Ini cerita rock. Ini cerita yang nampak aku teruja. tapi biarlah sebab pengalaman ini bermakna buat aku. Kisahnya bermula minggu lepas apabila aku mengambil peluang untuk men-intvw hillary selepas Hillary secara sah masuk semula ke Search. Rancangan awalnya, aku & DEEPC cuma merangka untuk menemuramah Hillary tentang perasaannya pulang ke gagang. tapi rancangan telah bertukar tatkala tiba di studio Utusan, PJ.
Sampai di studio itu, kami disambut dengan senyuman & hayunan panjangnya rambut Edrie hashim yang cantik. Dan kemudian kami sempat terkagum penuh rasa diam dengan petikan gitar Hillary walau sekejap cuma. Melihatkan Hillary busy, kamu mengambil peluang ini untuk 'bersembang' dengan icon rock, AMY. Jadi interview bermula dengan AMy yang banyak bercakap tentang 'industri' dalam industri. Details tentang apa yang dibincangkan perlulah dibaca di H!> Hehehehe. Selepas AMY, dengan senyum2nya Hillary mengisi tempat duduk AMY. Aku telah di-remindkan terlebih awal oleh Hillary bahawa dia bukanlah orang yang bercakap banyak. Mulanya kelihatan begitu. Ayat² yang keluar dari mulut Hillary memang sedikit sehingga aku terpk sekejap... "Apa aku nak tulis ni nanti?". Tapi setelah dah warm up, Hillary banyak juga bercerita (banyak yg off record ni. kelakar). Dari sini, kami dapati Search sangat happy bergabung semula walaupun pada Hillary dia dapat merasakan ada burden dengan tugasan lama yang diperbaharui ini. Tempat Hillary diambil oleh yazit. Huhuhu. Serius, waktu ni suara aku tak terkeluar sebab agak takut hingga Yazit menutup pintu studio untuk mengelak bunyiyangdatang darinya & mengusik dengan menyatakan :suara awak slow.. mcm org cakap dalam kelambu". hahaha. So kita bersembang² dengan Yazit tentang Search yang asal. Tentang rasanya terhadap Kid + Din... Nasir adalah orang yang terakhir ditemuramah, Nasir memang cool & ke-cool-an nya itu membuatkan kami teruja untuk terus bertanya & bertanya (terutamanya Deep c). Nasir membuka ruang untuk kami mengetahui siapa search & bagaimana search dar asalnya. Ini memang cerita hebat dari mereka. Ini cerita tentang Search yang 25 tahun sudah & hari ini ketika berusia 25 tahun. Siapa boleh sangkal hebat cerita mereka. Dan kali ini, ini cerita Gothik Malam Edan.
Ini 1 pengalaman hebat dalam hidup aku. Walaupun nak dikirakan sudah 3 kali intvw search sekumpulan. Heheh dan nasir masih ingat kali pertama H! interview Search. :)
Tapi... rindu rasanya nak dengar cerita² Kid & nak tgk aksi Din waktu diinterview...kelakar.
ACARA GHANA + CZECHK
Jadi, hari sabtu lepas tambah menyeronokkan. Diajak oleh Hillary untuk menyaksikan rakaman terakhir lagu Search (+ tengok bola), aku + DeepC+ Anim ke studio itu lagi. Mulanya aku ingatkan cuma Hillary + Edrie ada di sana, tapi kemudiannya tempat itu diisi semula dengan Search yang asal ini. kami sempat melihat rakaman search sedikit. Dihulurkan inlay + cover sample oleh Amy & diminta opinion untuk cover itu. nak cakap apa? kalau dah search, memang search lah kan?
So selepas itu, kami menyaksikan perlawanan bola sepak antara Czech + Ghana dengan mereka² yang hadir di studio. Hillary, dah tak malu². Hehehe. 1 yang aku nak cakap pasal amy... kalau dah rock tu... rock jugak! duduk tengok bola rock, berdiri tepi pintu rock & cakap gol pun rock. Caya lu lah bro. Walaupun czech kalah tapi tetap boleh tersenyum dengan keadaan malam ini... Sejak kecil lagi aku dihidangkan dengan lagu² Search, waktu usia sudah nak menjangkau ke usia 30 -an ni, tak tecapai dek akal aku nak terpikir, 1 hari nanti aku boleh tengok bola 1 televisyen dengan anggota search....semua. bestnya rasa... Thanks to Hillary sebab ajak & lepak sama².. Anim daripada mengantuk, dah boleh kawal mata dengan tengok Amy kat sebelah. Bisik Anim, "Amy duduk sebelah aku tengok bola. " Hahahaha. Dan DeepC riang malam tu sebab boleh lepak lagi dengan Nasir, pojaan dia. Nasir + Hillary sempat baca artikel yang kami buat. :)
Sunday, June 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
First.
OP: La, Tu jer.
Ok, Ok.
Malam tu memang best. Amy, Well, Amy, apa lagi boleh cakap. Serious la, ini mungkin dibaca bunyinya macam exegerated tapi serius, letak satu batalion band rock indon di sebelah kiri & AMy di sebelah kanan, anda akan nampak & rasakan Rock lebih kuat auranya di sebelah kanan. It takes one Amy to shut Indonesian Rock up. Yazit pun best, Hillary ninja turle tu pun best. . Nasir. Ok, what about him. Aku hampir² tercakap I love U dekat dia. But the lift experienced was scary.
Post a Comment