Tuesday, February 20, 2007

if only

Di beranda itu, mereka, 3 gadis sunti hamburkan rasa sedih. Ada 2 yang keluar dengan air mata. Untuk tunjukkan mereka punya rasa. Rasa yang sedih di ketika itu & untuk perjalanan beberapa tahun lepas yang penuh kesedihan.

Di beranda itu, mereka cerita tentang hidup. Dan lebih tepat lagi... perihal hidup cinta mereka. Perjalanan cinta yang mungkin hanya mereka yang rasa pada suatu ketika.
Di beranda itu mereka tidak malu berkongsi air mata, bercerita yang kadang kala menunjukkan kelemahan diri sendiri. Cerita tentang hasrat tak sampai, masalah yang datang.

Itu selepas mereka menonton 'If Only', filem yang buatkan mereka fikir... bagaimana kalau satu hari nanti mereka tidak boleh lagi melihat wajah tersayang, yang tepat... lelaki yang mereka sayang kerana dia sudah pergi jauh dari dunia yang dulunya pernah mereka jadi sedih dengan hadirnya lelaki² ini. 'If Only' bawa mereka berfikir bagaimana menghadap 1 kematian tanpa pernah sempat lafazkan 3 perkataan yang penting walau sebenar ayat itu mengundang nestapa kalau hanya tepuk sebelah tangan. 'If Only' bawa kesedihan 1 malam buat mereka di beranda itu.

Ini mode jiwang & sedih buat mereka. Tak salah kerana ini apa yang mereka rasa secara ikhlas. Mereka renung hidup mereka yang penuh cerita sedih bila tersentuh soal kisah cinta mereka. Mereka tertanya kenapa hidup ini jadi begini, mereka mahu tahu apa hikmah di setiap masalah yang mereka lalu & perlu hadapi. Mereka bingung kadang kala dengan istilah suka & benci. Dan mereka paling benci dengan perkataan kongsi & masalah. Itu mereka benci.

Ada asap berkepul yang dibuat di situ, dibuat sendiri. Ada air panas teman mereka di sisi. Ada sedih berbeza antara mereka. Dan yang pasti sedih itu satukan mereka pada malam itu. Malam tadi.
Kalau sebut pasal hidup, mereka mengerti maksud 'hidup' itu sendiri. Dan kalau air mata itu boleh berbicara, air mata itu cerita semua sedih mereka. Mereka, orang yang kadang kala terbuang dengan perkataan hidup itu sendiri.

Antara ber-3 mereka, ada seorang yang menahan rasa sedih. Tidak setitik pun walau di hujung mata yang mengantuk itu. Dia menahan semua rasa yang patut hadir malam itu & dia tahu, esok dia akan bangun dengan rasa sakit yang amat sakit di dada kerana menahan itu. Dia tahu cerita sedih dia tidak sesedih mana. tapi sedih itu berulang dalam hidupnya. Sedih yang mungkin bagi orang lain, sedih yang di cari². "kau tahu ending cerita ini tak pernah bahagia, tapi kau tempuh laluan ini. nasib kau"... mungkin itu ayat mereka yang tahu dari mana sedihnya datang. Itu mungkin masalah... tapi masalah sebenarnya... dia mencari cinta tetapi yang hadir adalah masalah berulang. Dia penat. dengan semua situasi & cereka yang berulang² tanpa di minta.

Jam 2 pagi, semua masuk ke kamar dengan rasa yang berbeza. Ada yang puas dengan air mata, ada yang bengkak di mata & ada yang rasa sakit yang tertahan. Mereka tahu, mereka tak minta itu semua. Keadaan... salah keadaan kah? Mereka mimpi yang berbeza malam itu.

Dan If Only, aku boleh lafazkan itu semua....

3 comments:

Nazri said...

tu lah, Aku ko taknak.

kan dah melepas.

lin said...

sedih nyer Opie...hihi nak pinjam dvd tu bole?

Anonymous said...

IF ONLY aku ader sama...:(

-mimiE-