Tahun baru...
Semua orang mula bercakap tentang tahun baru...kedatangan 2007.
Salah tak kalau menjengah ke tahun 2006 & bulan2 sebelum Disember ini untuk sementara.
Apa yang dah tercapai & tak tercakap dek akal & perbuatan.
Tahun 2006 pastinya dah membawa 1 lagi episod dalam kehidupan.
Masih ada benda lama yang dibuat, tak kira betul @ salah.
Dan ada benda baru yang ditempuhi... tak kira betul @ salah juga.
2006 telah menemukan saya dengan ramai insan berseni yang membawa pengaruh dalam kehidupan saya secara langsung & tidak langsung. TErima kasih daun keladi.
Saya bertemu Ad Samad, Aidit Alfian, Zaza Aidit & anak2 yang comel, Amir ETC, Amir Narec, Azhari, Big, James (james ye nama dia),
Juga bertemu dengan Fidzah sewaktu lawatan ke jakarta. Dan kini jadi teman baik.
Tak dilupakan menjumpai teman2 baru di Jakarta yang sangat baik & ramah. Erwin, Agus, fanny, Diaz, Adik dll...
Berjumpa kembali teman2 di MRSM PDRM dahulu. ramai yang sudah berumahtangga & beranak anak. Ramai juga kawan2 yang mengakhiri tahun ini dengan berumahtangga.
Saya bertemu Hani Syahira, Izzah Umairah, Nur Leia Irish.. & 'bertemu' Mikayla... welcome to the world...dearie dear.
Tahun ini berkesempatan menermuramah Padi, Search line up pioneer, Naif... 3 band yang sangat2 disegani & dihormati... Saya bertemu seseorang yang merubah hidup saya seketika. Sesuatu yang indah... bayangkanlah... tapi setakat itu. Terima kasih.
Tahun 2006, banyak kejadian yang berlaku. Banyak perkara dewasa & kanak kanak yang masih dilakukan. Masih juga mengikut hati tanpa kata akal. Saya harap 1 peruabahan pada 2007... tapi adakah perubahan itu bakal merubah segalanya. Saya masih sunyi pada 2006 tanpa hahahahah seseorang bergelar 'teman rapat'... cukup hanya semua jadi teman tapi mesra. Masih di lingkungan lama. Masih di situ.
Ada keletihan di 2006 & ada juga senyum di 2006. Terima kasih buat semua & segalanya yang hadir dan bisa merubah kekuatan mental atau fizikal saya...
Kekadang bicara 1 masa boleh membuatkan fikiran anda sengsara seumur hidup. hahah terima kasih untuk itu...
Masih terbaik di 2006...
Thursday, December 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
FUUUHHH... Nama disebut. Nama Disebut!!.. Terharu ni.. ishh.. macam nak nangis lak.. Tisu takde ni.. Terharu... terharu...
Post a Comment