Saturday, March 18, 2006

Cerita Pondok Indah






Ceritanya berhenti di JJF pada malam 4 Mac itu, pulang dari JJF kami sempat makan lagi Nasi Goreng Gila.

Ahad, rupanya hari ini ada janji besar dengan seseorang di Pondok Indah. Walaupun tak sempat breakfast, laju je van yang di pandu oleh Erwin menuju ke rumah seseorang di Pondok Indah. Sampai di hadapan rumah yang sedang di renovate itu, rupanya dia sudah menunggu dengan gitarnya. Hmmm.. kami ke rumah Ahmad Dhani, hero segolongan orang yang terutamanya meminati Dewa 19. Belum sempat masuk ke rumah, kami dijemput ke office yang perjalanan dengan van tidak sampai beberapa menit.

Sesampainya di office ahmad dhani, perbincangan antara Ghaz (director video klip)& ahmad dhani berlangsung di ofisnya. Ianya tentang kerjasama sebuah filem yangbakal dilakukan.Shhhh.... tunggu dulu. Tunggu kesahihannya. Sepanjang perbincangan itu, aku & beberapa teman busy mengambil gambar. Gambar2 ini akan disiarkan di dalam majalah HYPe! bulan April. Dapatkan...sempat promo. So setelah dijamu air teh botol, dan perbincanagan tamat, Ahmad Dhani membawa kami pusing2 di sekitar ofisnya. MEnunjukkan bilik dvd bya, bilik air yang penuh dengan buku & beberapa shot untuk majalah Rolling STone yang amat daring dari laptop nya. Daring amat nih!

So selepas itu, kami di bawa ke studio LAGEND@, di bawah office Dhani. Apa lagi, tup tap...kamera mengambil gambar. Sempat bertanyakan itu ini tentang studio kebanggan AHmad Dahni ini. Dan nyata Dhani tidak kedekut cerita tentang semua hasil kerjanya di studio ini. Segalanya seperti ada cerita sendiri. Sembang punya sembang, kami di ajak pula ke rumahnya.

Tiba semula ke rumahnya, masing2 kagum dengan hasil kerja di dalam rumah walaupun masih di tahap renovation. Kata Dhani, semuanya hand made. Anak2nya 'mesra' menyambut di bilik. Kami dihidangkan dengan klip video terbaru yang di buat di rumah Dhani iaitu lagu Sedang Ingin bercinta. Dhani datang sebelah & bertanyakan tentang kamera yang dipakai aku & majalah yang aku bagi berikan kepadanya. Ermmm.. rupanya taklah pendiam sangat macam yang disangka dulu. Sempat jug akami ke sebuah bilik merchandise Dewa & membeli baju Dewa 19- republik Cinta untuk kenangan. Tak leh lama di sini kerana punya kerja yang lain. Kami pulang... ehhh bukan pulang,,, kami ke POndok Indah Mall untuk makan tengah hari. Nasi Padang.... nyam nyam

Selsai makan, kami (yang tinggal kini hanya aku, Erwin, Aszuad, KC & Ghaz) ke gedung CD lagi.... ouh like saying to myself banyak kali 'ENUF SOFEA, ENUF". So aku hanya membeli beberapa cd & majalah.

Sampai di apartment semula.....

1 comment:

Nuppy said...

aduhh.. pegi rumah ahmad dhani.. jeles sih..