Lama betul aku tak update blog.Sampai boleh lupa password blog ciptaan sendiri. Bongok rasanya. Kalau tengok kerajinan orang lain aku naik jealous dan hairan. Hairan dengan rajin dan idea mereka yang banyak nak tulis.
Aku mahu try tulis balik. TRY.
Peniup semangat... mulai bulan enam, banyak betul perkara hendak diselesaikan.
Banyak perkara baru yang nak diterjah dan dirasa. Kalau ikut kudrat dan rasa terbakar, rasanya semua akan berjalan lancar.
Amin dan InsyaAllah.
Excited menunggu masuk bulan enam bila Gigi dan Padi akan datang. Band yang sudah lama diikuti dan dipuja. Pergi menonton Gigi menyambut ulang tahun kemarin di Jakarta sudah cukup mengujakan. Cuma bezanya tahun ini, tidak seperti tahun2 yang sebelumnya...aku tak pergi dengan Leila..gigikit@ yang sudah pun berkahwin dan bahagia dengan Ameerulnya. Keterujaan melihat beberapa vokalis hebat lain turut sama menyanyikan lagu hits gigi di pentas. Semoga terus panjang usianya, Gigi.
Berdebarnya bulan enam sebab ada beberapa perkara yang mahu diselesaikan dan dilaksanakan. Pesan Liz...Sementara hidup masih bujang ni, pulun je semua. Hahah nampaknya banyak tahun lagi boleh pulun :)
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment