Thursday, December 22, 2005

9 naga Punya Penangan- "Manusia terbaik di Indonesia adalah seorang penjahat


(gambar sumbangan GBSB)

Semalam... bersama BART & ALIA, aku menonton sebuah filem indo yang bertajuk 9 NAGA. Sebuah filem karya Rudi Soedjarwo yang dilakonkan oleh Fauzi Baadilla, Lukman Sardi, Donny Alamsyah & Ajeng Sardi

Apa yang boleh dikatakan,kami memberikan 4 bintang ou ot 5. Rasanya ini adalah sebuah filem Indo yang HARUS ditonton. Bukan tidak berbangga dengan filem sendiri (Baik Punya Cilok & Rock juga adalah filem2 yang perlu ditonton)... tetapi cerita ini memang wajib ditonton. Walaupun ada sedikit peniruan dari cerita The Godfather 3 (kata Bart), & semacam ada kesamaan senario & tema dari filem 'Mengejar Matahari', tetapi 9 Naga mempersembahkan sebuah filem dengan jalan ceria yang menarik, shot² yang bagus, skrip yang superb & pelakon yang menjiwai watak masing² tanpa perlu ada sikap 'tidak mahu mencomotkan diri'. Semuanya nampak natural. jahitan si isteri marwan buat suaminya bukan kosong tetapi mempunyai impak di belakang cerita. malah ucapan Donny & marwan di tepi sungai bertanyakan ttg berapa orang yang berada di bawah sungai juga bukanlah omongan kosong.

9 naga mempersembahkan sebuah filem entang persahabatan, kesetiaan, pengampunan. Setiap insan ada sifat2 ini cuma kuat @ tidak. Samada bisa melalui pengampunan diri itu secara sukarela @ terpaksa. samada kehilangan boleh menyedarkan manusia yang terleka. Orang yang jahat juga ada sifat yang sangat baik & boleh dianggap terbaik pada mata insan yang mengenalinya. 9 Naga mempersembahkan lakonan mantap fauzi, lukman & donny.

yang membuatkan aku sangat menyukai filem ini adalah kerana skrip filem ini disamping background music yang best. Skrip ringkas2 yang boleh membuatkan kita berfikir sekejap. Rumah terindah adalah dihatimu. Bunyi cam jiwang kan tapi apabila para pelakon ini mengucapkannya..ianya nampak lahir dengan 1 perasaan.

Di samping itu tepukan & ombak personally aku berikan kepada fauzi & Lukman. Sebelum ini aku pernah menonton filem lakonan mereka dari senario yang sama. tetapi cerita ini menguatkan karakter Lukman sebagai Marwan. "Pokoknya warna hijau bukan coklat" & "Aku adalah pembunuh upahan" ujar marwan. fauzi tanpa ragu masih menjadi pilihan Rudi & dia tidak pernah gagal membawa sesuatu ke dalam jiwa penonton. Superb aaa fauzi ni. Lenny, si lembek yang nyata hidup & tidak tewas. "jangan jadi bencong"

well, enuf said... sesiapa yang mahu ke panggung, aku syorkan cerita 9 naga ini. Tontonlah & hayati mesej yang cuba disampaikan. nah, lihat sendiri realnya seorang penjahat yang tidak perlu menempah seluar, baju & glove kulit sebelum perlu membuat revenge. Seorang penjahat yang muncul dengan peluhnya sendiri. Dan seorang penjahat yang juga ada air mata.

5 comments:

Anonymous said...

Btul btul. Citer ni best. Takde keter evo yang berlumba ngan impreza tengah² hari kat tengah bandar & takde jugak jet ski mengharung sungai di tengah jakarta. Bini dia yang kait baju tu pun, nampak kat akhir cerita dia kait apa sebenarnya. Ada satu citer tu, bini dia dok kat mesen jahit dari remaja sampai la ada anak satu, tapi tak tau la apa yang dia jahit.

faizalmukhtar said...

macam cun jer citer ni.

sapa nak ajak aku tgk, jgn lupa ajak aku tau?

Nazim Masnawi said...

For Bart, semua filem kat muka bumi ni macam The Godfathers Trilogy.

Anonymous said...

Careful your word selection, Bryan Dickhead. "Macam"? It's not macam. Macam tu, sepertinya: se-level, separas, se-hensem, se-kacak. Ia tidak "macam". Semua filem "cuba tiru" that beautiful trilogy. It's "cuba tiru", bukan "macam". This is not a subtle difference, this case. Careful.

Anonymous said...

citer ni memang best... tuan punya blog ni punyo komen pun dah ada kesan-kesan bahasa indon dalam omongannya...

sik, kisah ini mengesankan...