Wednesday, February 08, 2006
Nonton Search
Sabtu lepas, sesudah memanfaatkan cuti CNY yang tak berapa nak manfaat, aku mengambil peluang ni merehatkan diri sambil bekerja.
Menonton konsert Search bersama orang yang memang tepat aku pergi konsert bersama.
Show yang sepatutnya bermula jam 4 di delay sampai jam 5.30. Nasib baik Search, kalau tak memang berbakul2 dah sumpah seranah dihamburkan. Menunggu punya menunggu akhirnya muncul kelibat Yazid menganggotai permulaan show ini. Keluar Din, Kid dengan baju putih nya.... auuuwww, Nasir & kemudian Amy.
Memulakan persembahan dengan lagu Diari habil & Qabil, seperti biasa menganga tengok aksi Search. Memang ada kemerapuan dalam lirik Amy, gitar Din tetapi still ROCKIN!
Sambil menonton, aku mengambil tugas jadi fotografer untuk majalah aku. Kid is always superb for me. Melihatkan keaktifan Amy & suaranya yang maintain, aku cam terfikir2, macamanalah si Amy ni jaga suara & jaga kulit dia. Kulit dia cantik ok. Cam tak payah letak foundation & bedak kalau dia tu perempuan. Sangat cantik. Suara tak payah cakaplah, emang super duper superb!
Drum set yazid terpaksa dibetul2kan beberapa kali kerana ketukan dia terlampau kuat. Mengalahkan bunyi2 instrument yang lain. Kid nampak akuuuu...hahahah tu part yang paling best. Xander, putera kesayangan Amy turut mengambil pentas seketika mencuri perhatian penonton dengan gaya rock kecilnya sewaktu lagu Meniti Titian Usang. Amy kata Xander lebih tertarik pada dram. tapi lihat gaya cam leh jadi penyanyi tu!
Gadis misteri turut dimainkan di show ini. lagu rare untuk konsert Search. Berakhiran dengan lagu Pawana.... walaupun ada yang merungut, aku tetap suka dengan show ni! Teringat plak zaman2 sekolah rendah dulu... first crush aku terhadap artis adalah kat Amy. hahahahah. Amy tu...ntah cam mana aku leh tangkap suka cinta kt Amy masa zaman sekolah rendah dulu. Walaupun lakonan Amy dalam cerita 'Sayang' kelakar sebab nampak lembut sangat, tetap aku suka. Few days before show ini ..sempat aku tgk filem Isabella. hahahh lawak abis dengar Kid cakap "Suse (susah) lah macam ni. dah gile (gila)"... hahahahaha. Lama lepas tu baru aku tersuka dekat Kid, Joe Wings, M.Nasir & setelah meningkat dewasa tua ni.. Dewa Budjana. tapi first crush aku... Amy. Hahahah lawak tul.
Suka pergi konsert...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tu la...
"Nasib baik Search"
itu sebab setiap konsert search yang aku pegi atau aku dengar cite orang yang pegi diorang mesti lambat start.
"hey, kita dewa kepada artis rock, lambat berhari-hari pun macam mana pun fans takkan lari, jangan risau beb..."
Lewat datang show, masalah disiplin...
attitude yang wajib ada pada rock star terkenal.
aku tak dapat pergi konsert search sbb ada tugas. sedeh seh!.
wuyoo...saya pon disana masa tu..hihi..tp di atas...hehe =)
Post a Comment