Monday, December 01, 2008

Bunyi dan sepi

Sepi- perkataan yang selalu disebut kawan-kawan dan adik aku bila rasa itu datang atau seorang perempuan cantik melintas. apatah lagi bila bauan yang diapaki wanita cantik itu tertebar ke udara dan melalui deria bau mereka.

Tapi ini bukan cerita tentang sepi. Cerita tentang satu malam selepas sambutan hari jadi Farhan dan hari terakhir Qarma bertugas di Kino. Sambutan surprise yang banyak kali kantoi oleh kerenah kawan-kawan yang lucu. Hehehe. Tapi semuanya berjalan lancar. Harap Farhan dan Qarma suka.

Selepas sambutan, konvoi ke Taman Cahaya, Pandan untuk sesi jamming anak-anak Pesawat. Lalu terbuailah masing-masing dalam cerita berbeza dalam kepala.
Satu lagu berkumandang, nyanyian Jipie.. ketukan dram Kudux, bass oleh Man dan the God guitarist Camel (lanjutan cerita Ipoh).

Dalam masa yang sama aku perhatikan setiap gerak geri individu yang berada dalam ruang empat segi itu. Telinga masing-masing terpasang dan ada mulut yang terkumat kamit menyanyi bersama. Itu persamaan. Perbezaannya.. iringan lagu tersebut bawa cerita yang berbeza dalam minda masing-masing.

Faiz tersandar letih di dinding, adik dan Farhan senyum dalam menungan, Asoi nakal mengusik rakan-rakan dan Qarma sibuk merakam momen dengan kamera Farhan.

aku agak ada cerita yang berbeza dalam mood yang mungkin tidak senada di bawah lagu yang sama.

Aku juga ada cerita sendiri...
Cerita melihat kerenah rakan-rakan dan adik-adik kesayangan.

Wednesday, November 19, 2008

This One Guy

Suddenly the face of this one guy appear masa aku dengar lagu Damien Rice- Amie.
And masa aku tengah down, aku rasa nasihat yang terbaik akan datang dari dia.

Secara jujurnya, aku pernah suka this one guy yang aku panggil Bro.
Tapi dia tidak pernah tahu itu. Namun suka boleh bertukar menjadi respek dan tidak lebih daripada suka dan respek seorang adik terhadap abang.

Dan apabila dia mahu mendirikan rumahtangga aku bergurau kata "Your little sista frust". Dia jawab simple tapi cara dia... suruh aku cari surat dalam buku Mat Som dan baca ayat awalannya.

Jadi aku cari dan dapat. Dan dia dapat maksud yang aku cakap dengan balasan yang tepat.

Hari ini satu perasaan yang tak best datang. Gelap, kelam, sesak dan semua berunsur aura negatif dan seorang yang aku rasa boleh bagi aku tenang ialah Bro.

Jadi aku sms dia.. kata perlukan sedikit perkataan dari dia. Untuk tenang.
Dia jawab simple tapi menenangkan.

Suruh aku dengar satu lagu dan itu dose dia untuk tenang.
Terima kasih BRO.

Tak Boleh

Aku memang tak boleh marah orang ..sebab

1) Mungkin orang tak rasa aku marah

2) Bila aku marah bahasa aku sangat kasar. Jadi orang tak biasa dengan makian aku.

Secara terbuka, maaf lah pada siapa yang kena maki.

TQ.

Makin Banyak Usia

Makin banyak usia, makin banyak kepantangan dalam hidup.
Itu yang aku sedari.

Makin aku lemas dengan situasi. Mungkin kerana sifat aku yang tidak pandai untuk tunjuk perasaan sebenar... sama ada marah, suka, sedih, benci atau meluat sekali pun.

Makin rasa kadang kala banyak orang suka ambil kesempatan atas sikap aku yang begitu.

Letih dowh.

Tuesday, November 04, 2008

Narsism

Ada teman (jap, aku nak pikir sama ada dia teman atau tidak?) kata dia tidak menyukai unsur-unsur narsism dalam penulisan di blog. Malah para blogger yang bersikap terlalu opiniated tetapi lebih menjurus kepada satu sisi juga, dia menolak itu.

Pada aku, apa jua material yang tertulis adalah datang dari pemikiran penulis itu sendiri. Mungkin ianya bersifat 'inner story' di mana hanya sebahagian pihak memahami dengan jelas penceritaan itu. Biarlah.

Jadi berbalik kepada penulisan blog, kali ini aku mahu bersifat sedikit narsis. Bercerita sedikit sebanyak perihal empunya diri. Penulisan ini terpanggil kerana hadirnya kebodohan seseorang yang sekaligus menampakkan orang yang dibencinya profesional, errm... cerdik dan relaks mungkin.

Aku kenal kawan-kawan di Gempakstarz bukan setakat kenal mengenali. Mereka adalah mentor aku dalam segala hal. Bermula dengan ilmu yang sangat cetek, aku dapat kumpul sedikit sebanyak pengetahuan.

Petang-petang selepas kerja, meja mamak Shiraj menyaksikan bagaimana setiap pedebatan dan perkongsian ilmu. Ya, ada carutan dan makian di sana -sini tapi itulah mesraan. Aku juga semakin bijak mengenal erti pemakian di sini. Boleh pergi tahap PHD.

Jadi melalui raka-rakan di Gempakstarz, aku belajar tentang muzik dan filem. tentang pengarahan dan terma filem. Tentang pelakon mana yang bagus dan tidak. Begitu juga tentang perkataan indie. Indie film, indie music.

Dari filem beralih kepada muzik di mana semakin aku dikenalkan dengan beberapa band yang bagus dan mereka akan bercakap dan memberi pandangan yang jujur walau kadang kala ada ego tersendiri. Ini persahabatan yang menyeronokkan dan dihargai. Mereka hebat!

Seperti yang aku sebutkan tadi kami juga maki-memaki dan mencarut sesama sendiri tanda mesra. Itu wajib, dalam humor walau kadang kala terasa di hati. Jadi ingin ditegaskan bahawa makian kami boleh pergi tahap PHD.

Jadi, apabila diceritakan bahawa seseorang yang umurnya lebih jauh lebih tua daripada aku menyimpan hasrat untuk memaki aku di ruang yang besar, Aku tersenyum.
Senyum membayangkan aku sudah ada musuh.

Umur yang berbeza boleh menunjukkan tahap pemikiran yang berbeza. Kalau bercerita pasal kematangan atau pengalaman mungkin di situ ada ruang untuk kalah. tapi bila kita cerita tentang improvement dan development dalam runag pemikiran, jangan cuba-cuba.

Setakat maki yang berunsur lapuk dan kerap dipakai orang lama, kami (anak-anak muda) sudah masak. Kami mungkin ada peningkatan dari segi bahasa dan pengunaannya. Kerana kami dididik dengan peredaran teknologi dan masa. kami belajar melalui lagu dan MTV. Mungkin kamu generasi itu.

Dan bercerita tentang ilmu maki- memaki ini, carutan moden lebih wide. Aku tidak rasa orang lama itu boleh menguasainya dengan baik. Bukan begitu, BIATCH?
Hehehe sekadar melucu.

Ouh bukan mahu bersifat narsism tahap dewa tapi pada hemat aku bukan makian sahaja orang lama itu tidak menguasai dan beradaptasi dengan ilmu moden. Begitu juga hiburan.

Aku tidak rasa dia kenal siapa Audrey Taotou. Tidak kenal siapa Robert Downey Jr. Tidak kenal siapa Ville Valo. Tidak kenal juga ada music grunge.
Tidak tahu juga apa isi disebalik siri tv kegemaran ramai sekarang. Ouh mungkin juga tidak tahu wujudnya Entourage, Gossip Girl, Burn Notice, Reaper dan segalanya. Kasihan deh lho.

Dia juga mungkin tidak tahu isi penyampaian lirik Hujan, Butterfingers. Mungkin kan? Ouh mungkin juga tidak tahu bahawa Chris Opie Martin itu suami Gwyneth paltrow.

Jadi bagaimana mungkin untuk orang sebegini mahu membuat makian alaf baru.

Ouh tersasar... saya sayangkan kawan2 di Gempakstarz. Masa lampau tak mungkin sama kini. Kita doakan yang terbaik atas apa yang terjadi baru-baru ini. Rezeki ada di mana-mana. AMIN. (ya, saya juga orang Islam).

Lucu lah.

Thursday, October 30, 2008

Dalam Tas Tangan

Semalam Farhan, buah hati adik tanya "Apa benda wajib dalam beg Opie?"

Aku pantas menjawab...

1. Purse- sebab ada duit (kadang2), ic, gambar, lesen.
2. Telefon-telefon bimbit- senang nak call ibu, ayah, adik, kawan2 (kerana belum ada
yang tersayang)
3. Kunci rumah dan kereta- wajiblah. Macam mana nak memandu dan masuk rumah kalau
tiada.
4. Buku tulis dan pen atau pensel- Buku tulis sebab kekadang teringat apa soalan
yang nak diinterview nanti. Pen dan pensel selain untuk menulis adalah untuk
menyanggul rambutku yang panjang inieew)
5. Ipod- How can a person live without music?
6. Buku bacaan- Novel yang sedang dibaca dan tak habis dibaca. Berat? Ya tapi nak
juga bawa.
7. CD- kadang2 nak dgr cd lagu lain2 di office.
8. Pen drive- info-info di dalamnya.
9. Lip gloss- ya, jarang pakai tapi tak lengkap kalau tiada.

Itulah dia benda wajib dalam tas tangan saya.
Sekian.

Saturday, October 25, 2008

E!

It's been Eric Murphy's months now.
He's cool, smart and errr... cute.

i Love Eric Murphy.

Tuesday, October 14, 2008

Mengharap Miracle



Miracle datang waktu Hanan lahir ke dunia ini.
Miraclenya wujud dalam bentuk semangat dan rasa.
Rasa yang sentiasa gembira dan mahu berjumpa si kecil yang sekarang
sudah petah dan cerdik berbanding usia.
Itu miracle namanya.

Mengharap miracle juga pada tahun ini.
Untuk satu rasa yang hadir.
Sesudah boleh melupakan mantan yang sepatutnya
sudah dilupakan sekitar 4 tahun dahulu.
Kini dia sudah beranak- Adam namanya.
Miracle juga bila si Zamri dah bersedia ke arah itu.
Tahniah dan selamat berjaya hendaknya.

Miracle- datang lah weh.
Penat aku tunggu.

*Miraclenya bila boleh berubah mood dengan satu sms.

Saturday, March 22, 2008

Dari Ogos Ke Mac

Dari Ogos ke Mac, kulatkulat tidak bercerita untuk diri sendiri.
Jadi dari Mac ini bermula kembali proses menulis di blog.
Lama betul diam. Sekarang sudah 'Tak Hanya Diam'. Whoa... judul album Padi tu.

Sebenarnya aku nak bermula dengan peristiwa berjumpa Gigi semula di Malaysia tempoh hari. Daripada proses mereka mulai sound check hingga hari terakhir mereka pulang ke tanah air.

Tapi dalam masa beberapa minit lagi, aku harus ke PJ...err.. mereview AF 6 yang baru bermula. Jadi.. tinggalkan sekejap blog dan bakal bersambung semula.

Yay..
HAllo