Saturday, January 31, 2009

Tahun Baru, Umur baru

Masuk tahun 2009.. bulan kedua. Hanya tinggal kira-kira 10 bulan untuk aku berada di kotak yang lain. Maksudnya jika menandakan tahap usia dalam satu kotak di dalam borang... aku harus menandakan pada kotak 30-35 tahun. Bukan lagi di kotak sebelumnya.

Teringat dahulu aku pernah cakap dekat Jesse, tak sabar tunggu usia 30 tahun. Umur yang nampak matang dan harus jadi matang.

2009 started dengan permulaan yang agak perlahan tapi kurang enak. Perlahan dan belum boleh melangkah laju. Semuanya tampak perlahan dan masih di tahap meragukan.
Ada beberapa perkara yang sepatutnya tidak berlaku pada awal sebuah tahun baru tapi sudah menjadi satu dugaan dan ujian yang masih boleh ditepis kiranya.

Kena kuat semangat dan kuat azam untuk jadi lebih bagus. Bukan jadi 'macam bagus'. Kalau boleh patah balik masa.... aku ingat pada mulanya tidak mahu berada di masa lampau. Tetapi ingatkan balik dosa-dosa pada ibu bapa, rasanya alangkahb aik aku berada di penghujung tahun 90'an yang semuanya mentah dan rebel belaka.

Kalaulah aku jenis orang yang sennag bersuara deras.. alangkah bestnya kalau aku dapat keluarkan semua rasa dalam badan yang semakin berisi ini.
Alangkah seronok kalau dapat cakap "suka, tak suka, fuck, pergi mati, bagus, tak adil, ehh.. best, cayalah, dan segala macam lagi". Belum tahap boleh bersuara kuat dan masih penyimpan rasa.

Untuk orang yang aku sakitkan perasaan dan ragukan rasa.. maaf. Aku belum mampu untuk menjadi orang yang mampu berjabat tangan pergi dan pulang dengan selesa, meminta maaf dan berkata hello dengan sempurna. Aku tak reti.

:)