Pada saat pertama aku menaip post ini.. aku tahu, aku akan kena habis2an dengan sekumpulan manusia. Hahaha takpe aku redha. Relakan jelah...
Kalau nazri boleh menamakan 10 gadis Malaysia paling comel ( dan aku berada di tangga ke-7 hahahah), Alia pula menamakan 10 lelaki paling HAWT dalam pemikirannya, aku lak nak namakan 15 lelaki paling cool yang pernah aku jumpa. Ini tidak termasuk kawan2 rapat @ teman2 sekantor kerana bagi aku..korang memang ah terlalu cool untuk dimasukkan ke dalam list aku....
Maka dimulakan..... 15 Lelaki Asia Paling Cool
15- Takeshi Kaneshiro- Berlakon apa pun watak..dia tetap cool!
14. Lukman Sardi- Pelakon 9 Naga ni memang best sebab lakonan dia. So cool dalam 9 Naga. I wish 1 hari aku leh jumpa dia in person. this is the only name dlm ni yg aku tak jumpa lagi face to face....
13. Yuke- Yuke Dewa 19 ni memang cool. Waktu 1st time jumpa Dewa, dialah orang pertama yang tegur aku & Nina waktu dia ngah smoke dalam smoking room. Dan ketika baru ini kami jumpa lagi di Hard Rock... dia masih ingat. So cool!
12. Ramli Sarip- This guy is full of knowledge & advice. Ketika 1st time temuramah.. aku leh terpegun dengan nasihat² dia & paling aku ingat bila dia panggil kami... GIRL.
11. Jamie Wilson- Suami Ruhil ni nampak cool je waktu main gitar. Rambut dia memang best habis! Waktu dia layan karenah anak dia kat KLIA aritu, boleh buat aku senyum. "Lampin dah basah", Jamie cakap kat anak dia...
10. Amy Search- My 1st crush! Serius. Aku suka gila kat Amy pada 1 ketika dahulu. Waktu sekolah rendah. Memang gila abis kat Amy dulu. Dan kini dia tetap cool dengan gaya & pemakaian serta nyanyian dia. Peeeewitt! dan pernah aku & liz..berada 5 jam di Luncai Emas untuk intvw Search tapi kami tak kisah...
9. Kid- Hah! Gitaris kegemaran aku yang tak lokek ngan senyum. Biarlah apa orang nak kata, tapi kecengkungan dia buat dia nampak cool. Dia tak pernah lupa nak tegur setiap kali jumpa. Dan paling aku ingat waktu kat Luncai... dia turun balik dari kereta dia & datang salam ngan kami yang menunggu kehadiran Search yang lain. Tambah cool bila Kid ada atas pentas... Gila cool!
8. Abang Art- Ahmad Fuad Osman, seorang pelukis. Aku kenal dia sekitar tahun 2000, masa tu aku study lagi. Dia memang cool dengan keadaan & orang. Cakap steady je. Tambah cool bila tengok hasil kerja dia... memang pelukis best! (bila abang Art nak balik?)
7- Abang Im- Abang Im adalah abang angkat aku (ada lagi ke istilah tu?). Dia orang pertama yang kenalkan aku dengan dunia Indo. Kenalkan dengan Dewa, iwan Fals, Slank... & semua. Dulu kalau lepak kat CM, aku suka bagitau kat dia...tentang sapa2 yang aku suka. Dan sekarang kalau jumpa, dia tetap cool & amibil berat! Memang cool sangat2!
6- Joe Wings- Joe.....fuiiiiyyooo... cool tak payah nak cakap. Pegang gitar cool, tak pegang gitar pun cool. Janggut dia buat tambah nampak dia cool! Pernah intvw dia... dan aku ketaq masa tu. Joe.. isk... memang cool lah dia nih!
5- SEMUA GIGI- Semua anggota Gigi yang aku kenal. Armand, Thomas, Hendy & Budjana. Terpaksa aku cakap yang aku anggap Dewa Budjana ni super cool 1 masa dulu & aku tetap anggap dia cool. Diorang ni memang friendly abis & tak pernah sombong. Memang jaga hati peminat & layan dengan super baik. Aku start suka Gigi betul2 masa area tahun 1999... kemudian tahun 2003, aku kenal in person. Mulai tahun 2004, aku dah ke jakarta bertemu diorang. Dan setiap kali aku ke Jakarta, tak pernah lupa jumpa diorang. GIGI memang cool di pentas & Gigi adalah band paling aku minat ketika ini. GIGI THE BEST!
4.- Zamri.-Zamri Azmi adalah my ex. My 1st love. Dia lelaki yang buka ruang untuk aku pk dunia ni besar! Sangat besar. Dia buka ruang untuk aku kenal muzik. Dia buat aku jatuh cinta dengan rock & rockers! Dia yang ajar itu ini tentang perangai lelaki. Zamri ajar aku tentang sakit hati & sayang orang. Zamri tak payah cakap banyak & memang tak cakap banyak. Sifat itu buat dia sangat2 cool. Dengan mata je dia dah boleh faham & dengan mata je aku dah boleh faham apa maksud dia. Tak salah kalau aku katakan...dia soulmate aku.
3. M.Nasir- Ini sifoo yang dianggap super duper cool. Dia memang hebat dengan lagu2 nya, lakonannya2, ciptaannya & nyanyiannya. Dia memang hebat & cool. Pertama kali jumpa.. tetap aku tak boleh bekata2 sebab kelu. Dia buka ruang untuk cakap masa tu. Dia yang memulakan langkah untuk kami bercakap.... Dia memang talented.
2. Piyu- Gitaris yang paling aku suka waktu ini. Piyu... gitaris Padi yang talented abis. Semua lagu ciptaan dia memang hebat nak mati. 1st time jumpa, tahun ni...kat Red 104.9. Aku sempat intvw padi 2 kali... dan jawapan dia memang best. Dia cool je ngan spek mata dia tu. Diam je sambil senyum... Dia tambah cool bila dia ingat aku lagi (hahahahah) & tak lupa inform pasal padi.
1. The King- Kenal dia dah hampir 10 tahun. Waktu sekolah lagi aku dah tangkap minat ngan lelaki ni. Sebab lagu2 dia. Dan tiap hari rabu lepas sekolah, aku tak lupa tengok TV. Dulu. Sebab nak tau dunia alternative. Tak pernah miss.Tahun lepas, bulan 5, aku kenal dia. Kenal dia & dia memang cool. Dia boleh cakap dengan cool & boleh jadi COLD kadang kala. Dia boleh tahu time bila aku marah & tahu mcm mana nak solve benda tu dengan cara paling kecil. Dia jugaklah yang banyak bagi input pada aku tentang sejarah, muzik, film & banyak lagi. Dia walau nampak mcm susah nak bercakap tapi ada kala dia suka membebel & benda ni nampakkan dia comel + cool. Dan bila dia cakap melayu... dia lagi nampak cool. "sibuk je" & "seluaq"...dua perkataan melayu yang tak leh aku lupa. hahahah.. Weh.... hang memang cool lah! Dan antara sebab THe KING paling cool.... sebab rambut dia paling panjang antara semua! Weee wiit!
*Dan itulah senarainya...aku tau aku lepas ni kena kutuk sebab 4 dari senarai ni dtg dari Indonesia & 5 /15 ni saja yang bujang... Hahahahha
Saturday, May 20, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sebenarnya orang kedudukan no 7 dan no 2 senarai paling comel aku akan keluar dari top ten menjelang bulan depan sebab kedua-duanya gagal nak carikan aku calon nombor SATU tu.
So bulan depan ada list baru...
so 2 tempat kosong tu bolehlah aku isi dengan nama gadis comel yang lagi sesuai...
Where is THE BART?!
M.Nasir No.3??? boley la tu kotttt.... ;p
Ohh, esok kalo kawen ngan salah sorang dari list 15 nih harap2 ble adakan party. Jemput guest model2 lawa kay!
ramai nyaaaaaa...
dalam smua2 yg cool tu..
zamri tu cam super cool je.. =P
Post a Comment