Orang kata, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun setakat ini perjalanan aku hanya setakat di seberang laut tapi dah agak banyak membuka mata. Dan adakalanya terfikir untuk berubah angin. Mungkin di seberang. siapa tahu...
1 perkara yang aku rindukan bila balik dr Jakarta adalah suasana di sana. Ya kalau sebut perihal macet yah, nga tahan. Tetapi aku suka suasana makan2 di menteng sambil dihiburkan dengan pengamen yang hampir ke semuanya mempunyai suara yang bagus2. Makan nasi goreng gila & minum berbotol2 teh botol boleh membuatkan suasana yang rileks. Nak tambah berat badan lagi, order pula sate & pisang bakar (yang manis). Hehehe tapi suasana ni enak & tenang.
1 lagi kekadang yang membanggakan adalah jiwa anak muda di Jakarta yang boleh membuat apa sahaja kerja. Dari memasak nasi goreng gila, membakar roti @ pisang, menjaga parkir, menjadi pengamen... dan hampir ke semua kerja... anak2 muda ini tanpa segan membuatnya beramai2. Entahlah tapi bagi aku ini 1 suasana yang perlu dicontohi & dibanggakan. Memang ada anak2 muda kita (malaysia) yang membuat pekerjaan2 di sini tapi jumlah yang ramai di Jakarta membuatkan perkara ini ketara kelihatan.
Berada bersama GIGI & GIGIKIT@ adalah 1 lagi perkara yang menyeronokkan. Ikatan di anatara band ini & peminatnya membanggakan. Ke mana sahaja Gigi berada, di situ Gigikit@ akan setia menemani. Gigi juga dengan segala ikhlasnya melayan peminat2 setia mereka ini & ikatan yang mereka bina ini sangat membanggakan, GIGI will always & always be y favorite ever band!
Di kesempatan yang terbaru ini aku bekersempatan bertemu dengan beberapa wartawan dari seberang & kami sempat bertukar cerita & bahan. Terima kasih banyak..
Dan selamat datang Mikaila. Kebanggaan papa & mamanya.
Sunday, September 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment