2005... dah nak berlalu pergi.....
aku harus akui tahun 2005, tak lah seceria mana tapi membawa banyak pengalaman dalam hidup...
banyak bawa aku buka mata walau pun tak sepenuhnya dibukakan oleh aku..
Awal tahun....
Busy dengan tour Af. berkesempatan pergi ke Sabah, melawat keningau &sandakan. tempat yang aku tak pernah jejak sebelum i ni, berkesempatan juga mengenali dengan lebih rapat anak2 AF2 yang best! best pada Af3, ok... nurul, adik yang sentiasa menceriakan keadaan. Zahid & epul yang tiba2 jadi rapat masa kat penang & sabah.
Awal 2005 juga berkesempatan menonton Ruth sahanya perform bersama Eric Bennett. Peter pan datang..intvw, bergambar & menonton showcase... Interview pelakon tentang dia termasuk Melly & Anto Hoed...juga berkesempatan menemuramah Inul, ratu ngebor...
Pertengahan Tahun 2005
Bermula dengan bulan Mei... bulan yang paling aku suka dalam tahun 2005..
Aku berksempatan ke BANDUNG & JAKARTA (ibu kota paling ingin dilawati)..
Di sana aku berkesempatan bertemu anak2 gigikita yang peramah...
Ditemani oleh Leila, aku bertemu Oniel, felica, Kimi, Dedi, jake, B3a, Sitta, Dheem2, Ryan & ramai lagi....
Ke blok M menonton Janji Joni.... best! Bertemu dengan Laluna & Mocca.
DAN YANG PALING BEST ialah bertemu GIGI di markas GIGI ..
bertemu kembali dengan armand, DEWA BUDJ, thomas, hendy...
ke Hard Rock bersama mereka... wahhhh takkan kulupakan ok..
Pulang ke Malaysia.. sehari selepas masih diawangan bertemu gigi, aku ke sebuah studi yang menemukan aku dengan DIA. hehehe jiwang lak.... 19-5-2005. First met with Mr. R. Setelah 10 tahun aku menyimpan hasrat untuk bertemu...akhirnya aku berjumpa & berckp 25 patah perkataan.... Akhirnya!
bulan yang sama..aku ketemu Dewa.. meononton konsert mereka & menemeuramah mereka.
bersambung....
Wednesday, November 30, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ini baru episod permulaan ye,kawan-kawan... nantikan sambungannya yang lebih hebat dan menarik di entry yang berikutnya.
; )
Post a Comment