Tuesday, March 28, 2006

next chapter



next chapter- gigi
jakarta.... lagi

and love said no

Through all the emptiness that had become my home
Love's lies cruel
Introduced me to you
And at that moment I knew I was out of hope

Tuesday, March 21, 2006

Take this test at Tickle


Your true color is Red!


What's Your True Color?

Brought to you by Tickle

Monday, March 20, 2006

Salah kita kah lagi?



Kawan² ku yang membantu...... salah kitakah lagi?

Sunday, March 19, 2006

kepastian yang kutunggu - GIGI






Di bawah sinar bulan purnama
Ku merenung
Satu kisah yang ku jalani
Besamamu...

Keindahan dalam bercinta
Tidaklah mudah
Cinta membutuhkan ketulusan
Dan pengorbanan...

# Satu keagungan cinta
T'lah terpadamkan
Mengapa ini semua terjadi
Harus terjadi..

Chorus:
Tanya hatimu
Benarkah dirimu
Masih mencintai aku

Bukankah dahulu
Kaulah yang menunggu
Pernyataan cinta dariku

Tanya hasratmu
Benarkah dirimu
Masih membutuhkan aku

Bila t'lah berubah
Bicara padaku
Kepastianlah yang kutunggu

Saturday, March 18, 2006

wan + wan

Semalam ada orang cerita... dia family wan juga..
so kita sama... wan + wan...
heheheh nak juga tu...
camana?

Cerita Pondok Indah






Ceritanya berhenti di JJF pada malam 4 Mac itu, pulang dari JJF kami sempat makan lagi Nasi Goreng Gila.

Ahad, rupanya hari ini ada janji besar dengan seseorang di Pondok Indah. Walaupun tak sempat breakfast, laju je van yang di pandu oleh Erwin menuju ke rumah seseorang di Pondok Indah. Sampai di hadapan rumah yang sedang di renovate itu, rupanya dia sudah menunggu dengan gitarnya. Hmmm.. kami ke rumah Ahmad Dhani, hero segolongan orang yang terutamanya meminati Dewa 19. Belum sempat masuk ke rumah, kami dijemput ke office yang perjalanan dengan van tidak sampai beberapa menit.

Sesampainya di office ahmad dhani, perbincangan antara Ghaz (director video klip)& ahmad dhani berlangsung di ofisnya. Ianya tentang kerjasama sebuah filem yangbakal dilakukan.Shhhh.... tunggu dulu. Tunggu kesahihannya. Sepanjang perbincangan itu, aku & beberapa teman busy mengambil gambar. Gambar2 ini akan disiarkan di dalam majalah HYPe! bulan April. Dapatkan...sempat promo. So setelah dijamu air teh botol, dan perbincanagan tamat, Ahmad Dhani membawa kami pusing2 di sekitar ofisnya. MEnunjukkan bilik dvd bya, bilik air yang penuh dengan buku & beberapa shot untuk majalah Rolling STone yang amat daring dari laptop nya. Daring amat nih!

So selepas itu, kami di bawa ke studio LAGEND@, di bawah office Dhani. Apa lagi, tup tap...kamera mengambil gambar. Sempat bertanyakan itu ini tentang studio kebanggan AHmad Dahni ini. Dan nyata Dhani tidak kedekut cerita tentang semua hasil kerjanya di studio ini. Segalanya seperti ada cerita sendiri. Sembang punya sembang, kami di ajak pula ke rumahnya.

Tiba semula ke rumahnya, masing2 kagum dengan hasil kerja di dalam rumah walaupun masih di tahap renovation. Kata Dhani, semuanya hand made. Anak2nya 'mesra' menyambut di bilik. Kami dihidangkan dengan klip video terbaru yang di buat di rumah Dhani iaitu lagu Sedang Ingin bercinta. Dhani datang sebelah & bertanyakan tentang kamera yang dipakai aku & majalah yang aku bagi berikan kepadanya. Ermmm.. rupanya taklah pendiam sangat macam yang disangka dulu. Sempat jug akami ke sebuah bilik merchandise Dewa & membeli baju Dewa 19- republik Cinta untuk kenangan. Tak leh lama di sini kerana punya kerja yang lain. Kami pulang... ehhh bukan pulang,,, kami ke POndok Indah Mall untuk makan tengah hari. Nasi Padang.... nyam nyam

Selsai makan, kami (yang tinggal kini hanya aku, Erwin, Aszuad, KC & Ghaz) ke gedung CD lagi.... ouh like saying to myself banyak kali 'ENUF SOFEA, ENUF". So aku hanya membeli beberapa cd & majalah.

Sampai di apartment semula.....

Tuesday, March 14, 2006

Jakarta Semalam...

Tanggal 3 Mac, rombongan yang disertai oleh saya, KC Ismail, Aszuad, Ghazzali, Dina, Hazry menuju ke Jakarta untuk menonton Java Jazz festival yang diadakan di sana.

Menaik flight KLM, kami sampai di Jakarta agak lewat petang. Terus ke apartment Menteng Prada, jumpa Erwin yang sudah siap menunggu di sana. Sempat berehat seketika, kami semua ke menteng untuk pekena Nasi Goreng Gila, teh botol, Pisang bakar & sate. Sedappppp... sebab perut dah lapar sangat kan? Sempat membelek gerai dvd yang berada di tepi jalan, sempat jugalah mencapai sepuluh dua dvd yang dijual.
Juga di bawa ke mall EX untuk membelek cd² terbaru yang berada di pasaran. Gila membeli.

Pagi 4 mac, kami ke area Jalan tebet untuk pekena nasi... (lupa nama)..tapi memang sedap. Seterusny akami dibawa ke Planet Hollywood untuk acara interview bersama Saykoji & Ten to Five. tetapi sebelum itu sempat lagi menonton wayang filem Kris dayanti yang terbaru. Ceritanya biasa² aja. Typical love story. Feel good movie.
Saykoji & ten to five memberi ruang yangbaik untuk H! interview. Senang bertemu mereka. Seterusnya kami ke Jakarta Convention Centre untuk menyaksikan acara yang ditunggu² ini. ramainyaaaaaaaaaaaaa orang kat sini. Letih juga melihat karenah orang untuk masuk ke JECECE ini. Banyak stag eyang disediakan sampai tak cukup kaki tangan nak pergi. Jadi kamisempat melihat acara penuh Maliq & D Essential & beberapa yang tak aku kenal pasti lagi namanya. Letih. tapi malam ini itu sempat ke temu Tyo, Yuke, Kikan, Aga, Andien err.. dan beberapa yang tak diingati nama.

Di negara Gran

Sekarang di cc di Lucky Plaza, SIngapore.
Bosan...tunggu orang. Orang pi meeting. Bosan
Rasa nak balik. Boleh?

Monday, March 13, 2006

jiran- saya datang

Wednesday, March 08, 2006

akhirnya...

akhirnya boleh juga aku masuk blog & create new post...sesudah sekian lama dok mencuba...
februari & mac, punya banyak cerita...Banyak.

Tidak mahu mengenang yang pahit, biarlah yang manis2 aja yang duduk di tepi2 aku.
Februari lalu, aku ke bangkok menghadiri konsert 50 cent. 50 cent yo! Heheheh, new experience coz aku tak pernah pulak melibatkan diri dalam konsert2 hip hop & rap ni. Crowdnya ramai banget & the girls ....wauuuu.. so HOT! Cuci mata habis siapa yang pergi. Sebelum konsert, kami para wartawan diberi session untuk menemuramah 5 kupang ni untuk 15 minit....
Sessi ber-shopping lebih hangat dari sessi konsert. hahaha... gila aku shopping rasanya... dengan 7 buah beg ....baju & benda2 lain... lenguh betul aku berjalan. Thanks to Melody yang sanggup layan lerenah aku bershopping...

Mac.... cerita nya lain pula....