Wednesday, January 24, 2007

tangan terikat belon

Tangan aku diikat belon, pada satu malam di sebuah party. Keadaan di party itu agak membosankan. Dengan orang yang ramai & makanan yang tidak cukup. Perut kosong lantaran bersiap terlalu lama ke majlis tanpa sempat memasukkan apa2 ke dalam perut. Di party itu, belon² berjuntaian banyak. warnanya merah putih... (warna bendera indonesia...eh sempat teringat).

Party berlarutan, aku & kawan2 terus merasa bosan. Sebelum itu, seorang rakan yang baru beraksi di pentas mengikat belon yang berisi helium di tangan aku. Aku suka kerana rasa seperti aksesori tambahan yang menarik. ke sana ke mari dengan belon itu. Tak ada niat apa² terhadapnya. hanya aksesori malam itu.

Bosan dengan parti, aku & kawan² keluar pergi. menuju ke tempat yang lebih enak pandangan dan masakannya...

Belon masih diikat di tangan kananku. masih terikat kemas. tetapi sebaik sahaja melangkah ke arah kereta, aku ambil keputusan untuk melepaskannya. kenapa? Kerana tak tahu apa nasib belon itu di rumah nanti. Kenapa pikir begitu? entah, tak tahu. Lalu perlahan² aku merungkaikan ikatan..

Ikatan di rungkai, aku pandang ke atas. Mungkin lebih elok jika kau terbang sendiri tinggi wahai belon. Tapi hanya sendiri. Dilepaskan...dan ke atas.... Aku nampak belon itu melayang ke atas. Seakan menari². Tak tahu dia gembira terlepas pergi @ sedih kerana sendiri. "Kesian belon tu", ujar dia. Tapi aku dah ambil keputusan untuk melepaskan tanpa ada sebab yang kukuh. Aku fikir dengan melepaskan pergi, nasib belon mungkin lebih elok. Kami ber-2 melihat ke arah belon itu. Malam pekat saksi belon putih terlepas pergi. Dalam hati aku berkata "Pergilah bersama masalah yang melanda. Aku dah penat". Aku mengalih pandangan ke arah dia yang masih melihat belon & sesungguhnya aku tak tahu sebenarnya dia berfikir lagi tentang belon itu (hingga hari ini). Rupanya masih berfikir...

Masuk ke kereta..aku jadi lupa tentang belon...belon putih di malam yang gelap.

3 comments:

Ngu-Yen said...

uishhh..sedihhh gue baca citer bebelon..tp belon chomel

faizalmukhtar said...

agak-agaknya, belon-belonan itu terisi dengan angin jenis apa ye?

sangat terisi ilham yang datang!

;D

Tuan Rumah said...

ok
ni dah kali ke-4 aku try pos & aku dah hilang sabar utk menaip semula apa yg aku poskan tadi.

Cik Opie,
lepaskan saja belon itu pergi dengan senang hati. Usah khuatir tentang nasib belon itu. Kalau sudah takdirnya belon itu milik kamu, pasti ia akan melayang mencari kamu. Sementara itu, beri peluang buat belon lain. Belon warna cekelat pun cantik jugak.

Eh, kamu suka belon ya? Pasti kamu juga suka lelaki yang kepalanya mirip fizikal belon - BOTAK. Hehe.