Tak tahulah apasal tapi skang ni tahap stress tak dapat dikawal.
Kadang2 berakhir dengan menangis. Weak betul jiwa aku sekarang.
Padahal tak ada apa sangatlah masalah yang major. Tapi perubahan keadaan & permasalahan membuatkan aku takut sekejap.
Aku kena move out dari umah sekarang. Owner nak jual. gelabah aku kejap.
nasib baik ada kawan2 yang sudi membantu... mekasih!
Ermm.. esok aku akan terbang lagi bawa diri untuk menemui udara & persekitaran di sana. Jakarta & Bandung, here i come again. Kadang kala bawa diri ke tempat lain adalah 1 penyelesaian seketika. "Call me when u get home"... hmmm pirrahh.. aku pi sana nak lupakan ko, lagi nak suruh aku ingat bila balik. Piirahh!
Aku notice banyak benda berubah lately. Dari segala aspek... mungkin ikut usia @ tahap kematangan seseorang. Ada yang terus hilang kematangan & ke-cool-an diri apabila berlaku perubahan dalam diri. Tak cool langsung & tak best langsung.
Aku kira orang yang beprinsip teguh ni tak boleh goyang, tapi dengan angin sepoi2 bahasa pun boleh tumbang. Nasib badan.
So... jakarta, tunggu aku di sana. Mahu kesana lagi..libur terus...
Moga dapat jumpa apa yang dcari & dinanti...
Wednesday, October 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment