku dah capai & beli. baju2 untuk kawan2, keluarga & pastinya diri sendiri. Sesuatu juga buat orang yang sentiasa di ingatan.

Hahahah sorry & thanks to erwin, Agus & adik yang mengerti kesawanan kami berbelanja. Dan hasilnya....







Barang Yang Dibelanja

Saya sungguh merasa bahagia di bandung. Udaranya dingin. Makanannya enak. Adik bawa kami makan di 1 tempat. dan surabi nya enak sekali. Kami sempat ke Tankuban Perahu..berfoto & menikmati keindahan di situ. Sejuk sekali dan nyata salah pemakaian aku hari tu. Terpaksa menahan sejuk yang amat sangat. Hehehe... Rasa macam tak nak balik je ke jakarta waktu itu. Sungguh merasa damainya di bumi yang dingin ini. Dan saya juga rasa rindu.. tetap rindu pada Jakarta & Kuala Lumpur...

Bandung bagi saya... sangat indah & mendamaikan.


Teman2 baik ku di Soho bersama Benny, manager LaLuna. Best gila tempat ni. Ramai anak anak ikan yang hensem & stylo!



Jalan turn dari takuban Perahu yang best! maam video klip lak.


Di Takuban Perahu bersama yang gila2 semuanya. Sempat Agus menceritakan perihal sejarah TP ini.

Sunday, November 19, 2006

Ditanya & Dijawab

1.What made you smile today?
Good night sms semalam...

2. Do you know that to love is also to
let go?
I know but i dont wanna know

3. Are you in love?
Angau mode je

4. Are you in a relationship?
For the moment.. nope

5. Do you love your best friends?
Always

6. What song are you listening to?
Pdi, Gigi & Tompi ... heavy rotation

7. What is your favorite song for the
moment?
Seperti kekasihku

8. What are your biggest fears?
Death

9. Write down one of your most
important friend!
Aduh... banyak banget ni.

10.Do you have ex-boyfriend/girlfriend?
Yeap... psiko!

11.Do you like to watch sunset with
your lover?
Dont have a lover but i love sunset

12.What is your favorite book?
Why Men Loves Bitches

13.Do you think gay-marriage is
disgusting?
Its up to them

14.Have you ever in love your own
bestfriend?
No...

15.Do you think break ups suck?
Hmmm.. heart breaking

16.Tell me a few important things
about your self!
I love music & movies.

17.Do you think Brad Pitt is sexy?
Only when he is with ANgelina Jolie

18.What about Jessica Simpson?
Biatchhhhh

19.Are you bored?
Iyah.. kadangakala

20. Do you wanna go back to the past?
Ouh... certainly!

21. Do you have friends from the
opposite sex? Are they good?
Yes.. i love them!

22.Name them!
bart, Nazri, Pjoe, Imran, Irfan, Ezli, Ise, Awie, Ujang, Buaya, Ayeh, Nik & banyak lagi...

23.What colors do you like?
Black

24.Do you like to drink beer until you
get drunk?
Hahahhaha nope.

25.Do you like to drive all by
yourself in the middle of the night?
I love too...

26.Do you have important things to say
to someone?
Yes.. but just couldnt say it!

27. Do you think guys who cheat on
their girlfriends can be forgiven?
Perhaps...

28. Do you hate your mother?
I loveeeeesssss my mum

29. Are you a family man?
Yeap.

30. Are you sleepy now?
Nope.. may be jam 2 nanti

31. If you have a chance to say "i
miss u", who would that be?
Him & Him

32. Do you think math is interesting?
Hmm yeap

33. Are you selfish?
Kadang kala

34. See, if your brother is gay and
your sister is a lesbian, will you be
mad?
Hahahah yeap!

35. When you listen to romantic songs,
is there anyone that stick to your
mind?
Certainly yes... tambah lagi kalau lagu dia yah? Heheheheh

Saturday, November 18, 2006

perpindahan

saya baru pindah ke rumahbaru di sri petaling..
best sebab 5 minit je dari ofis. Ini telah membuatkan saya berazam bangun awal & dtg awal ke ofis. Duit minyak pun terasa safe nye. Hmmm.. umah baru ada swimming pool ...walaupun saya tak reti berenang.. heheh.

Dah pindah umah ni... hmm... bila lak nak pindah hati? ;))
hahhahaahaha.

Thursday, November 16, 2006

its been a while..

Lama juga tak mem-blogkan diri. Busy with work & work... & work.
Tak banyak perubahan dalam hidup cuma sibuk dengan kerja...
Apa yang aku nak *carutkan ni? sat lagi lah sambung...

Wednesday, October 18, 2006

jangan pernah lupa....

jangan pernah lupa...
langit ada tinggi
ada rendah...

dan jangan pernah lupa...
roda itu berpusing pusing jua...

jangan terlalu selesa dengan kehidupan...
sekurang²nya bersyukurlah...

Sunday, October 15, 2006

in just 24 hours....

it reminded me how genuinely romanic i was how i had so much hope in things.and now it's like i don't believe in anything that relates to love. i dont feel things for ppl anymore. In a way, i put all my romanticms into that 1 night and i was never able to feel all this agian. Like somehow that night took things away from me and i expressed them to u, and u took them with u. It made me feel cold, like love wasn't for me.

-taken from before sunset-




-PAZ's studio (padi's) , cinere

mengapa?

"setiap ada kamu menagap jantungku berdetak"

LOL.... hahahah thanks for pemberi lagu. Kelakar sungguh lah..

But anyway.. my current mood & song is 'Ternyata Cinta'

Wednesday, October 04, 2006

Masa Untuk Terbang Lagi

Tak tahulah apasal tapi skang ni tahap stress tak dapat dikawal.
Kadang2 berakhir dengan menangis. Weak betul jiwa aku sekarang.

Padahal tak ada apa sangatlah masalah yang major. Tapi perubahan keadaan & permasalahan membuatkan aku takut sekejap.

Aku kena move out dari umah sekarang. Owner nak jual. gelabah aku kejap.
nasib baik ada kawan2 yang sudi membantu... mekasih!

Ermm.. esok aku akan terbang lagi bawa diri untuk menemui udara & persekitaran di sana. Jakarta & Bandung, here i come again. Kadang kala bawa diri ke tempat lain adalah 1 penyelesaian seketika. "Call me when u get home"... hmmm pirrahh.. aku pi sana nak lupakan ko, lagi nak suruh aku ingat bila balik. Piirahh!

Aku notice banyak benda berubah lately. Dari segala aspek... mungkin ikut usia @ tahap kematangan seseorang. Ada yang terus hilang kematangan & ke-cool-an diri apabila berlaku perubahan dalam diri. Tak cool langsung & tak best langsung.
Aku kira orang yang beprinsip teguh ni tak boleh goyang, tapi dengan angin sepoi2 bahasa pun boleh tumbang. Nasib badan.

So... jakarta, tunggu aku di sana. Mahu kesana lagi..libur terus...
Moga dapat jumpa apa yang dcari & dinanti...

Saturday, September 23, 2006

saya suka gambar ini



dan ternyata

"ingin sungguh ingin aku bicara satu kali saja..."

jiwang mode hahaahaha..

hmm... ok.. ok tukar... diharapkan untuk diri sendiri agar bulan puasa ini mendatangkan ketenangan & kegembiraan.. AMIN...


"telah cukuplah aku diam.. di dalam keheningan ini"

Sunday, September 17, 2006

Luasnya Pandangan

Orang kata, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun setakat ini perjalanan aku hanya setakat di seberang laut tapi dah agak banyak membuka mata. Dan adakalanya terfikir untuk berubah angin. Mungkin di seberang. siapa tahu...

1 perkara yang aku rindukan bila balik dr Jakarta adalah suasana di sana. Ya kalau sebut perihal macet yah, nga tahan. Tetapi aku suka suasana makan2 di menteng sambil dihiburkan dengan pengamen yang hampir ke semuanya mempunyai suara yang bagus2. Makan nasi goreng gila & minum berbotol2 teh botol boleh membuatkan suasana yang rileks. Nak tambah berat badan lagi, order pula sate & pisang bakar (yang manis). Hehehe tapi suasana ni enak & tenang.

1 lagi kekadang yang membanggakan adalah jiwa anak muda di Jakarta yang boleh membuat apa sahaja kerja. Dari memasak nasi goreng gila, membakar roti @ pisang, menjaga parkir, menjadi pengamen... dan hampir ke semua kerja... anak2 muda ini tanpa segan membuatnya beramai2. Entahlah tapi bagi aku ini 1 suasana yang perlu dicontohi & dibanggakan. Memang ada anak2 muda kita (malaysia) yang membuat pekerjaan2 di sini tapi jumlah yang ramai di Jakarta membuatkan perkara ini ketara kelihatan.

Berada bersama GIGI & GIGIKIT@ adalah 1 lagi perkara yang menyeronokkan. Ikatan di anatara band ini & peminatnya membanggakan. Ke mana sahaja Gigi berada, di situ Gigikit@ akan setia menemani. Gigi juga dengan segala ikhlasnya melayan peminat2 setia mereka ini & ikatan yang mereka bina ini sangat membanggakan, GIGI will always & always be y favorite ever band!

Di kesempatan yang terbaru ini aku bekersempatan bertemu dengan beberapa wartawan dari seberang & kami sempat bertukar cerita & bahan. Terima kasih banyak..

Dan selamat datang Mikaila. Kebanggaan papa & mamanya.

Wednesday, August 30, 2006

moment...

Khamis lalu hingga Ahad, aku berada di Jakarta. menghadiri 1 konser Crushbone.
Ada Gigi (huhuhu), Ratu & opening act by Ahli Fiqir. It was great & fun.
Pengisian 4 hari yang diisi dengan aktiviti² yang berfaedah termasuk aktiviti bershopping.

Sempat ke markas Gigi melihat shooting cover album tebaru Gigi, Pintu Sorga. Sempat makan2 petang & malam bersama Gigi. Thanks to Armand untuk nasi padangnya yah, Manto. Aku juga sempat ke markas Gigikit@ & membeli merchandise Gigi buat diri sendiri. Huhuhu bestnya.. ada beg, baju, mug, stickers. Huhuhu seronok. Sempat juga bertemu Piyu yang diintverview oleh majalah cek & ricek serta tv stesen. uuuhh.. i miss them all.

Alia nampaknya dah mabuk teh botol sekarang. Pertama kali diperkenalkan di menteng + nasi goreng gila, terus dia jatuh cinta. begitu jugak dengan Fiza. heheheh abis konser, langusng kita ke Menteng, makan Nasi goreng gila yah?

And performance oleh 3 artist tersebut.. best! Crowd indonesian nampakanya menerima Ahli Fiqir dengan baik. Siap nyanyi bareng yah? Angguk2 geleng2. Dan persembahan dari gigi... as usual.. superb. Aku jadi confuse masa tu, mana nak amik gambar, mana nak nyanyi bareng & mana nak lompat2. hahahahha... dan ternyata sekitar 300 kepinggambar Gigi dah aku snap. Ouhhh.. tak dilupakan gamabr2 ratu perform. Dan gambar ahli Fiqir. Good show guys!

Weh... tatkala pulang sewaktu di bandara, kayaknya air mata tumpah lagi yah. Khusus buat Tante Liza yang sangaaaat baik. Sangat baik! Makasih atas makanan & menghantar saya ke tempat yang mahu ditujui. And to all gigikit@...love u guys!

mau lagi dong ke jakarta!

Tuesday, August 29, 2006

been missing jakarta so mucho!