Tuesday, August 07, 2007

21 perkara...

'21 Things i Want In a Lover'-Pjoe tagged me this.
so, aku kena jawab... heheh sambil berfikir..

* Hormat saya, ibu bapa saya, keluarga & kawan² saya.
* My lover have to be.... penyayang. He loves me because of me. The real me. Bukan
sebab² lain.
* Kalau boleh... dia berambut panjang... ;)
* Dia juga harus tahu tentang muzik. harus tahu... walaupun dia tak tahu bermain
gitar or apa², dia harus ambil tahu tentang muzik. (kalau ada studio pun bagus
juga ;))
* Dia juga harus ambil tahu tentang filem.
* Saya prefer kalau dia adalah sumber saya untuk pengetahuan tentang filem & muzik.
* Tidak perlu bercakap banyak. Tapi tidaklah pendiam sangat. Cuma..dia tahu apabila
hendak bercakap & diam. Kalau dia pandai...dgn mata sahaja saya boleh faham apa
maksud dia.
* Matang & cool dalam semua hal.
* Pegang tangan saya ketika berjalan & apa jua keadaan.
* Memahami waktu saya stress & menangis, saya perlukan orang yang tap ubun² saya &
berkata² sesuatu yang positif.
* Boleh lead saya dalam hal agama.
* Tahu untuk diam & tidak menganggu ketika saya menonton DVD. I hate ppl talking
while watching dvd.
* Ada hati yang baik & hati yang baik itu untuk saya
* Berterus terang & tidak main belakang
* Menjadi romantis kadang kala & tahu membuat surprise.
* Tidak mengongkong & tidak sms saya sepanjang waktu setiap hari.
* Tidak meninggalkan 63 miss call kerana saya tidak mengangkat telefon
* Dia perlu tahu apabila saya marah & merajuk, apa yang perlu dia buat.
* Tahu mengendalikan kewangan & berfikir tentang future. Mungkin dia juga fikir
future kami.
* Tahu akan minat saya... kegemaran saya, band kegemaran saya, pelakon kesukaan saya
& tidak menghina & mengejek itu semua.
* Appreciate the word love, relationship & commitment!

Friday, June 29, 2007

berdiri di tepi (mencuri masa 5 minit)

Semalam aku menonton show Hujan di laundry. Best. Hujan memang best. walaupun datang agak lambat, sempat aku enjoy the show. Sampaikan kawan aku yang baru pertama kali berkenalan dengan Hujan, terus jatuh cinta & beli cd. Keep it up Hujan.

Mencuri masa 5 minit aku membuat kerja, scenery semalam sewaktu di Cineleisure and The Curve membuatkan aku teringat masa² muda dolu² kala. Semalam, tempat itu dipenuhi dengan anak² muda remaja yang sempoi & bergaya sakan. Mereka tampil simple tetapi berkesan.

Mencuri masa 5 minit kerja aku di office, aku teringat sewaktu aku berada di awal 20-an lalu, berada dalam dunia anak² band. Mengikut kawan² atau lebih tepat lagi teman lelaki di waktu itu ke sana ke mari dengan muzik yang kami & mereka percayai. Ala² Penny lane & kawan² dalam Almost famous, cuma yang bezanya... band itu tidak sempat melebarkan muzik mereka dengan luas.

Teringat zaman lama dulu, bila berkumpul sebelum ke show, bersiap² menanyakan baju apa yang mahu dipakai, tempat mana yang mahu berjumpa & jam berapa (walau tak pernah tepat masa). itu kenangan yang mahal bagi aku. Aku rasa.

Teringat zaman itu, zaman masih kuat ke sana ke mari. bertenaga & sangat bersemangat. Hahaha terasa lebih best ketika itu jika teman lelaki anda adalah seorang vokalis kepada sebuah band. Siapa kenal teman lelaki anda, pasti kenal aanda. hahaha ya, saya salah seorang daripadanya. Dan dia, memperkenalkan saya pada dunia muzik yang lebih luas. hahahah poyo oooo.

Berada di tepi stage adalah 1 pengalaman yang best. Menyaksikan kesayangan anda beraksi mengalunkan lagu² ciptaannya. Dan apabila dia sempat melirik manja kepada anda sewaktu mendendangkan lagu, anda rasa dunia ini ada anda & dia sahaja beserta lagu. Lebih best lagi rasanya apbila lagu itu sebenarnya adalah lagu nukilan anda berdua. Pernah ada moment disitu tentang pembuatan lagi tu. Itu pengalaman manis yang disimpan.

Teringat 1 masa dahulu, sewaktu sebuah pertandingan ala² battle of The Band dilakukan di negerinya, dia berjaya mewakili negeri itu. Sebelum sempat teman lelaki anda turun ke bawah selepas announcement, tangan² rakan sudah sampai dahulu kepada anda untuk mengucapkan tahniah. Hahah kelakar & terharu.

Berdiri di tepi stage menyaksikan band & kesayangan anda beraksi adalah 1 situasi yang hebat pada masa anda ketika itu. hebat kerana moment itu adalah moment anda & dia. Bukan kerana orang lain fikir itu hebat. Perasaannya lain & buat anda tersenyum kalau teringat kembali.

Tiba² saya teringat pengalaman itu & semestinya teringatkan ex saya yang membawa kepada dunia itu.

Selepas itu mungkin anda masih di dalam scene yang sama. Berdiri di tepi @ di depan (sekali) pentas. Mungkin bukan lagi fokus terhadap si vokalis. tetapi pengalaman yang sama itu rasanya berlainan. Tidak sama seperti yang pertama dahulu. Apa yg aku nak tulis ni sebenarnya?

Well... semalam. membawa aku pada perasaan & suasana & ingatan masa muda² dahulu. terasa jiwa muda balik 10 tahun. Haahahaha. tapi itulah kenangan di tepi stage yang pernah dilalui.

Thursday, June 21, 2007

The new Member


Here comes Che Wan Hanan Najlaa.
Yes...my first anak buah.
Cucu pertama di dalam famili aku & famili mak Jam.

Wooo..dia sangat putih & sangat cute.
Yelah, baby mana yang tak cute kan?
Tapi this girl is sooo cute & baik.
Hehehhe... kehadiran CWHN memeriahkan lagi suasana
dalam famili & ada terdetik dalam hati aku sesuatu.
But well.. may be not for now, kan?
Belum masanya lagi.

I am happy. Tengok muka Hanan sangat mendamaikan.

Monday, May 21, 2007

2 years & going

yes, i am still single.

but today (19-05-07) i celebrated 2 years of meeting him.
19-05-05, i met this one great guy & he is still the greatest in my life.
2 years of so many things happen, he is still there.
Still the same Mr.R.
2 years & going, I am so happy to get to know someone as good as him.

Thanks for your time, knowledge, sharing & happiness.
Minus all the misery & mystery, u r still one great guy to me.

~liquid love~

Wednesday, May 16, 2007

Rossa & ketawanya

tadi..lewat petang, aku berpeluang menginterview Rossa.
Penyanyi kecil manis molek itu. Cantik orangnya, sedap nyanyiannya.
Dan yang paling membanggakan adalah setiap jawapan terhadap permasalahan
rumahtangganya. Rossa tidak berselindung. Apa yang dapat diceritakan, diberitahu dengan jelas. Dan apa yang perlu disimpan demi menjaga nama baik keluarganya, diberitahu secara baik.

Aku & Maliah sempat sedih waktu dia memperdengarkan lagu² nyanyiannya.
Sedih melihat dia ketawa kerana kita tahu dia bergelut dengan permasalahan keluarga.
Menurut online yang memberikan berita, Yoyo sang suami dilihat berjalan mesra dengan seorang wanita di Surabaya. Sewaktu iti menurut Rossa, dia berada di Jakarta kerana menghadiri 1 function. Dan Yoyo ke surabaya untuk menemani ibunya yang sedang operation. Luluh hati Rossa apabila khabar diberitakan oleh temannya.

Well, itu kuasa wanita. Menerima & menghadapi sesuatu masalah dengan boleh tersenyum & memberikan jawapan yang rasional. Di sebalik kata² Rossa, mereka cuba meneylamatkan rumahtangga bukan hanya anak, Rizky yang baru lahir tetapi kerana mahu kerukunan rumah tangga itu sendiri.

Kali terkahir aku bertemu Yoyo adalah sewaktu launching Padi Online. Sewaktu itu aku sempat bersembang² dengan Yoyo, Rindra, Ari & Piyu. Itu kali teakhir. dan kini berita tentang permasalahan rumahtangga mereka sangat mengejutkan.

Semua wanita akan rasa sakit apabila berhadapan dengan kecurangan & penipuan.
Semua akan rasa marah & sedih. tapi wanita juga sangat mudah memaafkan tapi tidak melupakan. Sekali dia marah, selamanya dia akan ingat itu.

Aku pernah berada di situasi yang salah. Dan aku rasa kalau pihak sana tahu, dia akan marah. maafkan saya.

Sunday, May 13, 2007

marah

Benda yang paling TAK best apabila melibatkan tidur ialah:-

1) Tidur dengan keadaan marah. Perasaan marah yang tidak selesai.
Hingga membuatkan anda rasa panas 1 malam.

2) Bangun dalam keadaan marah & akibatnya mata anda nampak bengkak @ tidak sihat.

3) Diganggu sms antara jam 2 pg-9 pg. Saya tidak suka. Kecuali buat orang2 yang
saya suka sahaja.

Sekian.

Friday, May 11, 2007

Why Greys Anatomy?

Dalam post At The Age Of 28, aku dapat 1 comment di Myspace.
mengatakan... u r as complicated as Grey. Yeah...Meredith Grey ini GA.
And i sms him saying that Grey is my most fav character N he replied
i can smell that.

Well, its funny & happy in a way that someone like what i like.
I love Mer. The complicated in her. The way she describe love. And perhaps may be
because she has fall in love with someones's hubby which i had experience that.
Yes.. pernah jatuh dengan someones' hubby. Bunyinya macam 1 kesalahan tapi...

So, GA is one of my fav tv series. Quote2 yang berada di dalam siri itu. Cara Mer, Derek, Christina, Izzie, Burke, George menyampaikan diri mereka. Dan apa yang selalunya membuatkan anda menyukai sesuatu siri tv @ filem @ lagu adalah kerana ianya related dalam hidup anda. Bukan?

Jadi.. GA menceritakan perihal Mer yang jatuh cinta dengan Derek. Merayu menyuruh Derek memilih dirinya & sewaktu seseorang (FInn) hadir dalam hidup Mer, Derek kembali & mengharapkan 1 relationship. Dan aku tanpa ragu sudah mengagak yang Mer akan memilih Derek! Dan Addison, ex wife Derek menjadi OK dengan situasi itu kerana dia tahu kejadian itu berlaku kerana kesalahannya yang lalu.

GA menceritakan tentang persahabatan. Persahabatan Intern sesama intern. Bersama bailey, bersama patient. Izzie & George, kawan baik yang jatuh cinta secara tiba2 apabila George sudah pun berkahwin. Mereka jadi akward dengan situasi itu. Ayat Shonda yang aku suka..
They didn’t see this coming. They didn’t mean for this to happen. I mean, they’re FRIENDS. They’re BEST friends. They spend most of their waking hours together. They have many things in common. They confide in each other. They look out for each other. They stick up for each other. They worry about each other. They care very deeply about each other.
Mereka, George & Izzie tidak boleh berpisah & kebersamaan mereka sebenarnya yang menyiksa mereka. Kerana George sudah mempunyai sesorang dalam hidupnya.

Mer -Derek, aku suka permasalahan mereka. Aku suka relationship mereka. Tapi dalam dunia realitinya, jika aku cuba me-relate-kan keadaan ini dengan situasi aku...aku takkan dapat menjadi Mer & seseorang tidak akan mampu menjadi Derek. Tidak akan ada "derek" yang akan menyukai aku sebagaimana Derek menyukai/menyayangi Mer. Impossible! Fact.

Can wait for the ending of season 3 & mereka akan masuk ke season 4. Tak sabar nak tunggu. Ouh lupa... aku kalau errmm disuruh memilih lelaki di dalam siri ini..aku akan pilih Alex Karev sebab dia kerek tetapi dalam masa yang sama dia boleh sayang seorang perempuan dengan ikhlas. tapi masalah Alex ini setiap kali ada orang sukakan dia... dia akan detaches person itu dari hidupnya kerana takut dengan relatinship. Bongok!

Mer:I wish there were a rulebook for intimacy. Some kind of guide to tell you when you've crossed the line. It would be nice if you could see it coming, and I don't know how you fit it on a map. You take it where you can get it, and keep it as long as you can. And as for rules, maybe there are none. Maybe the rules of intimacy are something you have to define for yourself.

Mer: At the end of the day, when it comes down to it, all we really want is to be close to somebody. So this thing, where we all keep our distance and pretend not to care about each other, is usually a load of bull. So we pick and choose who we want to remain close to, and once we've chosen those people, we tend to stick close by. No matter how much we hurt them, the people that are still with you at the end of the day - those are the ones worth keeping. And sure, sometimes close can be too close. But sometimes, that invasion of personal space, it can be exactly what you need.

Wednesday, May 09, 2007

Andra & MY Backbone

Huh... habis jua aknirnya semua artikel aku untuk Hype 86 ni.
Punyalah lembab aku buat kerja kali ni.. mood ilang, idea kering.. errr alasan.
Sakit belakang aku menyiapkan artikel2 ni. (bukan 1 complaint)

Bercakap pasal belakang... currently, aku sedang gila mendengar 2 buah album iaitu Andra & The Backbone, side project Andra Dewa 19 & Televisi oleh Naif. Jika mahukan mood yang agak rock & relaks, aku dgr Andra & bila tiba mood retro & ala2 mcm nak disko, aku tune to Naif.

Andra & The Backbone, keseluruhan lagu dalam album ini best. yes..they sound like Foo Foghters but they did it in a good way. Aku suka lagu Dan Tidurlah, sempurna, Perih, Dengarkan Aku & Saat Dunia Masih Milik Kita. Aku tak pernah lagi jumpa in person band members A&TBB ni except for Andra ketika bersama Dewa 19 7 aku teringin juga nak intwv mereka. Mendengar cerita di sebalik album ini. belum berkesempatan.

And for naif, album kali ini best. Sempat aku mengunjungi studio mereka di Pancuran Jakarta sewaktu album ini dalam proses. Waktu itu Jarwo perdengarkan lagu Kuda Besi & lepas dengar album ini, aku suka dengan lagu Ajojing, Di Mana Aku Di Sini & Itulah Cinta. Feels so retro. And they all were so nice. Aku berkesempatan menemuramah Jarwo, Pepeng & david. Sayangnya tak sempat ke temu Emil.. errmmm band members yang paling aku suka. Hahaha. Pepeng is the one yang entertain us with foods & stuf.. He was so nice. Thank u Frankie aka Pepeng.

Dan yang tak sabar ditunggu adalah album terbaru my fav band ever. GIGI! aku dah dapat single pertama mereka- Nakal. And it was so nice! Hahah seperti kembali kepada zaman album Untuk Semua Umur & Gigi is Back! Just cant wait for the album to release & berada dalam genggaman. Armand told me that the album gonna release on 16th May & launchingnya belum ditetapkan lagi. Ke Jakarta? Mau dong! Mau banget... tonton launchingnya album Gigi seperti tahun kemarin untuk Next Chapter. Liat Hendy, Samoth, Budj & Manto perform! Leila...... yuksssss!

Ouh... menyebut tentang pengaruh lagu2 & artis² Indo yang menyerang Malaysia... aku tak tau nak cakap macamana. I have 2 stand for this. Aku tak suka dengan keadaan ini sebenarnya. maksudnya di sini... rasanya tak perlulah masukkan band yang cengeng @ berada di bawah kebolehan artis Malaysia. band & artis kita sudah bagus & tidak perlu artis2 seperti ini. Example nya Radja. Aku tak nampak di mana specilitynya Radja sampai perlu dibawa 2 3 kali dalam setahun. taraf muzik kita jauh lebih baik dari itu. Kalau nak bawa masuk better bawa masuk band² yang ada pengaruh yang baik @ sesuatu yang menarik untuk ditunjukkan. barulah boleh share knowledge and things. Nidji is good example yang dibawa masuk. Susah juga apabila aku berdepan dengan topik artis Indo di bawa masuk ke Malaysia ini. Aku ada 2 type of circle of friends dalam hal ini. 1 yang membantu kemasukan artis2 ini & 1 lagi yang againts this thing.

Aku masuh ingat lagi, pada malam yang sama..aku lepak dengan 2 kelompok yang berbeza ini. 1 nya meminta pertolongan aku atas contacts artis2 indo yang mahu dimasukkan & kemudian aku bersama kawan² yang mahu sama² membanteras kemasukan artis Indo ini. Tipulah kalau aku kata tak mahu tonton Gigi, Padi, Naif, Sore di Malaysia. bagi aku ini band2 yang worth untuk di bawa masuk. Muzik mereka bagus. Pernyataan itu dibuat bukan kerana aku kenal mereka2 ini tetapi kerana aku yakin dengan muzik mereka yang bagus. Apa yang mereka mahu tonjolkan adalah muzik mereka yangberkualiti itu. Bukan 1 muzik yang kosong.

hahaha, bebduak ofis ni panggil aku Duta Indo di Malaysia. Dan ada wartawan2 yang memanggil aku & Maliah sebagai wartawan Indo yang bekerja di Malaysia. tapi minat terhadap muzik indo ini bukan datang sewaktu radja, Dewa 19, Ungu, Samson, Nidji, Bunga datang ke Malaysia lately ini. Minat terhadap muzik Gigi & Padi terutamanya hadir sewaktu album mereka yang terawal lagi. Dan aku memang menyukai band ini kerana muzik mereka.

Apa2 pun M.nasir tetap dihati. This genius man... his work is so incredible. Sekarang pun tengah dengar lagu Setiap Dambaan ~ menyanyi lalala, bersajak lalala, biar kau capai ku dalam pendakian.

Well .. my salutation also goes to Aidit Alfian, Ad Samad, Ramli Sarip, Pretty Ugly, Hujan, Dayang Nurfaizah & rakan2 artis di Malaysia.




Waktu dalam lif bersama anak2 Gigi & Opa, the man.





Me, Fidza, Awan from Sore with Pepeng, jarwo N david from Naif

Thursday, May 03, 2007

at the age of 28

Hari ini tak satu artikel pun yang aku siapkan. Apa yang berjaya aku lakukan adalah... errr... chatting, menonton klip di youtube, membaca blog² yang membakar semangat aku untuk menulis. Tapi bukan untuk artikel. Tiba2 semangat aku untuk menghabiskan artikel seperti hilang. Biar pun bau nescafe yang auntie buatkan ini memberi kesegaran tapi mind aku tak segar untuk menulis blog.

Aku baca 1 blog tadi. Tulis tentang bagaimana seroang wanita boleh menyayangi seorang lelaki dengan tanpa melihat (sebenarnya tidak mahu melihat) cacat cela lelaki itu walaupun apa yang didatangi lelaki itu sebenarnya adalah sakit hati.

Bila seorang wanita/gadis/perempuan jatuh cinta dengan seroang lelaki, automaticly lelaki itu indah2 sahaja dimatanya. Tiba2 gelaknya jadi best, gaduh dengan dia jadi best, segalanya2 jadi best walaupun apa yang didatangi lelaki itu adalah sakit hati. Malah sms yang hanya berbunyi 'hai' akan buat dia tersenyum. Bercakap telefon hanya buat 30 saat juga jadi kenangan. Dan apabila sesuatu pembongkaran rahsia yang sepatutnya menjadi tangis & sakit hati buat wanita itu terbongkar... tetap dia merasa itu hanya 1 ujian buat dirinya & masih bersabar dengan ujian itu. Itu ke yang orang cakap buta sebab cinta?

Semalam aku di sms oleh salah seorang rakan baikku yang menyatakan love life nya sucks! Dia tiba2 jadi bosan dengan keadaan. Dia jadi bosan dengan kerja, dia jadi bosan dengan segalanya. Dan semua ini sudah tentu berpunca dari perkataan love itu sendiri.

Di mana salahnya apabila perkataan love yang rata² describe sebagai sesuatu yang indah boleh bertukar jadi sebaliknya. Jatuh cinta jadi sakit, rindu orang jadi sakit & segala²nya jadi pahit. Ouh..... bukan jiwang namanya. Apabila anda berada pada usia 28 & masih tercari² apa yang ada di sebalik perkataan love & mencari siapa yang membawa cinta tu.. inilah hasilnya... confuse. Ini bukan 10 @ 12 tahun yang sudah apabila anda boleh suka² atau main suka² untuk menyukai. Ini sudah 10 @ 12 tahun berlalu yang anda sudah terfikir dengan seriusnya perkataan cinta itu. Dan hasilnya belum dapat. Mungkin anda rasa itulah THE ONE tapi apa yang anda dapat adalah masalah yang tak kunjung tiba. Apabila berada di usia 28 tahun, apa yang selalunya anda dapat adalah... bertemu dengan orang yang betul (atau mungkin salah?) pada waktu & ketika yang salah. Apa yang anda dapat adalah orang yang sudah berpunya (kekasih @ isteri) @ orang yang sudah berpunya (kekasih @ isteri) yang mempunyai masalah dengan hubungan itu namun tidak mampu keluar. jatuh cinta dengan suami orang @ boyfrined orang adalah 1 permasalahan yang common sekarang. Dan apa yang boleh anda dapat adalah... sakit hati kerana menjadi number 2 serta harus adapt dengan keadaan itu. Dan at the end of the day, anda yang perlu angkat kaki even have to say goodbye pada pasangan (?) anda tanpa dia sendiri pun menyedarinya.
Girl power yang hurt, jangan main². tapi dek kewarsan yang masih bermaharajalela, girl yang hurt itu tidak akan mampu untuk berbuat sesuatu pun yang dinamakan revenge... kerana apa hak girl itu untuk ada power seperti itu.
Untuk menyatakan "aku suka kau" @ " i like u"... pada usia sebegini.... diragui. kerana waktu usia² sebegini anda punya ego yang agak tebal (walaupun sebenarnya tidak afdal berbuat begitu) untuk dijajakan. Apa yang anda dapat biasanya masih sakit hati & lebih sakit hati lantaran sikap anda begini anda dikatakan MEMILIH.

Berada di usia 28 tahun, kadang² kematangan tidak membantu apa² dlaam soal cinta. Pengalaman lalu yang sepatutnya membantu bertukar menjadi benchmark yang bakal merosakkan suasana. Tidak menyerupai yang dahulu @ masih kangen dengan cinta yang lalu membuatkan pilihan tidak terfikirkan pun.


kadang² aku tak faham dengan apa yang aku rasa....

Sunday, April 29, 2007

AIM tahun ini....




Jadi AIM tahun ini sudah berlangsung dengan jayanya.
Aku & Liz ke sana bersama Ezli untuk meliput apa yang terjadi.
Tetapi liputan Liz & aku banyak berlangsung dari backstage kerana kami menegjar pemenang untuk malam itu.
Thanks to abang Nasir Search yang bawa kami ke belakang.

So di sampaing menemuramah pemenang², kami ( aku & Liz) sempat menemuramah beberapa bapa²
selebriti untuk hari bapa nanti. Awie, Joe Wings, Faizal tahir, Tam Spider. (Sebelum itu sempat menemuramah M.Nasir.. hehehe). Suasana di belakang stage agak havoc dengan keluar masuk artis serta krew.
Dan aku sempat diberi peluang menemuramah Samsons yang menang untuk katergori Album Indo terbaik malam itu.

Tiada banyak yang boleh diperkatakan tentang persembahan malam itu kerana aku hanya sempat meononton M.Nasir, Anuar Zain, Mawi & Ramli Sarip serta Search & Wings... Amy was so sexy & rocksss! Dan melihat M.nasir menari rasa sungguh meriah. Senyum tak lepas dari bibir. So sexy & otai!

I was hoping M.nasir menang album terbaik malam itu... tp bukan rezeki dia malam itu untuk memenangi kategori itu. Aku mahu M.Nasir menang bukan kerana aku peminat setia M.Nasir tetapi aku rasa dia deserve untuk menang. Bak kata seseorang... kemenangan Siti malam itu seperti menyeru² artis Malaysia meletakkan lagu² indo di dalam album mereka & kemudian menang award AIM. What say you?

Apa pun aku happy melihat otai² di atas stage. Menjerit² dari tepi stage ( dengan agak sopan kerana bimbang di halau hahaha). And terima kasih pada kawan² yang menghantar SMS mengucapkan tahniah atas kemenangan.. ehh macam aku lak menang.. Hahaha thanks anyway.


Tuesday, April 24, 2007

Jakarta For Work


Halllooo Malaysia. I've been tp Jakarta again for work,
kali ini aku berpeluang men-interview 3 band & 1 artis solo baru dari Indonesia.
Bermula dari Naff, Bunga, ST 12 dan berakhir dengan Kerispatih.

3 hari 2 malam aku di sini cuba menanyakan apa yang mereka mahu keluarkan melalui album mereka.
bagi aku... muzik mereka tiada kelainan sangat yang boleh dibanggakan. Cuma sewaktu menemuramah mereka... cara mereka menyampaikan apa yang mahu mereka sampaikan agak membanggakan.

Dan lebih best lagi..apabila aku berpeluang bertemu dengan band fav aku semula... GIGI.
Sempat mengikut mereka ke sebuah dinner show di Hotel Mulia. Uuhhh udah lama nga nonton GIGI.
jadi sempatlah aku jadi photografer terlarang..mengambil gambar mereka dari backstage tepi pentas. Budj dok show off gitar barunya yang di ukir khas dari bali. Manto dengan rambut barunya yang berbelang merah. Samoth & Hendy nampaknya makin kurus. Enjoy betul aku ikut diorang pergi dinner show kali ni. Yelah.. mereka juga kelakar apabila mereka dijemput oleh sebuah syarikat insurans untuk mengadakan dinner show. malah diorang yg gelak lebih2 bila aku bingung camana dinner show boleh melibatkan diorang. Diorang pun pelik dengan situasi itu.


Yang datang semua elegan2, pakai tux & evening dress.... & kami..? hahah jeans & shirt semata². Puas juga kami gelak geli hati di belakang stage... & bila time Gigi diorang di atas pentas.. dalam serius mereka perform mereka masih gelak2 kerana situasi yang kelakar ni. Gigi mempersembahkan janji, kepastian yang kutunggu, lagu² Chrisye, perdamaian & beberapa lagi buah lagu. Heheheh enjoy betul! saya enjoy walau sorang² kat tangga tepi stage.. hahahaha. Hendy bag stick drum dia. Best! Alamak.. best kalau ada member² lain ada untuk enjoy moment ni. GIGI- always be my fav band. energy mereka di atas stage.. saya suka!

Selesai acara Armand cepat² di tarik keluar dari venue & terus naik ke bilik. ramai yang memberhentikan Armand utk ambil gambar... hehehe biasa. Selesai lepak² sekejap, paksa armand nyanyi lagu Kuingin... mereka turun & sempat menghantar aku ke lobi. So kind of them and thats i love u guys more. I enjoy being with Gigi.



Thursday, April 05, 2007

lama tak update...

errmmm... nak bercerita tapi ada artikel yang perlu disiapkan.
minggu ini & depan out station lagi...

Tuesday, March 06, 2007

Sunday, March 04, 2007

get ready

I had all day in Singapore to think bout many things. Ye, baru pulang dari Singapore untuk mewawancara Fall Out Boy (Pete & Joe) & berpeluang untuk melihat mereka beraksi di konsert.

Nak tulis pasal intvw & konsert tapi..nanti dulu. Semalam aku sempat menonton 2 buah filem & salah 1 nya berkaitan dengan affair.

Pengajaran & pengalaman:

Jika anda bersedia untuk berada di dalam affair, jadi bersedia untuk:

1) Bersedia... Tidak dapat menelefon si dia @ menerima panggilan or sms pada hujung minggu. Lebih buruk lagi jika anda dinasihatkan oleh si dia untuk tidak berbuat demikian.

2) Bersedia untuk tidak mendapat panggilan telefon & membuat sebarang panggilan telefon @ sms, selepas pukul 10 malam & lebih buruk lagi jika anda dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.

3) Bersedia untuk mengawal emosi anda. Tidak ada ruang sepenuhnya untuk merasa marah, suka, gembira, sedih lebih² kerana apa hak anda untuk berbuat demikian?

4) Bersedia untuk melihat nama anda menjadi nama lain di telefonnya

5) Bersedialah untuk segala kemungkinan.

6) Bersedia untuk sakit hati & kecewa di saat² akhir sebuah janji pertemuan. "I couldnt make it tonite/today. Sorry".

Sudah ready? You- jangan tinggalkan-i.

Tuesday, February 20, 2007

if only

Di beranda itu, mereka, 3 gadis sunti hamburkan rasa sedih. Ada 2 yang keluar dengan air mata. Untuk tunjukkan mereka punya rasa. Rasa yang sedih di ketika itu & untuk perjalanan beberapa tahun lepas yang penuh kesedihan.

Di beranda itu, mereka cerita tentang hidup. Dan lebih tepat lagi... perihal hidup cinta mereka. Perjalanan cinta yang mungkin hanya mereka yang rasa pada suatu ketika.
Di beranda itu mereka tidak malu berkongsi air mata, bercerita yang kadang kala menunjukkan kelemahan diri sendiri. Cerita tentang hasrat tak sampai, masalah yang datang.

Itu selepas mereka menonton 'If Only', filem yang buatkan mereka fikir... bagaimana kalau satu hari nanti mereka tidak boleh lagi melihat wajah tersayang, yang tepat... lelaki yang mereka sayang kerana dia sudah pergi jauh dari dunia yang dulunya pernah mereka jadi sedih dengan hadirnya lelaki² ini. 'If Only' bawa mereka berfikir bagaimana menghadap 1 kematian tanpa pernah sempat lafazkan 3 perkataan yang penting walau sebenar ayat itu mengundang nestapa kalau hanya tepuk sebelah tangan. 'If Only' bawa kesedihan 1 malam buat mereka di beranda itu.

Ini mode jiwang & sedih buat mereka. Tak salah kerana ini apa yang mereka rasa secara ikhlas. Mereka renung hidup mereka yang penuh cerita sedih bila tersentuh soal kisah cinta mereka. Mereka tertanya kenapa hidup ini jadi begini, mereka mahu tahu apa hikmah di setiap masalah yang mereka lalu & perlu hadapi. Mereka bingung kadang kala dengan istilah suka & benci. Dan mereka paling benci dengan perkataan kongsi & masalah. Itu mereka benci.

Ada asap berkepul yang dibuat di situ, dibuat sendiri. Ada air panas teman mereka di sisi. Ada sedih berbeza antara mereka. Dan yang pasti sedih itu satukan mereka pada malam itu. Malam tadi.
Kalau sebut pasal hidup, mereka mengerti maksud 'hidup' itu sendiri. Dan kalau air mata itu boleh berbicara, air mata itu cerita semua sedih mereka. Mereka, orang yang kadang kala terbuang dengan perkataan hidup itu sendiri.

Antara ber-3 mereka, ada seorang yang menahan rasa sedih. Tidak setitik pun walau di hujung mata yang mengantuk itu. Dia menahan semua rasa yang patut hadir malam itu & dia tahu, esok dia akan bangun dengan rasa sakit yang amat sakit di dada kerana menahan itu. Dia tahu cerita sedih dia tidak sesedih mana. tapi sedih itu berulang dalam hidupnya. Sedih yang mungkin bagi orang lain, sedih yang di cari². "kau tahu ending cerita ini tak pernah bahagia, tapi kau tempuh laluan ini. nasib kau"... mungkin itu ayat mereka yang tahu dari mana sedihnya datang. Itu mungkin masalah... tapi masalah sebenarnya... dia mencari cinta tetapi yang hadir adalah masalah berulang. Dia penat. dengan semua situasi & cereka yang berulang² tanpa di minta.

Jam 2 pagi, semua masuk ke kamar dengan rasa yang berbeza. Ada yang puas dengan air mata, ada yang bengkak di mata & ada yang rasa sakit yang tertahan. Mereka tahu, mereka tak minta itu semua. Keadaan... salah keadaan kah? Mereka mimpi yang berbeza malam itu.

Dan If Only, aku boleh lafazkan itu semua....

Wednesday, February 07, 2007

akhirnya ku menemukanmu

At this very moment, saya sedang on heavy rotation of Naff- Akhirnya kumenemukanmu.
Sebenarnya, saya tidak menemukan apa² lagi. Mungkin saya ketemu tapi saya harus akur yang saya temui bukan milik saya & tak akan jadi milik saya.

Ye, kadang² kala saya sedih & kadang kala saya bahagia dengan apa yang saya lalui waktu ini. Tiada commitment & tiada apa yang perlu saya risaukan tentang hati. Tentang hati siapa yang perlu saya jaga kecuali hati saya. Saya penat lalui term menjaga hati suatu masa dahulu selama 8 tahun & saya bersyukur walau saya letih saya masih menjaga hati manusia itu sebagai soulmate saya. Dengan rela hati.

Mendengar lagu ini seperti membawa kesedihan buat hati. Parah! Ini parah! hahaha. tapi ye saya sedih seperti mahu mengeluarkan air mata. Biarlah orang cakap saya poyo dengan post ini tapi inilah yang saya rasa waktu ini. Jiwang? Cakaplah apa2 tapi saya tahu anda pernah rasa moment ini kadang kala & jangan tipu.

Akhirnya kumenemukanmu- saya tiba2 suka lagu ini. Saya sebenarnya tiba² rindu saat saya menangis kerana berdepan dengan kesedihan atau kesusahan, lalu saya menangis di bahu seseorang. Lalu dia mengambil tangan dia & tap ubun² saya & berkata "its gonna be ok". Saya rindu saat nak peluk seseorang dengan rasa yang paling ikhlas saya rasakan. Poyo? Tapi saya rindu saat² itu. Saya juga rindu saat saya tengah excited bercerita tentang sesuatu perkara, saya ketawa, menggerakkan semua tangan saya sambil bercerita, terkekek² & di akhir cerita itu, dia memandang tepat mata saya & berkata.. "happy ye?" dengan seikhlas mungkin. Hahahah saya rindu saat itu. Hopelessly romantic, katakan apa sahaja. Saya rindu saat itu. Saya miss saat bergaduh besar.. menjerit pekik, menuding tangan, menangis sekali sekala dalam kegeraman, memaki kadang kala & berakhir dengan 1 ketawa & terseyum simpul malu kerana kesalahan sendiri. Dan paling saya rindu... saat memegang tangan seseorang walau dalam keadaan apa pun. Saat rindu genggaman tangan itu...

Saya tidak menemukan apa² lagi. Dan mungkin kalau benar saya sudah bertemu... saya yakin, kami bukan bertemu untuk bersama. Percayalah!

Jika nanti kusanding dirimu, miliki aku dengan segala kelemahanku
dan bila nanti engkau disampingku, jangan pernah letih tuk mencintaiku.
~Naff.

janggut rupanya

hehehe macam kelakar je nak tulis post kali ni. tapi rasa macam nak tulis juga.

Aku baru sedar perkara ini pagi tadi. Hmmm.. selepas bersembang telefon dengan seseorang pagi tadi. Hehehe.. baru aku sedar.

Kalau orang tanya "Opie suka lelaki yang macamana?" Opie jawab "Aku suka yang tinggi, rambut panjang, boleh main gitar". itu jawapan pantas yang boleh aku berikan.

Tapi rupanya semua tu kurang tepat. Bila diingat² kembali...rupanya semua lelaki yang aku suka... semuanya berjanggut. Ini dalam konteks yang suci & ikhlas ye. Tanpa ada lencongan ke konteks² yang di luar kesucian. Aku lebih tertarik kepada lelaki yang berjanggut rupanya. hahahah...

Ok. name it.. M.Nasir..ada janggut. Joe Wings.. janggut siap color lagi. Err. Kieth Urban, Piyu, Lukman Sardi, Johnny Depp,Mister Gudang.. even my ex pun ada janggut. hahaha. Rupanya key word dia adalah janggut! Rupa²nya!

pernah tak (dua)

PErnah tak apabila anda berhadapan dengan orang yang anda suka... sepatah perkataan pun tidak boleh keluar dari mulut anda. Tidak juga senyuman yang ikhlas. Walhal. Itu adalah orang yang anda paling suka. Dan mungkin ada imaginasi dengannya.

PErnah tak bila orang yang anda suka bertanya pada anda "dah nak balik?" dan anda jawab "ha" (haaa sahaja!).. dengan senyuman & bila lepas moment itu anda menyesal & menyalahkan diri. "kenapalah tidak boleh bersuara walau sepatah perkataan yang proper".

Ini yang saya alami semalam apabila melintasi, melalui, berhadapan, berselisih dengan orang ke-2 yang saya suka & orang pertama yang ada imaginasi dengannya. Hahaha tak salah manusia berimaginasi liar sekali sekala. Kan?

Pernah tak apabila orang yang anda suka MACAM nak salam dengan anda.. dan anda hanya mampu... pegang kerusi & buat² tak tahu.

Bodoh betul aku ini!

Monday, February 05, 2007

saya sungguh kuciwa

Aku ke konsert Rentaq Serantau, sabtu lalu. Bersama An, Anim, nazri, Faiz, Ad Samad, Abang Aidit, Kak Zaza, Yazer & Irwan Manis. Dan aku sungguh kuciwa...

Biarkan Inul dengn gelekannya. Biarlah dia nak menyanyi dengan apa cara pun lagu Siti sambil bergelek. tapi intro lagu SMS tu mengingatkan aku pada Erwin & Agus. Mereka pernah nyanyikan lagu itu waktu kami sesat ke studio Piyu. Teringat lah pulak.

Kemudian datang Ella... cuma 4 lagu beserta lagu Jujur yang aku tak suka. Ella dengan gaya sempoinya dengan lagu Resah, Nuri & 2 Insan Bercinta. ella sempoi & best tetapi kenapa cuma 3 lagu setengah. Kenapa?

Aku harapkan Search menjadi closing act. tapi Search diletakkan di tengah2 persembahan. Muncul dengan lighting yang bagus.. kaki tangan aku seperti biasa.. sejuk untuk menonton gergasi ini. Tetapi sayangnya... kenapa soundnya begitu? Kenapa ini terjadi kepada band yang gah di Malaysia ini. Search bermula dengan lagu errr...tak ingatlah tajuk. Then balada pemuzik jalanan. Sound masih teruk. Masuk ke lagu yang kami tunggu, Nyata & Maya..sound masih & tambah teruk... sedih tau kerana kami datang bersama penulis liriknya. tak tahu di mana silapnya. tapi menurut Hillary, dia juga frust dengan keadaan ini. kami pun frust Hillary. Pawana, Emmanuelle, Gothic Malam Edan memenuhi ruang Stadium Melawati. Hillary seksi malam tu. Huhuhu. Tidak membutangkan kemeja putihnya. Weewiiit!

Datang Radja. Rasa macam nak sepak je Ian Kasela. Dengan gayanya yang masih seperti Armand (tak jadi)... berbaju putih... konon hensemla! Eihhhhh i feel like shoot his head terus. Dengan muzik mereka yang ringan habis mcm demo tak jadi... macammana lah boleh jadi closing act & ramai sing along pulak tu. Eiihhhh ringan je mulut ni nak menghamburkan kata2 nista. ringan je tangan ni rasa nak ..... iiihhh... gaya tangan, lompat, suara.. semuanya nak tiru Armand.. tapi tak jadi! Tolonglah. Apa ni? band ke...apa? Serius.. aku benci Radja! And to Ian.. balik kampung loe lah!

Aku sedih dengan apa yang terjadi dengan band kita di negara kita sendiri. Kenapa band yang besar boleh diperlakukan begitu. Sedih sangat & nyata bukan aku sahaja yang rasa begitu!

*walaupun nampak tidak pro , tapi aku tak sanggup nak ke post party melihat radja di depan mata. Lebih baik aku duduk bersama orang² lain yang lebih menyenangkan hidup aku buat malam itu. Lebih baik ditumpahi kuah nan cheese daripada bercakap sepatah perkataan dengan Ian armand tak jadi tu!

Friday, February 02, 2007

ex...

hari ini saya teringat ex saya.
tak tahu kenapa.
mungkin dia pun teringat saya.
itu sebabnya..mungkin

*lelaki yang mengajar tentang segala macam perihal dunia.

Wednesday, January 31, 2007

ini masanya...


Before ini... aku addicted dengan 'Sex and The City'. Suka dengan watak², skrip yang dibawakan di dalamnya. Dan sekarang ini masanya untuk aku addict dengan Greys Anatomy sambil meneliti kembali skrip yang tertulis & tertampar ke muka.

Cerita ini best. Awalnya hanya melihat secara suka², kini setiap hari aku akan menonton siri ini. Cuba menghabiskan second season yang sudah lama dibeli tapi baru punya masa untuk menonton.

Cerita ini best. Sebab ia membayangkan kerja doktor itu best, skandal itu ada sengsara & hati sebenarnya sukar ditipu. Cerita ini best bila lelaki masih dengan ego & watak mereka manakala perempuan masih terikut dengan kata cinta mereka yang ikhlas. Cerita ini. best.

Grey: I wish there were a rulebook for intimacy. Some kind of guide to tell you when you've crossed the line. It would be nice if you could see it coming, and I don't know how you fit it on a map. You take it where you can get it, and keep it as long as you can. And as for rules, maybe there are none. Maybe the rules of intimacy are something you have to define for yourself.

Kalau dah setiap malam menonton, sambil ditemani lampu kuning & angin sepoi2 bahasa... cerita ini jadi tambah best. Dan tambah best kalau ada scene² yang terkena dengan batang hidung sendiri. Cerita ini best.

* Apabila ditanya oleh seorang yang saya hormati. Katanya "Agak² apa reaksi awak kalau 1 hari ada orang propose?" Jawab aku .. "kami tak pernah terbayang akan ada moment itu". Sungguh...

Grey: Maybe we're not supposed to be happy. Maybe gratitude has nothing to do with joy. Maybe being grateful means recognizing what you have for what it is. Appreciating small victories. Admiring the struggle it takes simply to be human. Maybe we're thankful for the familiar things we know. And maybe we're thankful for the things we'll never know. At the end of the day, the fact that we have the courage to still be standing is reason enough to celebrate.

Tuesday, January 30, 2007

it was for yesterday

it was for yesterday... he treated me like a princess...tapi untuk esok & seterusnya, saya belum tahu. Kerana mood berubah..angin juga berubah. Mungkin esok saya sudah tidak dalam ingatannya.

hanya untuk semalam semua benda jadi indah.. dan saya pasti tidak untuk hari esok. Tiba2 yang gembira jadi sedih. Kerana saya tahu... benda ini tiada akhirnya.

Wednesday, January 24, 2007

tangan terikat belon

Tangan aku diikat belon, pada satu malam di sebuah party. Keadaan di party itu agak membosankan. Dengan orang yang ramai & makanan yang tidak cukup. Perut kosong lantaran bersiap terlalu lama ke majlis tanpa sempat memasukkan apa2 ke dalam perut. Di party itu, belon² berjuntaian banyak. warnanya merah putih... (warna bendera indonesia...eh sempat teringat).

Party berlarutan, aku & kawan2 terus merasa bosan. Sebelum itu, seorang rakan yang baru beraksi di pentas mengikat belon yang berisi helium di tangan aku. Aku suka kerana rasa seperti aksesori tambahan yang menarik. ke sana ke mari dengan belon itu. Tak ada niat apa² terhadapnya. hanya aksesori malam itu.

Bosan dengan parti, aku & kawan² keluar pergi. menuju ke tempat yang lebih enak pandangan dan masakannya...

Belon masih diikat di tangan kananku. masih terikat kemas. tetapi sebaik sahaja melangkah ke arah kereta, aku ambil keputusan untuk melepaskannya. kenapa? Kerana tak tahu apa nasib belon itu di rumah nanti. Kenapa pikir begitu? entah, tak tahu. Lalu perlahan² aku merungkaikan ikatan..

Ikatan di rungkai, aku pandang ke atas. Mungkin lebih elok jika kau terbang sendiri tinggi wahai belon. Tapi hanya sendiri. Dilepaskan...dan ke atas.... Aku nampak belon itu melayang ke atas. Seakan menari². Tak tahu dia gembira terlepas pergi @ sedih kerana sendiri. "Kesian belon tu", ujar dia. Tapi aku dah ambil keputusan untuk melepaskan tanpa ada sebab yang kukuh. Aku fikir dengan melepaskan pergi, nasib belon mungkin lebih elok. Kami ber-2 melihat ke arah belon itu. Malam pekat saksi belon putih terlepas pergi. Dalam hati aku berkata "Pergilah bersama masalah yang melanda. Aku dah penat". Aku mengalih pandangan ke arah dia yang masih melihat belon & sesungguhnya aku tak tahu sebenarnya dia berfikir lagi tentang belon itu (hingga hari ini). Rupanya masih berfikir...

Masuk ke kereta..aku jadi lupa tentang belon...belon putih di malam yang gelap.

Tuesday, January 23, 2007

jejak jakarta & bandung

Sekali lagi, me & fidzah melawat bandung & jakarta atas urusan kerja kami.
Kali ini lebih indipendent sekali. segalanya dilakukan ber-2. Dari mula hingga akhir kerja kami. Sungguh memenatkan tetapi memuaskan hati. KELINCi will be attacking! Hehehe doakan saja kelancaran rancangan kami ini.