Tuesday, November 04, 2008

Narsism

Ada teman (jap, aku nak pikir sama ada dia teman atau tidak?) kata dia tidak menyukai unsur-unsur narsism dalam penulisan di blog. Malah para blogger yang bersikap terlalu opiniated tetapi lebih menjurus kepada satu sisi juga, dia menolak itu.

Pada aku, apa jua material yang tertulis adalah datang dari pemikiran penulis itu sendiri. Mungkin ianya bersifat 'inner story' di mana hanya sebahagian pihak memahami dengan jelas penceritaan itu. Biarlah.

Jadi berbalik kepada penulisan blog, kali ini aku mahu bersifat sedikit narsis. Bercerita sedikit sebanyak perihal empunya diri. Penulisan ini terpanggil kerana hadirnya kebodohan seseorang yang sekaligus menampakkan orang yang dibencinya profesional, errm... cerdik dan relaks mungkin.

Aku kenal kawan-kawan di Gempakstarz bukan setakat kenal mengenali. Mereka adalah mentor aku dalam segala hal. Bermula dengan ilmu yang sangat cetek, aku dapat kumpul sedikit sebanyak pengetahuan.

Petang-petang selepas kerja, meja mamak Shiraj menyaksikan bagaimana setiap pedebatan dan perkongsian ilmu. Ya, ada carutan dan makian di sana -sini tapi itulah mesraan. Aku juga semakin bijak mengenal erti pemakian di sini. Boleh pergi tahap PHD.

Jadi melalui raka-rakan di Gempakstarz, aku belajar tentang muzik dan filem. tentang pengarahan dan terma filem. Tentang pelakon mana yang bagus dan tidak. Begitu juga tentang perkataan indie. Indie film, indie music.

Dari filem beralih kepada muzik di mana semakin aku dikenalkan dengan beberapa band yang bagus dan mereka akan bercakap dan memberi pandangan yang jujur walau kadang kala ada ego tersendiri. Ini persahabatan yang menyeronokkan dan dihargai. Mereka hebat!

Seperti yang aku sebutkan tadi kami juga maki-memaki dan mencarut sesama sendiri tanda mesra. Itu wajib, dalam humor walau kadang kala terasa di hati. Jadi ingin ditegaskan bahawa makian kami boleh pergi tahap PHD.

Jadi, apabila diceritakan bahawa seseorang yang umurnya lebih jauh lebih tua daripada aku menyimpan hasrat untuk memaki aku di ruang yang besar, Aku tersenyum.
Senyum membayangkan aku sudah ada musuh.

Umur yang berbeza boleh menunjukkan tahap pemikiran yang berbeza. Kalau bercerita pasal kematangan atau pengalaman mungkin di situ ada ruang untuk kalah. tapi bila kita cerita tentang improvement dan development dalam runag pemikiran, jangan cuba-cuba.

Setakat maki yang berunsur lapuk dan kerap dipakai orang lama, kami (anak-anak muda) sudah masak. Kami mungkin ada peningkatan dari segi bahasa dan pengunaannya. Kerana kami dididik dengan peredaran teknologi dan masa. kami belajar melalui lagu dan MTV. Mungkin kamu generasi itu.

Dan bercerita tentang ilmu maki- memaki ini, carutan moden lebih wide. Aku tidak rasa orang lama itu boleh menguasainya dengan baik. Bukan begitu, BIATCH?
Hehehe sekadar melucu.

Ouh bukan mahu bersifat narsism tahap dewa tapi pada hemat aku bukan makian sahaja orang lama itu tidak menguasai dan beradaptasi dengan ilmu moden. Begitu juga hiburan.

Aku tidak rasa dia kenal siapa Audrey Taotou. Tidak kenal siapa Robert Downey Jr. Tidak kenal siapa Ville Valo. Tidak kenal juga ada music grunge.
Tidak tahu juga apa isi disebalik siri tv kegemaran ramai sekarang. Ouh mungkin juga tidak tahu wujudnya Entourage, Gossip Girl, Burn Notice, Reaper dan segalanya. Kasihan deh lho.

Dia juga mungkin tidak tahu isi penyampaian lirik Hujan, Butterfingers. Mungkin kan? Ouh mungkin juga tidak tahu bahawa Chris Opie Martin itu suami Gwyneth paltrow.

Jadi bagaimana mungkin untuk orang sebegini mahu membuat makian alaf baru.

Ouh tersasar... saya sayangkan kawan2 di Gempakstarz. Masa lampau tak mungkin sama kini. Kita doakan yang terbaik atas apa yang terjadi baru-baru ini. Rezeki ada di mana-mana. AMIN. (ya, saya juga orang Islam).

Lucu lah.

1 comment:

mizmaleya said...

satu aja nak kata: tun kata: melayu mudah lupa. itu orang super dewasa dari kita, adalah contoh terbaik.

pernyataan: chris opie martin? ewah..ewah..ewah... enjoy aja ya. :)