Thursday, May 03, 2007

at the age of 28

Hari ini tak satu artikel pun yang aku siapkan. Apa yang berjaya aku lakukan adalah... errr... chatting, menonton klip di youtube, membaca blog² yang membakar semangat aku untuk menulis. Tapi bukan untuk artikel. Tiba2 semangat aku untuk menghabiskan artikel seperti hilang. Biar pun bau nescafe yang auntie buatkan ini memberi kesegaran tapi mind aku tak segar untuk menulis blog.

Aku baca 1 blog tadi. Tulis tentang bagaimana seroang wanita boleh menyayangi seorang lelaki dengan tanpa melihat (sebenarnya tidak mahu melihat) cacat cela lelaki itu walaupun apa yang didatangi lelaki itu sebenarnya adalah sakit hati.

Bila seorang wanita/gadis/perempuan jatuh cinta dengan seroang lelaki, automaticly lelaki itu indah2 sahaja dimatanya. Tiba2 gelaknya jadi best, gaduh dengan dia jadi best, segalanya2 jadi best walaupun apa yang didatangi lelaki itu adalah sakit hati. Malah sms yang hanya berbunyi 'hai' akan buat dia tersenyum. Bercakap telefon hanya buat 30 saat juga jadi kenangan. Dan apabila sesuatu pembongkaran rahsia yang sepatutnya menjadi tangis & sakit hati buat wanita itu terbongkar... tetap dia merasa itu hanya 1 ujian buat dirinya & masih bersabar dengan ujian itu. Itu ke yang orang cakap buta sebab cinta?

Semalam aku di sms oleh salah seorang rakan baikku yang menyatakan love life nya sucks! Dia tiba2 jadi bosan dengan keadaan. Dia jadi bosan dengan kerja, dia jadi bosan dengan segalanya. Dan semua ini sudah tentu berpunca dari perkataan love itu sendiri.

Di mana salahnya apabila perkataan love yang rata² describe sebagai sesuatu yang indah boleh bertukar jadi sebaliknya. Jatuh cinta jadi sakit, rindu orang jadi sakit & segala²nya jadi pahit. Ouh..... bukan jiwang namanya. Apabila anda berada pada usia 28 & masih tercari² apa yang ada di sebalik perkataan love & mencari siapa yang membawa cinta tu.. inilah hasilnya... confuse. Ini bukan 10 @ 12 tahun yang sudah apabila anda boleh suka² atau main suka² untuk menyukai. Ini sudah 10 @ 12 tahun berlalu yang anda sudah terfikir dengan seriusnya perkataan cinta itu. Dan hasilnya belum dapat. Mungkin anda rasa itulah THE ONE tapi apa yang anda dapat adalah masalah yang tak kunjung tiba. Apabila berada di usia 28 tahun, apa yang selalunya anda dapat adalah... bertemu dengan orang yang betul (atau mungkin salah?) pada waktu & ketika yang salah. Apa yang anda dapat adalah orang yang sudah berpunya (kekasih @ isteri) @ orang yang sudah berpunya (kekasih @ isteri) yang mempunyai masalah dengan hubungan itu namun tidak mampu keluar. jatuh cinta dengan suami orang @ boyfrined orang adalah 1 permasalahan yang common sekarang. Dan apa yang boleh anda dapat adalah... sakit hati kerana menjadi number 2 serta harus adapt dengan keadaan itu. Dan at the end of the day, anda yang perlu angkat kaki even have to say goodbye pada pasangan (?) anda tanpa dia sendiri pun menyedarinya.
Girl power yang hurt, jangan main². tapi dek kewarsan yang masih bermaharajalela, girl yang hurt itu tidak akan mampu untuk berbuat sesuatu pun yang dinamakan revenge... kerana apa hak girl itu untuk ada power seperti itu.
Untuk menyatakan "aku suka kau" @ " i like u"... pada usia sebegini.... diragui. kerana waktu usia² sebegini anda punya ego yang agak tebal (walaupun sebenarnya tidak afdal berbuat begitu) untuk dijajakan. Apa yang anda dapat biasanya masih sakit hati & lebih sakit hati lantaran sikap anda begini anda dikatakan MEMILIH.

Berada di usia 28 tahun, kadang² kematangan tidak membantu apa² dlaam soal cinta. Pengalaman lalu yang sepatutnya membantu bertukar menjadi benchmark yang bakal merosakkan suasana. Tidak menyerupai yang dahulu @ masih kangen dengan cinta yang lalu membuatkan pilihan tidak terfikirkan pun.


kadang² aku tak faham dengan apa yang aku rasa....

6 comments:

pjoe said...

28?!

i think we still stuck in 90's!

hehehhehehe

Memilih bukan bermaksud mengelak...
cuma memilih itu mendorong kepada mengelak...

kenapa aku memilih?
1)sebab aku tak nak dikecewa...
2)sebab aku hanya mahu yang terbaik
3)sebab aku tau, bila aku memilih... aku takkan dapat..
4)sebab itu ruang untuk aku hidup dalam denial

heheheh

itu saya!

faizalmukhtar said...

kepercayaan pada konsep kecintaan itu sendiri adalah kunci segala-galanya.

yakni, kau kena 'faham' dahulu dan kemudiannya baru kau boleh 'rasa'. ini kan semua basic-nya sahaja.

kau tahu kan?

: )

Anonymous said...

Pretty Ugly - Nanti

"Nanti kau berjumpa insan lebih sempurna
Dia milikmu selamanya
Nanti kau bertanya dirimu sendiri
Apa yang telah terjadi cuma hikmah
Disebaliknya"

nellyberry said...

seorg pakcik pernah memberitahu saya sesuatu tentang keikhlasan dlm cinta. cuma saya tidak tau kebenarannya dan kerelavanannya pada zaman ini.

"perasaan suka perlu lahir dari hati yang ikhlas. bila dah ikhlas, orang dapat rasa keikhlasan kita. lepas tu, terpulang kepada dia nak suka kita atau tidak. kalo dah suka sama suka, baru la perasaan sayang tu boleh wujud. kalau tak, cuba macam mana pun, sayang tu takkan datang. bila dah dua dua sayang, dari situlah timbulnya perasaan cinta."

Amiruddin Karim said...

Yang terbaik tak datang dengan mudah kan? Yang terbaik juga tak datang tanpa sebab kukuh kan?

Sabar.. teruskan hidup.. And be open to possibilities.

Manusia ni tak dijadikan sia sia..

yeeehaaa said...

hard to get hard to forget
easy come easy go