Menghadiri press screening film terbaru lakonan Erra Fazira & Hans Isacc, sebelum masuk kepanggung, hati aku dah berdebar². Sebab sebelum ini aku sudah terbaca sinopsis cerita ini & ia mengingatkan aku terhadap sebuah filem yang aku tonton sewaktu aku menganggur beberapa tahun lepas.
Aku, Liz, Lin, Mesir & Arn masuk ke panggung. Beberapa minit menonton filem ini & melihatkan trailer nya sebelum itu, aku sudah menggelengkan kepala beberapa kali. Ini macam pernah aku lihat! Exactly.
Ya, hasilnya benar. Persona Non Grata yang dianggap indah di mata penonton adalah sebuah filem yang 90% sama dengan filem 'February' @ 'Gumpapan'. Macamana aku boleh menyatakan ini tanpa ragu2 kerana filem February telah aku tonton 4 kali. And yes, aku jatuh cinta habis Shahkrit Yamnarm, hero filem ini.
Bagi menjawab semua persoalan & resah di dalam hati, aku bertanyakan soalan kepada tuan pengarah iaitu tuan punya badan yang claim cerita ini original idea nya. Aku mengajukan statement yang menyatakan bahawa filem ini mempunyai quite close similirity dengan filem kesukaan aku itu. Masih menggunakan 'bahasa & melayu' yakni yang tersirat jawapan aku dijawab dengan kegelabahan yang ketara. Jawapan nya lebih kurang berbunyi...seolah² tidak pernah menonton February, tidak ada unsur2 February di dalam filem ini & yang best, cerita ORIGINAL ini dicreate pada BULAN FEBRUARY di Penang.
What should I say? Damn, this a damn lie. Bagaimana sebuah filem boleh sama secara kebetulan dengan sebuah filem lain pada hampir keseluruhan filem itu except for the ending... i believe film ini tidak berani mempunyai sad ending like THE ORIGINAL version kerana takut penerimaan yang negative mungkin.
Persoalannya & mungkin aku dipersoalkan. Kenapa mahu meruntuhkan & tidak langsung membantu sebuah filem Malaysia. Kenapa mesti mahu dipertikaikan sebuah filem yang dianggap bagus di mata penonton. INI ADALAH KERANA FILEM INI DIAMBIL BULAT² DARIPADA SEBUAH FILEM LUAR & DIAKUI SEBUAH FILEM ORIGINAL. Kenapa tidak dikatakan bahawa filem ini diambil influence @ diolah daripada sebuah filem lain. Ini percubaan kali pertama si pengarah mahu mengarah filem & kenapa peluang ini dirosakkan.
RM1.5 juta dilaburkan terhadap filem ini. 1 pelaburan yang agak sia² kerana mengambil idea orang lain. Apa yang membuatkan aku HANGIN di sini kerana para penonton kita nanti seolah² akan ditipu dengan perakuan ORIGINAl sebuah filem. Kredit terhadap filem yang bagus ini adalah sia². Lakonan Erra & hans membanggakan. Nampak natural tetapi rosak kerana sebuah peniruan bulat². Bak kata Cinta terhadap Milli di dalam AADC "Itu nyontek punya orang , Mil". Suntik...
Geram... geram... geram. katalah apa nak kata, tapi aku malu dengan situasi ini. Situasi orang kita yang tahu mengambil hasil kerja orang lain & mengaku hasil kerja TULEN sendiri. Kenapa? if it is like below 50% of the movie, cam ok lagi..but this is like 90 %. Tidak boleh ada 1 kebetulan di sini. Tidak boleh!
I would say that i am not a movie or film freak, junkie, critic... I enjoy movies. Dan untuk memperkatakan tentang film yang ditonton, aku tidak tahu terma² filem yang betul² terma. Aku hanya menonton & boleh memberi komen secara jujur. Melihat, mengkaji & biasanya apa yang terkeluar dari komen aku adalah sesuatu yang aku relate-kan dengan keadaan sekeliling @ pengalaman. Itu aku. Di -infulence dengan pengalaman rakan² office yang pemberi pendedahan terhadap duni movie, akusangat berterima kasih kerana itu. Tiada pembohongan di situ, pastinya.
check out on February:
http://www.imdb.com/title/tt0370561/
http://64.233.179.104/search?q=cache:j9Wc0805BFUJ:www.thaifilm.com/articleDetail_en.asp%3Fid%3D61+Shahkrit+Yamnarm+february&hl=en&gl=my&ct=clnk&cd=2
http://66.218.69.11/search/cache?p=february+shahkrit+yamnarm&ei=UTF-8&fr=FP-tab-web-t&x=wrt&u=www.heroic-cinema.com/review.php%3FID%3Dfebruary&w=february+shahkrit+yamnarm&d=bP_RpG1aMUJw&icp=1&.intl=us
Hasil perbicangan dengan teman:
zafer: pengarah hebat cameron crowe pun ada remake film orang 'abre los ojos' (open your eyes) tapi semua orang tau dia remake, terjemahan idea baru untuk filem tu... bukan tiru lepas tu mengaku... rasanya, perbuatan begini..dipanggil plagiat"
Wednesday, February 22, 2006
Saturday, February 18, 2006
and u kisses me II
oh you you, it's always you,
the hardest hitter that i ever knew
true love is cruel love
not much to be proud of
ass-kissing mercy-missing faithless friend
all for a happy end
the hardest hitter that i ever knew
true love is cruel love
not much to be proud of
ass-kissing mercy-missing faithless friend
all for a happy end
Friday, February 10, 2006
"I did not asked who did it,
I didn't cry for it.
This is the life I choosed,
good or bad,
there goes in one and I know,
it's just a matter of time".
Never hate your enemies. It affects your judgment.
Never let anyone know what you are thinking.
When they come... they come at what you love.
You still have your fingers on the strings, even now.
The higher I go, the crookeder it becomes.
Your sins are terrible. It is just that you suffer. Your life could be redeemed, but I know you don't believe that. You will not change.

Thursday, February 09, 2006
What A Week!
What a week... tu yang boleh aku katakan minggu ni.
Dari insiden best fren aku di awal minggu hinggalah ke insiden aku sendiri penghujung minggu ni...
Dan tema yang boleh diketengahkan pada minggu ini ialah KANTOI.
Ada orang kantoi depan mata, ada orang berjaya mengkantoikan partnernya betul2 depan mata. My fren, aku paham perasaan tu sebab been there. Masa tu aku rasa 1 City point leh namapak juraian ayaq mata aku. hahaha lawak. Sampai pakcik2 yang lalu lalang leh dtg nasihat aku suruh sabar. Hahaha tapi tu cerita dulu...
DAn aku harap, my best buddy leh sabar dengan dugaan yang melanda. Mungkin itu signal dear. Berpatah kepada yang benar mungkin?
For me, informasi kawan2 cukup membantu aku dalam situasi sekarang. Terima kasih nasi lemak... nanti leh bagi info lagi kat mak. Hahaha. Biarlah.. biarlah kalau itu adalah petunjuk. Aku harap boleh laluinya dengan tabah. Biarlah, biarlah kalau itu yang dia mau lalui. hak dia. Hak sah dia. Biarlah.
Siapa kata tak sakit hati. Ada...sakit. tapi hanya boleh sabaq..kan? Tak paham dengan takdir yang melanda. tapi mungkin ada hikmah di celah kehidupan. Hikmah yang hanya Tuhan boleh bagi & tunjukkan. Kita, mungkin hanya boleh berusaha & berdoa....
For my another fren here, i am happy for u bila dapat apa yang dihajatkan. Bukan setakat dapat contact tu, siap dapat rama2 comel lak tu. happy..happy for you. hhahhaha.. jangan tunggu lama2. USIA KITA dah meningkat.. hahahah.Ok?
Well... for my dearest best best buddies out there...i am always for you all. Mah, aku tahu ko sakit dengan keadaan sekarang. Sabar jelah.. Jc & Mimi, i am always there for u, no matter what. Dea, happy tgk dea happy skang.... and Wina, cepat2 dapat baby, kitorang nak jadi auntie K.. love u all!
Mungkin aku ak patut sakit hati dengan keadaan sekarang. Sebab benda ni aku tempah dari awal. bak kata Jc, kita ada curse dalam relationship. Pimai pimai tang tu gak. Aku harap lepas ni aku tak jumpa dah dengan sewaktu dengannya. dah penat aku layan lelah ni. Dah penat aku jalan benda yang sama. Dah letih aku makan hati. LETIH. kalau dia tahu aku sincere.. dia patut tau apa yang dia perlu buat... kan?

Wednesday, February 08, 2006
Nonton Search
Sabtu lepas, sesudah memanfaatkan cuti CNY yang tak berapa nak manfaat, aku mengambil peluang ni merehatkan diri sambil bekerja.
Menonton konsert Search bersama orang yang memang tepat aku pergi konsert bersama.
Show yang sepatutnya bermula jam 4 di delay sampai jam 5.30. Nasib baik Search, kalau tak memang berbakul2 dah sumpah seranah dihamburkan. Menunggu punya menunggu akhirnya muncul kelibat Yazid menganggotai permulaan show ini. Keluar Din, Kid dengan baju putih nya.... auuuwww, Nasir & kemudian Amy.
Memulakan persembahan dengan lagu Diari habil & Qabil, seperti biasa menganga tengok aksi Search. Memang ada kemerapuan dalam lirik Amy, gitar Din tetapi still ROCKIN!
Sambil menonton, aku mengambil tugas jadi fotografer untuk majalah aku. Kid is always superb for me. Melihatkan keaktifan Amy & suaranya yang maintain, aku cam terfikir2, macamanalah si Amy ni jaga suara & jaga kulit dia. Kulit dia cantik ok. Cam tak payah letak foundation & bedak kalau dia tu perempuan. Sangat cantik. Suara tak payah cakaplah, emang super duper superb!
Drum set yazid terpaksa dibetul2kan beberapa kali kerana ketukan dia terlampau kuat. Mengalahkan bunyi2 instrument yang lain. Kid nampak akuuuu...hahahah tu part yang paling best. Xander, putera kesayangan Amy turut mengambil pentas seketika mencuri perhatian penonton dengan gaya rock kecilnya sewaktu lagu Meniti Titian Usang. Amy kata Xander lebih tertarik pada dram. tapi lihat gaya cam leh jadi penyanyi tu!
Gadis misteri turut dimainkan di show ini. lagu rare untuk konsert Search. Berakhiran dengan lagu Pawana.... walaupun ada yang merungut, aku tetap suka dengan show ni! Teringat plak zaman2 sekolah rendah dulu... first crush aku terhadap artis adalah kat Amy. hahahahah. Amy tu...ntah cam mana aku leh tangkap suka cinta kt Amy masa zaman sekolah rendah dulu. Walaupun lakonan Amy dalam cerita 'Sayang' kelakar sebab nampak lembut sangat, tetap aku suka. Few days before show ini ..sempat aku tgk filem Isabella. hahahh lawak abis dengar Kid cakap "Suse (susah) lah macam ni. dah gile (gila)"... hahahahaha. Lama lepas tu baru aku tersuka dekat Kid, Joe Wings, M.Nasir & setelah meningkat dewasa tua ni.. Dewa Budjana. tapi first crush aku... Amy. Hahahah lawak tul.
Suka pergi konsert...
yahuuuu
Yahoo..isu HYPe 56 dah selesai dihabiskan.... selamat sekejap...
Semalam masa aku ngah duduk dalam kereta, aku terpk benda ni.. tentang suka & tak suka:
Tak Suka: (yang aku tak suka)
1) Tunggu (samada menunggu @ ditunggu..memang tak suka)
2) Migrain
3) Kopi
4) Tengok ulaq
5) Stress kerja
6) selebriti wat kurang ajar @ kerek
7) Perang
8) Cerita hantu @ bunuh membunuh
9) Emo
10) Kena tipu.... (bongok)
Suka
1) Angelina Jolie
2) M.Nasir
3) Dewa Budjana
hahahahhahahahahahhahah
4) bau minyak petrol
5) Bau baju lepas kena seterika
6) Ermmm.. dipanggil honey
7) Bau lelaki yang aku suka (hahahahah)
8) Lawak jenaka
9) Lepak ngan sucias
10)Bunga lili putih
11)Kucing & hamster
12)Nonton Film
13)MUuuuuuuuuuuziiiiiik

Subscribe to:
Posts (Atom)